contest.seunik.namamu


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

tara!!!

nama : : RUSLIYANAH BINTI MOHD YASIR
sampai sekarang tak tau pe maksud nama aku tu..

    sound check sound check..ehem2..nama diberi RUSLIYANAH BINTI MOHD YASIR...sedap tak nama aku? selalunya kejadian yang paling menyayat hati adalah apabila dimana bila aku memperkenalkan nama aku di khalayak ramai dan orang salah sebut nama aku..haish...sentap aku..

    aku ingat lagi masa zaman aku sekolah menengah ada cikgu matematik tambahan aku tu, nama dia puan SALMI BINTI MD NOH boleh dengan hensemnya panggil aku RUSLI sebabnya akak dengan abang aku dulu pun student dia abang aku tu nama ROSTAMAJI dan akak aku pulak RUSMIYANINGSIH so dia panggil abang aku ROSTAM akak aku pulak RUSMI so dia pun panggil lah aku RUSLI sebab dia panggil adik beradik aku nama depan sume..mula2 aku sentap jugak tapi bila dah lama2 aku biarkan aje..yela..cikgu kan,,mana boleh bengkeng..

    tak cukup dengan tu cikgu matematik moden aku boleh pulak cakap aku kalau malam jadi YANAH kalau siang jadi RUSLI... motif cikgu aku cakap camtu sebab aku ni masa zaman muda2 dulu masa zaman baju putih kain biru aku ni kasar cikit orangnya ala2 tomboi sikit tapi aku taklah tomboi pure..ehehhe

        tak habis zaman sekolah sambung pulak zaman matrikulasi,,aku dapat matrikulasi kat perlis nun jauh disana...aku ingat lagi masa semester dua budak2 sains kena ambik subjek agama islam so ada lah ustazah kelas aku neh tapi sekarang dia dah arwah..Al-fatihah untuk ustazah Amairah...semoga roh beliau dicucuri rahmat.....

    masa sesi pengenalan mula2 masuk kelas sem dua tu aku perkenalkan lah diri,,ustazah boleh terkejut dengar nama aku,,dia boleh tanya "nama kamu ni gabungan mak ayah ke pe" aku pun gelak jek...ahahah...terima kasih ustazah..ustazah sentiasa dalam ingatan...

    sambung pulak masa kat bangku universitas,,,masa minggu mesra pelajar tu bese lah budak2 tanya nama aku : :

bebudak : sapa nama?
aku : panggil yana jek..

bukan sebab aku malu tapi aku dah penat betulkan mouth error budak2 neh...part paling best sekali adalah masa aku terkantoi nama aku yang sebenar kat geng2 ting tang kolej aku..huhu...

geng ting tang : (muka terkejut) nama kau RUSLIYANAH?? kiteorang ingat nama kau nurliyana ke liyana ke sebab orang panggil kau yana..rupa2nya lain nama kau yek...pandai kau sorok..
aku : diam seribu bahasa...

    last2 manusia2 ini memanggil aku dengan panggilan JAWE dan di kolej aku dikenali sebagai JAWE yang paling pemalas nak panggil nama aku diaorang singkat lagi jadi WE jek..hadoii...memang nama panggilan aku bersepah2 lah..

     ada tu yang salah eja nama aku pun ada,,RUSLIYANAH jadi RUSLIYANA lah jadi ROSLIANA lah jadi RULIANA pun ada jugak....ada tu senior masa aku kem boleh pulak dia panggil aku RUSLISANAH budak2 dah gelak sakan..aku cover kiut jek..

   kesimpulannya aku bangga dapat nama unik cam tu sebab tu kan nama parents bagi bukan nama ambik kat dalam longkang so hargailah pemberian parents anda even anda tak nampak pun pemberian itu..

aku nak tag


  tapi kak umie aku takde blog..ehehhe...

p/s : bangga lah dengan nama anda....

Comments

  1. salam..hai! thanks ek join contest zie. gud luck OK..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts