darah.diderma


nampak tak darah sape tu? tu lah darah aku yang didermakan semalam...bukan nak riak ataupun takbur tapi ada cerita disebalik derma darah semalam

     first tu hari tu fac aku ada buat open day faculty dan "mega" pc fair..cam haram jek,,,nama jek mega tapi booth tak penuh pun..sedih betul..alasan paling mantop yang diberikan oleh penggerai2 neh adalah" fakulti kiteorang jauh" sebelum2 ni aku dengar cerita pc fair fakulti kiteorang buat kat dectar cuma tahun ni jek buat kat fac..

   aku dengan kak su kena jaga budak main pes,,patutnya pes semalam tapi postpone hari ni so tugas aku start pukul 3 nanti..eheheh..pukul 2 semalam aku ada  kelas accom habis kelas accom terus balik kolej nak ambik buku derma darah...kak su pun memulakan lah joe jambul untuk mendapatkan buku derma darah dia sebabnya dia lupa letak kat mana..eheh..pela kak su neh..

    selepas beberapa minit guna joe jambul still jugak tak jumpa,,dia pun dah serender so kiteorang gerak pegi fssk (fakulti sains sosial kemanusiaan)..sampai2 sana terus pegi isi borang then cekup punya cekup(cik kiah) aku yang dapat derma,,kak su tak dapat derma sebab zat besi kurang..

    masa cekup(cik kiah again) dengan doktor : :

doktor : tido pukul berapa semalam?
aku : 12
doktor : bangun?
aku : 10
doktor : makan tengahari dah?
aku : dah
doktor : makan ape?
aku : nasi

adalah dinyatakan semua yang aku cakap tu 50 betul dan 50 tak betul..

   selepas semua2 itu aku pun derma lah darah...




pucat tak muka?
dengan gaya cik ya


     aku sebenarnya jarang derma guna tangan belah kiri sebab susah nak cari urat tapi hari tu senang pulak so derma guna tangan kiri...habis derma tu ingat nak pegi bakery nak pegi beli kebab sebab tak makan lagi sebenarnya masa derma tu..hahahha

   so habis derma,,duduk2 kejap makan2 biskut free aku dengan kak su pun gerak pegi bakery kat sebelah fssk tu,,sampai2 bakery jumpa ien,noni,unta yang muka nampak kestressan..sian budak2 neh,,habis fieldwork bersepah report kena buat aku pun yang tengok dah serabut macam mana pulak budak ni yang menghadapi situasi tu..haish..sabar yek kawan2..

   dengan condifent aku pegilah tempat buat kebab tu..last2 aku baru teringat yang aku takde cash so kena withdraw dulu kat tingkat atas,,aku pun mendaki lah tangga dengan kak su sebab kak su pun nak withdraw jugak,,tapi kak su wirhdraw dekat cimb jek..aku withdraw kat bank islam kat tingkat 2 dari tingkat atas..uhuhu..pastu aku turun balik bakery kat tingkat bawah sekali..

   siap2 beli tu aku dengan kak su balik,,aku cakap dengan kak su tak larat nak naik tangga sebab cuaca panas,,masa aku lintas jalan tu aku dah pening2 pandangan pun dah gelap2 jek tapi aku tahan jek,,takut collapse tengah2 melintas naya aku...kiteorang lalu depan library..aku dah sesak dada masa tu so aku cakap dengan kak su nak rehat kejap kat bus stop..

    kak su tengok muka aku dia cakap pucat gile muka,,aku dah rasa peluh2 kat muka..memang aku dapat rasa yang muka aku pucat..kak su suruh aku makan jap,,aku tak selera nak makan tapi aku paksa jugak sebab nak cari tenaga,,dahla kolej aku atas bukit kena naik tangga..lepas beberapa minit aku dah ok then aku dengan kak su naik tangga semula..

   sampai jek bilik aku terus pengsan sampai ien balik dari kelas titas,,,nak pegang henfon time tu pun aku dah tak larat..ehehe..buat pertama kali aku derma darah sampai nak pengsan..ahah..masa kat matrik aku pernah derma darah,,lepas derma darah aku pegi main bola tampar..aahhah...pastu malam tu tumbang kat katil..

kak su tak derma darah tapi ni hasil kak su pegi derma darah : :






ni yang part paling best sekali...




thanx kak su........
terima kasih jugak kepada yang care..eheheh
entri ni bukan nak riak ataupun takbur tapi ni kan blog aku so sukahati aku lah...apa aku kisah..

p/s : lain kali kalau nak derma makan dulu..


Comments

  1. teka teki..brapa bnyk nama kak su dalam ni..hahahaha...

    p/s : masih x jmpe buku :(

    ReplyDelete
  2. ahahah..banyak kot...2la..suruh guna dora the explorer xnk..dora 2 teliti...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts