sumpah.sumpah.pak.arab


pak arab wait for my revenge

   keadaan aku sekarang semakin tenat sebab final sem projek yang berderet2, yang paling aku hangin sekali adalah projek asas elektronik yang cam haram J tahap ke 18..aku stres giler kot..pak arab tu bukan tau nak ajar kiteorang, masuk2 lab terus duduk saje,,bukan tau nak tengok2 kiteorang..aku memang sakit hati lah since first lab, masa lab hari rabu kelmarin aku dah siap pasang circuit tinggal nak connect ngan power supply dekat pukul 4 aku tido sebab nak pasang circuit2 tu..













nilah circuit2 yang menguji kesabaran aku

   aku group dengan kak su buat projek neh, aku mula pasang circuit2 ni masa malam sebelum lab aku buat dengan harapan pagi tu bila connect dengan power supply seven segment boleh nyala tapi hancuss segala harapan aku tu..tengok2 tak nyala semua...aku dah down,,aku tak boleh la kalau keje by group then nanti sebab aku yang lalai partner aku dapat nama jugak...aku kesian kat kak su sebab kak su memang harap sangat benda tu menyala...yana mintak maaf kak su...

    aku ingat lepas lab tu aku nak ponteng kuliah math tapi aku boleh ikut pulak kak su pegi dewan kuliah FTSM,,so masuk jelah.dahla duduk belakang bising2 pulak tu...memang tak masuk ape2 lah..tiba2 jek dah last2 kuliah aku ternampak "QUIZ 3" kat whiteboard....masa tu semua student berpandangan sesama sendiri..

    kiteorang pun tibai jelah then siap terus blah...time tu aku memang rasa nak nanges jek...balik2 bilik aku terus menghumbankan diri ke katil dan menangis setitis dua ayaq mata...hampeh rasa hati sebab rasa macam tak guna pun ada...

   terima kasih kepada rakan2 yang menemani aku masa aku tengah bengang dan stress...

p/s: sayang korang....

Comments

Popular Posts