20.tahun.sudah


Entri kali ini akan menceritakan tentang aku yang bernama Rusliyanah Bte Mohd Yasir yang telah berumur 20tahun..heheh..bangga aku dah umur 20tahun tau sebab no sweet2 teen lagi..aku dah matang!!! Perkara yang membuatkan aku matang adalah aku dah boleh terima adik aku Muhammad Syukur Bin Mohd Yasir dengan rasminya...hmm,,actually bukan rasmi lah tapi aku terima yang aku ada adik..hehe..lama kot nak tunggu aku terima adik aku tu padahal adik aku dah bernafas selama 10tahun kot baru aku boleh terima kenyataan yang aku ni ada adik dan aku bukan anak bongsu..

Aku bukan tak nak terima kenyataan tu tapi aku jenis dulu memang tak nak ada adik,,kalau nak adik pun aku nak adik perempuan tapi aku dapat adik lelaki..aku selalu cakap adik aku tu anak angkat..haha..
Masa aku kecik2 dulu masa tu adik aku si sukur ni baru lahir,,aku marah mak aku then aku siap cakap lagi kat mak aku yang aku sanggup buat keje apa pun actually keje umah selain jaga adik aku..maksudnya aku sanggup masak,kemas umah dan yang sewaktu dengannya..aku tak nak jaga adik aku..dulu masa kecik adik aku tak nak kat aku..haha..

Aku dengan adik aku tak pernah ngam asyik gaduh jek dari dia kecik sampai dah besar,,aku ingat lagi masa aku duduk rumah lama kat kg sg tuan seh adik aku pernah baling tin biskut yang kosong kat kepala aku..agak calar jugaklah..masa tu aku tak ingat sebab apa...haha
Then aku pernah kena kejar dengan adik aku sebab aku ejek pe ntah,,dia kejar sambil baling batu kat aku,,family aku dah tau nak cakap apa sebab diaorang tau yang aku tak suka adik dan bebudak kecik..since aku further study jauh2 ni aku mula sayang adik aku dan aku sedar yang aku beruntung ada adik sebab orang lain nak adik tapi aku pulak tak nak adik..

Masuk umur 20tahun ni aku makin sayang kat adik aku tu,,dia kadang2 annoying tu yang aku menyampah,,tapi apa2 pun aku still ‘adik ‘ kat umah sebab along,angah,kakak dan mak still panggil aku adik tapi si sukur tu diaorang panggil nama jek...haha..padan muka kau sukur..tapi abah aku panggil aku kak cik sebab nak biasakan aku sebagai kakak..

Tapi aku still seorang kakak yang normal yang sayangkan adik,,aku marah kalau ada orang buli adik aku..siapa berani buli adik aku meh la face to face dengan aku...aku pun jarang buli adik aku..hmm,,dulu selalu tapi sekarang dah kurang..haha..suke suki jek nak buli adik aku..

Aku nak adik aku berjaya sampai mana yang dia mampu,,aku support dia sepenuhnya..aku nak dia jadi orang yang berjaya..

nak share hadiah yang aku dapat : :










gembira tak terhingga kerana dapat mini cooper!!!! haha...

p/s : kena tukar tajuk entri lah sebab tajuk dengan cerita dah lari 20km jauh..

Comments

  1. eee..mini cooper x leh blah....dapat siot warna biru....pandai noh abg apau beli

    ReplyDelete
  2. hahha...pandai kan? puas mencari akhirnya jumpa jugak..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts