motif.cuti.empat.bulan


Entri aku kali ni aku nak cerita pasal cuti empat bulan yang diberi secara cash kepada semua student di setiap institusi yang mengambil bahagian...apakah motifnya diberi cuti selama ini? apakah rasionalnya kepada mahasiswa serta mahasiswi ini? ha,,nampak tak cara penaipan tu,,dah macam karam singh walia dah,,haha..ni bukan nak story pasal karam singh walia or kucing jiran sebelah umah aku yang dah mati dilenyek tuan sendiri..huhu,,nak cerita pasal cuti empat bulan yang sangat menarik ini,,aku pun tak tau kenapa kementerian pendidikan dengan suka hati lompat2 nak bagi cuti empat bulan dengan alas an nak menyelaraskan kemasukan semester baru nanti,,

bagi bebudak ukm yang habis paper awal ni kira dapat cuti betul2 empat bulan lah,,bebudak lain yang lambat habis tu maybe dapat cuti dalam 3bulan lebih jek..tapi still cuti dalam jangka masa yang lama,,aku bukan tak suka cuti lama2 tapi kalau dah sampai 4bulan camni aku nak watpe kat umah kalau keje tu okey jugaklah tapi kalau tak keje mau mati kebosanan kat umah..dah yang paling bestnya aku tak keje!! Maksudnya aku tak keje secar berterusan lah,,ada job jek baru aku keje,,ceh,,sembang macam keje best jek padahal jadi buruh kasar kat kebun bapak aku..hadoii,,

secara ringkasnya benda yang aku buat kat umah sekarang ialah bangun pagi kemas2 umah then tengok lembu kat kandang then masak then pas zohor kalau ada job aku pegi kebun then petang aku pegi masukkan kambing dalam kandang malam pulak kalau bapak aku ajak makan kat luar aku kuar lah kalau tak sepanjang malam aku menghadap laptop aku main game then dalam pukul 12lebih camtu aku pun tido..the end dan berulang2 benda tu setiap hari,,kalau aku tulis diari setiap hari tangan aku boleh bergerak sendiri nak tulis apa sebab the same thing happen!! 

Oh man!! Boring habis,,huhu..aku ni tabiat kalau dah duduk umah malas nak kuar umah,,mak aku suruh pegi kedai yang sekangkang kambing tu pun aku malas..haha..agaknya kalau lecturer tanya apa yang aku belajar sem lepas mesti aku dah tak ingat apa2 sebab lama sangat cuti..hehehe...even benda baru belajar semalam pun bila ditanya hari ni boleh lupa..hadoii!!!! aku tak sabar tunggu puasa jek sebab buat pertama kalinya aku puasa kat umah,,haha..dua tahun memendam rasa puasa kat hostel..hehe..

kalau puasa kat umah nanti mak aku selalu tanya “ adik nak makan apa?” haha,,nampak macam best jek kan tapi ada sambungannya “ kalau nak makan tu jom mak ajar,,kau masak mak tunjuk jek” ha,,nampak tak permainan mak aku kat situ,,tanya aku nak makan apa tapi last2 aku yang kena tolong dia masak..part paling best dalam bulan puasa adalah main mercun dan malam sebelum last puasa,,sebabnya adalah bapak aku kan penternak lembu so pada malam itu bapak aku menyembelih lembu untuk jual kat pasar so keje aku sejak berkurun lamanya adalah menjadi akauntan takde ijazah..aku yang pegang duit malam tu,,rasa jadi jutawan jap,,hahah..omak aih!!!

 Panjang pulak entri aku ni,,hehe,,im sorry...secara konklusinya aku dah cemuih duduk umah,,hehe..aku rindu geng2 aku..huhu..

p/s : hati bunga2..

Comments

  1. penternak lembu berjaya selama 4 bulan ni la yer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts