dunia.hari.ini


Entri kali ni agak serius sebab aku baru jek balik dari kem taklah baru sangat kira agak lama jugaklah..hehe..aku ada kem BTN dekat Besut selama 5hari,,asal ayat aku macam skema jek ni...hadoyai ye pun....haha..aku bukan nak story pasal intipati kem tu tapi aku nak story pasal apa yang dah berlaku kat Malaysia ni. Apa current issues yang sedang melanda Malaysia yang aman ni (mata ke atas tangan di bahu)

Masa aku kat kem tu Malaysia sedang dilanda satu masalah iaitu perhimpunan BERSIH. Perhimpunan ni diadakan kononnya untuk membersihkan sistem pilihanraya kat Malaysia ni yang tak berapa nak bersih katanya..dalam erti kata senangnya si mangkuk2 ni nak mendakwa bahawa pihak SPRM tak telus. Apa kejadahnya yang diperkatakan oleh mereka? Dan apa kejadahnya blog aku yang sangkak ini menceritakan hal2 semasa yang gempak2 ini? Dan yang lagi apa kejadahnya korang setia membaca apa yang aku merepek kan ini? Persoalan terakhirnya adalah mengapa aku mengutarakan soalan2 bengong tadi..hahah



Sorilah yang atas tadi mukadimah sebenarnya, aku nak mengulas pasal perhimpunan haram tu. Korang pernah terfikir tak kalau SPRM tak telus mestilah setiap kali pilihanraya pihak kerajaan akan menang tapi kenapa pilihanraya yang lepas2 ni kebanyakkan nya pihak pembangkang yang menang? Nak cakap SPRM tak telus ke? Lagipun orang2 SPRM ni dilantik oleh pihak2 yang tak payah nak diragui kredibilitinya, kita ni sape nak meragui tindakan mereka2 itu?

Yang aku pelik tu student2 yang kat over the sea pun sibuk nak buat perhimpunan BERSIH tu. Hoi sedara mara nya yang disana, korang pegi study jauh2 tu duit sape? Bukan duit kerajaan ke? Aku berani buat statementlah yang majority pelajar2 yang belajar kat over the sea tu ditanggung khas oleh kerajaan. Ha,,amek kau..ni dah dikira kacang lupakan kulit...ha,,dah boleh ganti karam singh di laut neh..haha...ingat tak pasal rusuhan kat mesir tu? Sape yang bersusah payah nak bawak student Malaysia ke tempat selamat? Kalau tak bukan kerajaan..weh,,duit kerajaan tu duit mak bapak aku dengan mak bapak korang bayar income tax bayar saman tau tak? Bila2 masa jek aku boleh tak menghalalkan duit tu..ha,,tengok aku dah melalut..hehe

Aku bukan nak defend kerajaan tapi ingatlah kengkawan2 ku kita ni dah besar dan boleh berfikir secara rasional tak payahla nak ikut hawa nafsu..aku cakap untuk diri aku jugak sebenarnya,,yang aku paling baran kenapa ada student varsiti kita yang join perhimpunan tu..nasib baik aku pegi kem kalau tak aku dah join sama..hahaha

Di kesempatan ni jugak aku nak mengulas pasal implikasi perhimpunan haram tu,,disebabkan perhimpunan yang sangatlah bersih itu perjalanan nak ke kem Besut tu mengambil masa yang teramatlah lama sampai pinggang aku nak patah asyik duduk jek dalam bas dan yang paling bestnya setiap sempadan negeri ada polis yang buat kawalan, kan dah menyusahkan pihak polis..korang bayangkan time tu ada anggota polis yang baru plan nak kawin kan dah terpaksa postpone sebab kena bertugas..kesian kan? Terbantut nak bina masjid..huhu. Disebabkan tema perhimpunan tu kuning, maka dengan secara rasminya kiteorang bebudak kem ni dilarang sama sekali memakai baju berwarna kuning,,ni kan dah membantutkan niat2 kiteorang yang nak pakai baju warna kuning..hadoyai ye pun,mengapa menyusahi kami sebegini ye hadoi..ter..ber..


sedare!! kalau nak bertapa pegi hutan belakang umah aku sane..


Ni baru cite pasal implikasi sekecil2 alam belum cite dari segi ekonomi ,sosial dan politik, kang jadi karangan fakta pulak entri aku neh..aku salute dengan PDRM sebab buat press conference dengan tunjuk semua video pasal perhimpunan tu,,tak payah nak sembang kata PDRM ni kasar ke kurang ajar ke kalau kau tak tau apa2..

Aku rasa seram2 jugak ni taip post camni sebab takut blog aku kena banned..hahha,,bajet blog aku ni menteri pertahanan dalam dan luar negeri baca,,hihihi..lagi satu..

‘ Untuk membina sesebuah negara kita memerlukan beratus-ratus tahun, tapi untuk menghancurkan sesebuah negara itu hanya memerlukan sehari’

Bukan senang nak membangun negara ni menjadi sampai tahap macam ni. Kita ni ada otak jangan simpan dalam peti ais je sampai beku, kena lah pikir apa yang baik apa yang buruk jangan ikut suka hati bapak tiri laki mak jiran sebelah kita pulak.

Jangan nak mempertikaikan apa yang negara dah bagi kat kita tapi pikir apa yang dah kita bagi kat negara. Jangan jadi seperti susu dibalas dengan tuba,,ha..konfem karam singh di laut terus karam..hahha..

Orang kita kan tau menghentam je, susah nak bagi pujian- saril mok
Jangan tau kritik2 jek cuba kalau kita ni di tempat mereka2 yang di kritik tu apa kita rasa?

p/s : renung-renungkanlah dan selamat beramal

Comments

  1. aku suka entry ni. terbaik!

    ReplyDelete
  2. 1 nafas ja aku baca semua ni...terbuka sikit mata aku pasal benda alah ni...banyak benor peribahasa ko nyahh..i like

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts