puasa.pertama


Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan semoga mendapat keberkatan-Nya..Amin,,bagi yang dah dapat pesanan ringkas ni dari aku tahniahla diucapkan yek..ceh,,bajet femes..haha..entri kali ni aku nak cite pasal bulan puasa..aku merasa terharu dan gembira tahap maksima sebab tahun ni aku dapat puasa bersama keluarga setelah dua tahun aku tak puasa kat rumah..hehe,,seronok habis bai!! Makan sama2 dengan family, dulu puasa makan nasi bungkus jek sekarang puasa makan masakan mak..hehe..dalam mengutuk tindakan kementerian member cuti semester 4bulan aku jugak nak berterima kasih sebab kalau tak cuti empat bulan rasanya untuk kesekian kalinya aku puasa kat perantauan lagi sekarang..

Bayangkan situasi ini : :

Aku : Assalamualaikum makcik (sambil menyalam tangan makcik itu) kenal saya lagi tak?
Makcik tu mula mengerutkan mukanya sambil merenung2 muka aku.
Aku : Makcik ni mak Izzul (kawan 1sekolah aku) kan?
Makcik : Yelah.
Setelah beberapa minit. Akhirnya.....
Makcik : Lah,awak rupanya. Dah lama tak nampak,keje mana sekarang?
Aku : Belajar lagi,sekarang cuti.
Makcik : Ooh,belajar lagi. Patut dah lama tak nampak.
Kemudian Makcik tu bersembang pulak dengan budak sebelah aku.
Makcik : Mula2 tak kenal budak ni sebab lain muka dia,makin berisi,pipi makin bulat tu yang tak berapa nak cam. Nasib baik dia tegur kalau tak memang Makcik tak kenal.
Budak itu : Biasalah dah makin besar.
Aku : (tergelak sambil tersipu2 malu)

Hadoyai,,Makcik ni pun..terima kasihlah Makcik sebab mengingatkan saya yang saya ni dah semakin membesar..haha,,situasi tu berlaku time aku tarawih kat masjid area rumah aku..best bila dapat tarawih dengan orang2 kampung sebab diaorang ni peramah,aku yang selalu segan2 jadi peramah pulak sebab makcik2 kat kampung aku ni suka bertanya..

Mutiara kata dari saril mok untuk entri kali ini : :

Orang gagal berikan alasan, orang berjaya berikan hasil
Renung2 kan dan selamat beramal..

Aku mengharapkan bulan keberkatan ni dapat member sinar baru dalam hidup aku..Amin..

p/s : raya tahun ni tak berseorangan..:)

Comments

Popular Posts