semua.baru

Ketika aku menaip entri ini aku dah menaip entri ini sebanyak 2kali sebab UKM jaring yang sangat2lah laju..sampaikan pe yang aku tulis jadi hilang semua..sangatlah bagus kan? entri kali ni aku cerita pasal yang aku ni dah masuk fasa second year dan meninggalkan zaman2 first year dulu kala..


First cerita pasal second year ni ialah pasal aku jadi akak PC kolej time minggu mesra pelajar hari tu,,dahla aku ni tak berapa nak disiplin then dapat lak post disiplin..nak kata malang or beruntung nasib aku tu?



nilah ketua post disiplin bersama anak buahnya semasa menjalankan tugas
p/s : dahla dua2 kaki gelak,,memang salah la pihak2 yang memilih kiteorang ni


yang ini si 'single' partner aku time menyambut tetamu,,tak habis2 promote tengah single

Dahla aku kena sambut tetamu time hari first tu so aku ni memaksa kan muka untuk senyum dan berdiri teguh menanti adik2 junior yang datang..tersangatlah sejuk ye time tu sampaikan muka aku burn okay? aku punya tugas pada hari tersebut adalah menegur etika pakaian student2 baru ketika itu..memang muka ini sangatlah tebal ketika mnenegur bebudak itu sebab aku pun sama jek tak mengikut etika pakaian yang ditetapkan

Akak pc : adik ada kasut hitam tak?
Adik junior : kena pakai kasut hitam ke?
Akak pc : kenalah sebab formal kan..
Abg kpd adik junior : dulu2 takde pun suruh pakai kasut hitam time aku study dulu..
Akak pc : erk!! tu zaman tok kaduk abg oit..

Sangatlah sabar melayan kerenah ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka ini,,huhu

Lepas jek sesi sambut menyambut tu startlah sesi LDK then time LDK first tu aku yang handle so..


ha!!! tu dia..comel dak??

Sila lihat gambar gedik diatas,,gambar ni lah time aku handle LDK yang berlangsung time tengah2 panas itu,
so aku menggunakan segala kepakaran aku untuk tidak membuat kanak2 first year ini bosan..time tu jugaklah aku promote kecomelan aku dan akhirnya malam last MMP tu aku dapat award PC PALING COMEL..ha..mampu?? yang paling best abg hafiz cakap aku main kotor sebab promote diri time LDK tu..

Bagi aku MMP kali ni student manja and tak ragging sangat sebab orientasi pendek so tak boleh nak harsh sangat kat bebudak ni..so far its good experience lah untuk aku yang baru first time jadi akak fesi...

Pesanan untuk adik2 junior : : ingat matlamat masuk u,,time first sem tu boleh dikatakan enjoying urself tapi jangan sampai over uolls..try dapatkan 3 pointer sebab maybe korang tak rasa 3pointer tu time second year or third year nanti..tapi kalau uolls lagi gigih study dari iolls confirm dapat dekan sentiasa..most important thing jangan tinggal SOLAT!!!

Habis jek MMP bermulalah kehidupan sebagai budak second year dan first week kelas dah start lecture..mak aih!! dahla belajar mikro-p time memang sia2 jela air liu Dr Masri bercakap kat depan sebab sepatah haram ilmu pun tak masuk dalam pale otak aku ni...

azam tahun dua ni aku nak : :


1-merajinkan diri ke library
2-selalu ke kedai tok nak print lec note
3-rajin2 baca buku
4-mengurangkan kos perbelanjaan harian..hehhe..InsyaAllah
5-mendekatkan diri dengan programming


mintak2 semua tercapai..Amin



Sebenarnya hari sabtu tu aku ada plan A tapi disebabkan mamat HTC tu takde so batal plan A beralih arah ke plan B iaitu teman ien dating bersama basha..eheh..time tu kiteorang tengok cite Colombiana


Meh nak bagi review untuk cite ni : : cerita ni best sebab semua jenis emosi ada marah,sedih,gembira,lawak..aku siap nangis2 kot tengok cerita ni tapi basha boleh rilex pulak aku je yang terlebih emosi..eheh..cerita pasal Cataleya yang jadi pembunuh untuk balas dendam atas kematian family dia kat depan mata dia..


Oklah, habis dah berceloteh..diharap semua sihat2 selalu..


p/s : stress sebab duet pt tak masuk dan hutang banyak..

Comments

Popular Posts