baru.rapat

Halo2..hari ni nak update pasal classmate aku yang makin hari makin sengal dan makin rapat. Actually nak update semalam tapi disebabkan semalam kelas habis pukul 6 (sebenarnya tiap hari kelas aku habis pukul 6) semalam rasa macam penat dan exhausted(sila sebut semua huruf) sangat so terbantut niat nak menaip. Sekarang ada free so nak jugak menaip2 ni. 


Semalam kiteorang ada photoshoot budak kelas TK, bebudak sistem dan sains bergabung snap pic. Sebelum aku melalut sampai kelaut meh nak tunjuk hasil shoot semalam.


classmate TK all malay(tapi xpayah nak all sangatlah sebab ijat dengan iqa takde)


currently profile picture kat pesbuk




gadis bunga kecik =,=




aku dengan saniah bergaya bersama belakberon apau




geram kiteorang dengan dean ni sebab kiteorang baik punya pose dia boleh tak pandang kamera

Begitulah gambar2 bebudak kelas aku ni. Kau mampu? haha...kalau nak lagi lebih tengok lah kat pesbuk aku. Best kenal dengan bebudak ni sebab kiteorang since rapat start sem 2. Masa sem 1 tu still lagi pandang2 sinis kat kawan sebelah then percakapan pun omak aiihh selembut baju yang dicuci dengan downy anti bac tapi sekarang ni naik sem 3 dah takde selembut2 dah semua dah tunjuk kesengalan masing2.

Lepas je habis kelas pukul 1 kiteorang pegilah makan2 kat bakery, memang rasa precious moment time tu sebab rasa family habis. Aku ni yang takde duet cash dengan hensem ye pegi je makan kat bakery tu last2 bebudak ni cakap "apa guna ada member?" aku pun apa lagi "bak sploh hinggit,sok aku bayar" .

Teringat time aku kat matrik, habit aku dengan roomate a.k.a classmate aku ni ialah kiteorang dua orang memang malas bawak purse dan duet dalam purse sekali. So bila ada gap tu nak jugak pegi bakery beli roti, even takde duet kiteorang selamba je pegi bakery then ambik roti pastu kalau jumpa sape2 yang kenal mula lah "weh peah,bak dua hinggit sok aku pulang" kalau dapat yang member rapat  "ambik je pape, nanti aku belanja" tu yang best. Tapi setakat ni takde lah yang aku berhutang then aku tak bayar.

Bagi aku hidup kat kampus kalau takde geng tak best then kau kalau hidup kat kampus kalau hidup kau pegi kelas balik kelas je memang tak normal lah tu. 

Aku sebenarnya sekarang banyak keje sekolah yang harus disiapkan tapi keinsafan tu tak datang2 pulak, lari pegi mana tak tau. Sekarang asal bukak buku je mula menguap tapi kalau buka muka buku ni takde pulak menguap.

p/s : kali ni takde pesanan.


Comments

Popular Posts