untuk.abah


Hari ni nak cerita pasal abah saya!! Nama abah aku MOHD YASIR BIN JAINUDIN. Tapi nama jawe dia MARSUDI,hehe..Kenapa aku tetiba je nak cerita pasal abah sebab tadi mak call aku bagitau yang abah bagi duit dekat mak suruh bagi duit tu kat aku, abah baru je lepas menjual ternakannya. Sangat terharu sebab abah berusaha jugak reserve duit untuk bagi kat anak dia yang menyusahkan ni even family aku sekarang tengah tak stabil. Terimakasih abah, adik sayang abah sangat. 

Aku ingat abah nangis time aku pegi belajar kat matrik sebab dia takut nak lepaskan aku, aku satu2 ye anak dia yang belajar jauh2. Abah selalu cakap " adik je harapan abah tau, abah nak adik berjaya lebih dari abah dengan abang dengan kakak" 

Abah tak pernah pukul anak2 dia, yang paling aku suka dengan abah ialah abah suka menggemukkan anak2 dia..hee..kalau aku or kakak aku balik rumah nanti malam ye mesti makan kat luar. Rasa macam nak balik rumah nak cium2 abah lah,rindu pulak.

This is dedicated for u abah.

p/s : sekarang nak jadi anak abah pulak.:)

Comments

Popular Posts