petang.yang.memalukan


Perkara yang aku nak sangat buat buat masa sekarang *nak sorok diri bawah meja or something yang boleh menyembunyikan aku.

Ceritanya bermula bila petang tadi aku balik kelas then aku nak mandi so aku mandilah kat blok sebelah sebab blok aku takde air, aku ingat nak stay bilik kawan aku. 


*yang peluk tangan den tu haa kawan den yang den poie bilik dio, cik lai namoyo ehh.

So sampai je kat aras bilik cik lai, aku pun ketuk pintu bilik dia then nampak ada budak tengah pasang headphone sambil duduk kat meja study. Aku pun tanya "cik lai ada?" budak tu jawab "tengah solat". Aku pun buat muka selamba masuk dalam bilik tu then dengan penuh keyakinan dan keazaman yang tinggi aku pun baring kat katil budak tu sementara menunggu budak yang kusangka cik lai tu habis solat. Habis je budak solat dia pandang kat aku, aku ni terkejutlah sebab lain yang aku harapkan lain yang ada depan mata. Ternyata budak tu bukan cik lai, arghhhhhhhhhhhh. Time tu aku rasa muka aku merah menahan perasaan malu yang tinggi menggunung. Kalah gunung eberest weh!! 

Aku pun gelak-gelak *cover malu then budak tu cakap bilik cik lai kat sebelah. Budak yang pakai headphone tu dengar aku tanya "ana ada?" tak ke jauh 'cik lai' dengan 'ana' tu. Haish, adik-adik kot ye pun khusyuk dengar lagu ce bukak dulu headphone tu kalau ada orang tanya *salahkan adik tu pulak.

Aku pun keluar balik bilik tu then lari-lari anak pegi bilik cik lai, aku pun cerita kat cik lai pasal kejadian itu dan yang bagusnya cik lai gelak sakan sampai merah-merah muka. Siot kau cik lai. Dahla budak tu junior,dah sure-sure diaorang cam aku sebab aku jadi PC dulu..hadoyai. Then beberapa minit kemudian aku menjadi topik hangat di twitter.




Untuk cik lai : aku dah taknak mandi kat aras kau lagi,haha.

p/s : aku mesti kena kutuk-kutuk dengan budak bilik faker cik lai tu.



Comments

  1. hahahahaa! bedekah wehh aku baca..
    teringat balik saat2 kejadian..
    sengal punya yana! haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts