ketakutan

Assalmualaikum semua.


9.17 a.m aku masih lagi depan Acer menghabiskan bacaan terakhir sebelum melangkah ke bilik air nak mandi jap lagi. 


Microprosessor and Interfacing 12.00 tghr DTAMS


Serius exam kali ni aku teramat takut sebab CM aku rendah then dengan subjek agak menyusahkan beserta tak sempat study alasan projek berlambak. Kalau aku tak dapat jawab nanti aku salahkan lecturer yang bagi projek bebanyak *tipikal orang kita yang suka salahkan orang lain padahal salah sendiri -,-" ehem-ehem, termasuk aku sekali, hehe.


Takut sangat amanah yang dibawa ni tak dapat nak ditunaikan, takut sangat akan mengecewakan orang yang memberi harapan.


Sebelum apa-apa terjadi aku nak menyatakan bahawa kalau aku tak dapat jawab or pointer aku jatuh semua sebab salah aku sendiri. 


p/s : merepek jap sebab otak dah fully loaded.



Comments

Popular Posts