masam.manis.sedih.gembira

Assalamualaikum semua.

Semester 3 ni berakhir dengan tragisnya, hehe. Sem ni rasa banyak sangat benda yang dah jadi, sem ni jugak yang menguji tahap kesabaran aku menghadapi dugaan. Bersyukur sangat sebab dapat atasi semua tu dengan bantuan anda-anda-anda semua. Sayang korang. Ni ha, aku nak bagi sikit apa yang telah terjadi selama 1semester ni. Layannnn.

1. Pemudahcara BMP




yang pasal pemudahcara ni aku ada taip sikit dekat previous post so rajin-rajin scroll down ye, haha. *macam bese buat je.

2. PERMAJ


yang ni time first program PERMAJ kat Asahan Melaka, aku pegang post pendaftaran beserta publisiti. Kalau hampa suma nak tau, aku pegang post ketua sekretariat KEBUDAYAAN DAN WARISAN. Hah!!! menge'dog sangat kan. Tau lah aku ni seayu lisa surihani so janganlah nak menge'dog keayuaan aku. haha


yang ini kembang kempis sikit hidung nak habaq mai sebab aku pegang post ketua program,hahahah. *kalau program xjalan kembang kempis jugak hidung kena marah. Ni kali kedua aku join, kalau dulu join time first year ni kali kedua join jadi akak senior lak. Keje mengutip family angkat je duduk ukm ni -,-"


mesyuarat dengan orang kampung, serius terkenang mak dengan abah aku time meeting sebab mak aku ni kira aktif dengan aktiviti orang kampung. hehe



time ni aku pegi ambik barang-barang kat Nusajaya.


3. TK FTSM


Semester ni aku rasa masa aku paling banyak terbuang dekat bebudak senget kat dalam gambar ni,hehe. *just joking. Disebabkan projek sem ni beriban-riban tu yang banyak habis masa dengan diaorang, hipotesisnya : semakin banyak projek semakin banyak masa terhabis bersama budak kelas. *macam xkena je. Macam-macam kerenah bebudak ni, aku baru tau sem ni. Sem ni lah perangai masing-masing tercampak keluar. 

4. Dugaan dan konflik

Sem ni jugak aku rasa dugaan yang datang semua selepuk kat aku, aku bukan nak merungut ataupun nak mempertikaikan *tu dia yang kita cari dari 10saat tadi. apa yang telah tertulis tapi serius aku rasa berat sangat. Dengan harta benda aku rosak disaat aku tengah ditimpa dengan projek-projek yang harus disiapkan. Time tu jugak aku dapat tau yang ada member buat taik dengan aku *maaf mencarut(gaya basha meriah). Konflik drama cerekarama pun ada sem ni.

Sabar jelah weh, tu jela yang mampu. Hal family, hal kewangan, semua ada time sem ni. Kejap je aku jadi OKB masa tengah sem then last sem jadi OTD pulak. 

Dengan exam final tak boleh buat then carrymark semua menjunam jatuh, aku confirm se'confirm ye yang pointer aku jatuh sem ni.

Thanks who those keep giving support and strength to me for facing this matter. Love you guys. 

4. Sukem 


mak menang!!


Naib johan : KAB


                                                      Geng Lawn Ball


Sukem kali ni differ sikit sebab mak menang okay!! haha. For the first time cheq menang jah oiii, cheq masuk boling padang dapat emas, stress aku kena kutuk dengan acit ketot tu sebab aku main game yang keluar peluh kat ketiak je. -.-" 


Sukem sem ni aku ada lah tolong-tolong yus, yus kan jaksa sukan. So as adik yang cute aku pun tolonglah brader-brader kurangkan beban.


6. Ting tang


Tak banyak sangat masa aku dengan ting tang sebab ting tang sekarang dah beranak pinak, haha. Semua dah ada family masing-masing. 


7. Jenjalan buang duit


Yang pasal ni sila rujuk blog minah ni : :


http://manusiabiasapunyacerita.blogspot.com/




Rasa tu je kot yang aku nak taip sebab tiba-tiba je otak aku hang, hehe. Sebelum tu ni ada gambar nak menyelit jugak :



Sila jeles semua geng B2102, haha. Aku jumpa minah ni balik!!! aku datang uthm sem ni, so lepak bilik budak ni. Syokkkk sangat sebab dapat sembang cite-cite bodoh time matrik dulu *erkkk.

So here comes the end of this semester, this semester bring too much memory for me. Hope that the better one will come for the next semester and for the rest of my life. 

p/s : tak sabar nak grad, penat dah susahkan family 


Comments

Popular Posts