OPKIM.2012

Assalamualaikum semua!!

Alhamdulillah aku dah pun selamat duduk rumah selepas aku join OPKIM 5hari kat Pontian, Johor. Rasa sangat teruja dan happy sebab aku rasa lagi satu suasana family kat sana, means after family TK ni ada lagi satu family iaitu family PERMAJ a.k.a Persatuan Mahasiswa Anak Johor. Even aku ni exco cikai-cikai je tapi aku rasa time OPKIM tu kiteorang gerak as satu team. Kat situ jugaklah aku teruk kena bahan pasal taik lalat bekembar aku yang betul-betul terletak elok kat hidung ni haa.

OPKIM ni bertujuan untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan masyarakat. Aku dapat post program so agak busy jugaklah, maaplah kepada mereka-mereka yang dimarahi oleh aku time program tu *jadi mak tiri jap. Aku dapat parents angkat ketua cawangan UMNO kat situ.

Actually aku pegi awal time OPKIM tu, aku pegi dalam pukul 3petang hari jumaat. Hari jumaat yang indah tu aku diganggu oleh si Gombal alias KP OPKIM, senang-senang kembang hidung je dia ajak aku pegi awal dengan alasan takde orang teman pakcik van UKM tu. Aku ni dengan baik hati pegilah awal. Memang macam lipas kudung aku kemas bilik,basuh baju,sapu lantai,hantar kunci,fotostat tentative sampai tak makan lunch. Last-last berhenti kat RnR mana tah aku melantak nasi lemak ayam *nampak benor gelojohnya.

Masa sampai awal tu aku dengan Gombal stay umah tok ketua, dahla umah tok ketua ada wifi. Memang syoklah aku tengok u tube, firstly tok ketua tu ajak aku jadi anak angkat dia sebab senang nak bincang-bincang program tapi masalah permasalahannya tak kan lah aku sorang-sorang pempuan kat situ disamping Gombal,Najib dengan Ezam.  Then aku mintak lah nak duduk umah sebelah tok ketua, tanpa diketahui sesiapa aku tak log out pun wifi tok ketua *nampak tak permainan kat situ?

Jom layan aktiviti OPKIM ni : :


time ni aku wawa dengan ayie tengah gigih menyiapkan gubahan sirih junjung dan buah-buahan. Aku ni yang tak berapa nak kreatif hanya mampu bergambar je, hehe.


my family angkat!! siap dengan anak-anak buah lagi bergambar. Yang pegang baby tu nama dia Kak Nani then baby tu nama Amsyar, yang budak kecik perempuan *kecik ke? nama dia Jesrene then yang budak kecik lelaki *again kecik ke? nama dia alif. Last yang pakai spec zaman tok kaduk tu nama dia Afi.


time makan-makan nasi ambeng. Yang ni lah mak angkat kitee :)


post mortem. Dayah sangat happy tatkala post mortem, hehe.


ha!!! jangan terkejut ye pun adoii, yang ni betul-betul aku karok, lagu Baldu Biru bai!!! haha. even suara tak semerdu Rosnah Mat Aris tapi aku tetap jugak nak karok *dahla tak tau lagu camne last-last pegi stage cakap slow-slow kat Ijul suruh cover aku. =,='


gadis-gadis penggerak OPKIM 2012


another family : : PERMAJ 
belakang dari kiri : Iena, Anis, Ecah(nama dalam PERMAJ), Yana Cute, Dayah, Katie, Ijul, Nana, Mera
duduk kat kerusi dari kiri : Ain, Nad, Zamir, Acit Ketot, Mira Besar
duduk bersila dari kiri : Mira Kecik, Najib, Gombal, Epul

aku terpaksa edit balik post ni sebab lupa nak masuk kan gambar ni : : 
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

tara!!!!


bagi lah aku kesempatan nak mencapap kat blog sendiri, hehe. 


Habis dah layan? Kalau tak puas tengok muka aku yang macam Lisa Surihani ni, eh salah-salah muka Lisa Surihani yang macam muka aku *maaf mencarut tahap ketiga disitu. Sila lah jenguk-jenguk FB aku.


p/s : happy now.



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Comments

Popular Posts