pemergian.secara.tiba-tiba

Assalamualaikum semua :(


Petang yang redup ni tak mampu nak tenangkan hati-hati yang meratapi permergian kau sahabat. Al-Fatihah untuk arwah Rohaizad Bin Bakari yang kembali ke rahmatullah pada petang ni. 


Aku tak tau nak react camne, sebab aku tak sangka. Aku tak rapat sangat dengan arwah,aku rapat since kiteorang sama-sama satu group projek robot. Start dari tu aku kenal dan rapat dengan arwah. Aku tau ada yang lagi sedih dari aku. Untuk Apau : tabahkan hati weh.


Sepanjang kawan dengan dia,dia baik orangnya. Supposedly malam ni aku,arwah,Apau,Kak Su dengan Basha plan nak pegi Jonker Walk Melaka sebab nak realisasikan impian ngada-ngada aku nak pegi Melaka. Tapi, apakan daya Allah lebih sayang kau jad. 


Kejap sangat Allah bagi pinjam kau kat kiteorang jad, aku tak tau camne aku nak buat robot kalau kau takde nanti.


Orang cakap tak elok meratapi pemergian orang yang dah takde sebab nanti arwah tak tenang, aku nak kau tenang kat sana. Aku doakan roh kau dicucuri rahmat. Aku sayang kau sahabat.






p/s : aku tak kisah tak dapat pegi Melaka, tapi bukan camni cara ye tak nak bagi aku pegi Melaka. 

Comments

Popular Posts