quick.post

Asslamualaikum semua!


Im back,back with new spirit. InsyaAllah, puas dah aku merintih menghadap Yang Maha Esa. Tu jalan terbaik, aku tak tau kenapa saat ni aku amat-amat merindui keluarga di kampung dan aku merenung dosa-dosa yang telah aku lakukan.


Ya Allah,tak terkira dosa yang aku lakukan. Aku sempat memikirkan apa yang akan terjadi pada ku sekiranya keluarga ku terutamanya ibuku tiada disisi. 


Ya Allah,perkara yang aku ingin lakukan sekarang hanya untuk pulang ke rumah melihat kedua orang tuaku,memeluk mereka dan menyatakan yang aku sangat menyayanginya.


Doa untuk mak dan abah,


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah segala dosa kedua orang tuaku. Kau tempatkan lah mereka di tempat orang-orang yang beriman. Berilah aku peluang untuk aku membalas setiap jasa dan titik peluh mereka membesarkan ku. Ya Allah sekiranya sudah tertulis bahawa mereka yang akan pergi dulu aku redha Ya Allah, aku terima ketentuan-Mu tapi Kau berilah nikmat syurga kepada mereka. Amin Ya Rabbal Alamin. 


p/s : berikan aku kekuatan.

Comments

Popular Posts