dedicated.to.father

Assalamualaikum semua :)


Alhamdulillah aku dah selamat sampai UKM,aku balik awal sebab nak mengelakkan diri dari kesesakan pada hari Ahad mendatang. Malam ni nak taip sikit pasal abah.


Aku tak tau kenapa malam ni emo sangat sebab teringatkan abah, sampai nangis-nangis woo *aku memang gembeng orangnya*. Teringat kat abah sebab cuti seminggu biasanya tiap malam aku lepak dengan abah kat kedai makan,hewhew. Abah melayan anak dara nya yang kuat makan.


Abah aku ni garang orangnya, anak-anank dia termasuk aku selalu kena marah. 1 aku respect kat abah aku ni, abah aku semarah-marah dia pun dia tak penah nak angkat tangan kat anak-anak. Kalau piat telinga tu selalulah,hehe.


Aku ni kira anak emas abah sebab pape yang aku nak mesti abah usahakan,haha *gelak jahat*. Tapi malam ni aku rasa tacing sampai ulu hati teringatkan abah. Teringat abah nangis time hantar aku kat matrik Perlis,teringat ayat keramat abah setiap kali call,teringat abah nganjing aku kuat makan,teringat abah bebel kat aku sebab aku kuat tido kalau balik cuti,teringat abah suruh aku bukak kandang kambing,teringat aku kena marah sebab tak pandai halau lembu *dulu-dulu punya cite*,teringat sume lah, haishhh. Nak taip sesatu memang panjang lah entri aku kali ni.


Aku ni kadang-kadang tak bersyukur sebab dikurniakan tiga orang bapa dalam hidup aku. Abah,Abah Daud dan Papa. Apalah nasib bapak-bapak aku tu dapat anak macam aku ni -,-"


Kalau korang nak tau kenapa aku cepat sangat sihat setiap kali balik umah ni semua pasal abah. Abah sangat setia melayan kerenah aku lagi-lagi bab makan. Abah aku ni suka keluar jumpa kengkawan dia malam-malam *beselah orang bujang,hewhew* then kalau dia balik confirm dia tapau makanan dan tukang habiskan ye akulah. 


Kadang-kadang even aku dah kenyang, aku makan jugak. Time tu ada sekali mak aku dah masak then aku pun makanlah sebab nak hargai pengorbanan mak yang masak untuk anak-anak dia lepas tu pulak abah aku balik dari warung bawak pulak makanan so aku pun niat nak hargai pengorbanan abah yang dah susah payah tapaukan makanan tu aku pun makanlah. Sekarang baru korang faham kan kenapa aku sihat sangat setiap kali balik umah.


Fikir pasal parents ni kekadang boleh buat kita gelak,senyum,nangis dan rindu *confirmlah*. 


Walau buruk macam mana pun mak bapak kita tu, mereka tetap mak bapak kita. 


Okay lah geng,aku pun nak lelap dah ni. Travel jauh kot,hehe. Selamat malam.


p/s : I love abah, i love abah daud and i love papa.



Comments

Popular Posts