terimakasih.PERMAJ

Assalamualaikum semua :)


Take note smiley aku dah berubah jadi senyum. Pagi ni aku pegi ronggeng-ronggeng dgn budak-budak PERMAJ kat sungai gabai. Nampak macam aku tak sedih kan sebab arwah ijad,tapi aku try kuat sebab ada yang lagi sedih dari aku. Aku pretend macam takde pape berlaku.


So dalam pagi tu aku dan bebudak ni gerak pegi sungai,yang follow cuma aku,Ecah,Acit,Gombal,Tiha,Kak Nad,Kak Nana,Katy,Ain,Ijul,Ayob. Tiga kete gerak sesama pegi sungai, aku naik kete Tiha dengan Ecah dan Gombal. Gombal yang drive,dalam kete memang kecohla sebab Gombal jadi daddy Tiha jadi mummy.


Sampai sungai dalam 11lebih kot aku pun tak sure. Aku tak nak cite lelebih so as usual lets picture doing their work.



ahli jemaah majlis yang ikut.


just arrive.



nilah daddy and mummy kiteee :)


makcik jual karpet dengan tudung.


budak perasan tak nak masuk air sebab tak bawak baju last2 basah jugak -,-"


kenapa rasa macam muka aku bersinar cerah berbanding Katy dengan Ecah *Yana mencarut.



Yana si putih dan Ijul si ireng!!!


until Jannah *gaya Ety. hewhew


nilah hasil masakan kiteorang.


time masak ni sume nak jadi master chef last2 bila Ecah start pegang-pegang arang barulah hidup api ye.hehe.


makan-makan!!! Acit baca doa.

Lepas siap makan-makan bebudak ni sume turun balik sungai,aku je yang tak turun sebab aku tak bawak baju. So aku tukang ambik gambar jelahh, tapi last-last Ecah percik kan air kat aku, dah basah baju sume. 

Dah puas berendam kiteorang siap-siap nak blah, then time perjalanan balik tu Ecah ngidam pisang. Terjerit-jerit dalam kete Tiha "nak pisang nak pisang!!" dah macam tak penah makan pisang. Last2 jumpa jugak pisang,


muka bahagia dapat pisang.

Habis je makan-makan kat warung tepi jalan,kiteorang balik. Aku dah landing baik punya dalam kete. Yang Acit boleh sesat masuk KL,aku pun tak taulah kenapa boleh sesat. Tiha hantar Gombal kat KTHO then aku kat Amin. Balik-balik je terus tido.

Thanks guys for that moment. Thanks for cheering me. Aku tak nak sedih sangat sebab tak elok kan. 

p/s : camne aku nak hadapi kelas robot sok weh? :(

Comments

Popular Posts