family.day.PERMAJ

Assalamualaikum semua :D


Selamat hari isnin, actually this post should be done by last night but due of my hyper lazy so  i decided to finish it by today. haha, gila loser BI aku. Tapi aku rasa cam nak melantak dulu lahh, kejap ehh. aku melantak dulu then baru aku taip balik. 


Beberapa minit kemudian...


Erkkk *sendawa* Alhamdulillah,kenyang-kenyang. Sape-sape yang tengah duk baca ni kalau tak makan lagi pegi makan dulu ehh. 


Sambung pada tajuk yang ingin ditaip ni, semalam means 6 Mei 2012 PERMAJ ada buat family day tertutup untuk para-para exco lama dan baru *dah macam para-para sakura je*. So yang ikut just Zamir,As,Huda,Nana,Acit,Gombal,Ecah,Mera,Ain,Daya,Nad,Apau*pelik kan?*,Erni,pakwe Erni,Ety,Siti bersama aku. Kiteorang pegi 4kete. 



organizer program *amik pic opkim*

Petang sehari sebelum pegi tu aku,As,Gombal,Acit dengan Ecah pegi pasar bangi beli bebarang nak masak. Dah macam satu family pegi belanja, banyak betul barang beli. Then lepas beli-beli terus pegi Mapley makang-makang. Aku dah rasa macam regular customer Mapley je, then setiap kali lepak Mapley setiap kali tu lahh jumpa Apau. *kenot brain dis*.

Lepas makang-makang kitaorang pegi kiosk Ecah rewang-rewang untuk program, memang kelaut lah harapan aku nak tengok The Avengers malam tu. T_T Acit paling busy sekali sebab dia organizer, sibuk bahagi-bahagi budak naik kete mana and sape drebar. Dekat pukul 2 lebih baru setel sume.

Yang paling lawak ye sume taknak bawak pakwe Erni sebab nya tak kenal, last-last Gombal yang kena bawak,haha. Aku keje nganjing Gombal je.


yang ni time pagi sebelum gerak, Nad gigihla 7kali goreng mee sebab kuali kecik. Bersepah dapur Ecah nak buat, yang aku As dengan Acit sibuk goreng cekodok kat sebelah.

Dalam pukul 9lebih kot kitaorang gerak, memula Apau taknak pegi sebab penat then aku cakaplah takpe tak pegi tapi last-last Ecah dengan Acit pujuk jalan jugak mamat tu ikut kitaorang. Aku naik kete sekali dengan Apau,Mera,Erni. Gombal bawak Ecah,Zamir dengan pakwe Erni. Nana bawak Daya,As,Huda. Acit bawak Nad,Ain. 

Aku nak drive memula sebab tengok Apau muka ngantuk je tapi dia nak jugak drive so aku rileks jee.hewhew.




time ni baru je sampai PD

Lawak jugak time carik port nak lepak ni,hahah. First masuk Teluk Kemang then pusing-pusing ramai pulak orang then Ecah suggest tempat dia kayak dulu. Yang lead kete Gombal, Ecah dah bawak masuk semak mana tah dengan jalan kecik vs lopak siap bukit-bukit lagi. Then sampai je port Ecah suggest tu cam creepy je. Then decide nak pegi pantai PD pulak. Time nak gerak kuar port tu Nana yang lead. Time ni memang lawak sebab jalan bukit then kete sume manual. Tah salah percaturan agak ye kete Nana boleh tak naik bukit. Kitaorang suma dah reverse back sebab takut belanggar. 

Sume fail naik bukit kecuali Gombal sebab dia dah prepair awal-awal. Yang Apau boleh slack sebab Acit. Sampai je pantai PD sume dah macam batak*jakun* tengok air. Sume masuk air. 


time ni naik banana boat. neves cheq naik banana boat


time dijatuhkan. epic fail time nak naik balik banana boat sebab badan berat benau.


kengkonon nak jadi duyung.




time datang :)


suar baru Apau,haha. Kitaorang ni gigih duk cari dia pegi mana, rupa-rupanya dia pegi beli suar hawaii ni.


makang-makang!!


nak balik dah.

Time dalam perjalanan balik tu semua tido dalam kete. Ecah dengan Mera naik dengan aku. main tetukar selera pulak.haha. Aku ni time balik tu nak tido sena ye*dah tido sena ye* siap tersengguk bagai. Apau yang kat sebelah dah sangap-sangap. Yang Ecah dengan Mera jangan kata lahh, dah lelap sume. Apau nampak aku tersengguk, dia siap cakap 'aku nampak kau tido tadi siap tersengguk lagi, aku bagi masa 5minit je kalau kau tak sedar jugak memang ni makan dia' haha.

Time balik tu sume dah hilang connection,memula main follow-follow tapi tah sawan apa Acit tu laju kemain kat depan. Nana dah lost kat belakang. Jumpa pun time dekat tol bangi. Sampai bangi terus pegi MI jalan reko, pegi karok!!


Time ni memang aku tak cover nyanyi, main belasah je lagu. hahaha. sume memang main belasah je, sedap tak sedap belakang kira. Paling epic fail time ni Gombal lahh, lagu rock boleh dibuat gaya balada. kenot brain dis. Aku nyanyi lagu Baldu Biru *as usual* duet dengan Acit then lagu Someone Like You dengan Awan Nano duet dengan Apau. Epic fail time nyanyi lagu Adele sebab nafas tak panjang. hahaha.

Habis karok terus balik sebab semua penat. Time balik tu takde orang naik kete aku dengan Apau. So aku yang drive sebab Apau dah bagi kunci. Stress aku Apau memekak je time aku drive, siki-sikit 'yana brake yana' 'signal yana' 'change gear yana' aku geram jugak kat mamat sebelah ni, tapi aku tau dia nganjing je. Aku pun buat-buatlah bawak laju siap lap lagi.hahah. 

Having great time with you guys! We are one family right? Love you guys damnly much.

p/s : aku ada diaorang so tak heran pape.


Comments

Popular Posts