pengalaman

Assalamualaikum semua :)

Selamat malam ahad hari sabtu. *apa kena mengena* Aku just nak cite pengalaman hidup aku. Penuh liku sena ye hidup aku ni, aku still ingat camne some people hina family aku, kutuk family aku, maki family aku. Aku nampak semua tu. Aku rasa apa yang family aku rasa. Aku berpindah rumah 3kali dalam masa terdekat. Family aku pindah-randah kot.

Yes true, family aku asal Indonesia. Whats the problem? Still manusia jugak family aku, bukan alien. Aku still ingat camne aku gaduh dengan classmate aku sebab dia ejek aku anak orang Indon. So what? Anak orang Indon tak boleh sekolah ke? Since sekolah rendah aku tak dapat pinjaman buku teks until sekolah menengah. 

Sebab aku anak orang Indon, tiap petang aku pegi rumah jiran aku yang pinjam buku teks sebab aku nak siapkan keje sekolah. Time tu aku sekolah rendah, perit weh sangat perit. Aku yang baru standard camtu dah kene ejek-ejek anak orang Indon. Aku tahan je, sampai satu tahap aku salahkan parents aku kenapa aku dilahirkan as anak orang Indon.

Time sekolah aku paling benci time dapat pinjaman buku teks, aku confirm tak dapat sebab my parents not Malaysian. Buat penat je isi borang kalau dah tau kesudahannya yang aku tak kan dapat buku teks. If aku dapat pun aku dapat yang last and yang dah koyak-koyak.

But, aku bersyukur. Sebab aku still dapat then aku dapat belajar kat sekolah. Alhamdulillah aku berjaya lebih dari anak-anak Malaysia yang ejek aku tu.

Aku ingat lagi family aku kena halau dari rumah yang dah dekat 5tahun kiteorang duduk sebab mak bapak aku orang Indon. Jiran sebelah siap panggil polis suh tangkap mak bapak aku sebab diaorang cakap parents aku Indon and takde IC.

Pukul 2 3 pagi polis ketuk pintu umah aku kot, gila bangang jiran sebelah. Siap panggil gengster2 kampung nak belasah bapak aku. Apa hak kau sial nak belasah bapak aku? Rumah yang kiteorang duduk tu kiteorang bayar kot, siap mintak izin dengan tuan rumah and tukang buat rumah masa nak duduk situ.

Angah aku siap nak kena parang-parang sebab menjawab dengan jiran sebelah, rumah aku siap kena 'pagar-pagar' Betapa busuk ye hati kau manusia.

Sekarang rumah yang kiteorang duduk tu kau dah robohkan, parents aku berhabis duit kot betulkan rumah tu then kau senang-senang robohkan. Kau gebang kat 1kampung yang bapak aku ni pendatang haram then kau busuk kan nama family aku. Kau laga-lagakan kiteorang.

Gila hebat kau orang tua? Gua salute kat lu lah.

Kiteorang bagi rumah tu kat kau bukan sebab kiteorang mengaku kalah tapi sebab kiteorang malas nak cari gaduh. Kau ambiklah apa yang kau nak, parents aku maybe boleh maafkan kau tapi bukan aku. Aku tak penah halalkan or maafkan apa yang dah kau buat.

Maruah family aku, kau lambung-lambung. Tahniah, nice sangat. Aku tau family aku bukan baik mana tapi tu bukan penyebab kau nak mengata family aku.

p/s : aku bangga dengan family aku.

Comments

Popular Posts