melaka.with.love

Assalamualaikum semua :)


Lama tak ber-update blog 'usang' aku ni haa. Malas bercampur takde idea tu yang dah lama tak menaip. Lagipun gua dah ada tumblr yang boleh gua gunakan untuk mencurahkan segalanya,haha. 


Hurm, by the way bukan nak story pasal tumblr tapi nak cerita pasal kami ke MELAKA!!!!!


Bertarikh 18 Julai 2012, ber'ketua pengarah kan aku, berkereta kan akak Apau. Kami berlima ke Melaka!!! Aku, Kak Su, Pikah, Zul dengan Apau. Kita orang pegi Melaka,haha.


Plan nak pegi Melaka ni dari sem lepas, time arwah ada lagi. Tapi tak sempat sebab Allah sayang kau lebih Jad, T_T Isnin malam tu time Apau hantar aku balik dia ada cakap yang nak bawak kitaorang pegi Melaka sebab dia pegang kete akak dia sampai hari khamis ni then kitaorang hari rabu kelas pagi je. Aku ingat memula tak jadi sebab Apau ni jenis sembang lebat kejap then senyap.


Time hari kejadian tu, lepas je habis kelas aku dah gaduh mulut dengan Apau. Time aku tengah jalan nak balik dengan Kaksu si Apau ni datang then dengan one minute plan siap gaduh gaduh bagai kat tepi jalan tu at last jadi jugak pegi Melaka pukul 12.


Pukul 12 tu kitaorang dah gerak keluar UKM. Sampai je kat Melaka time tu dah zohor, so cari masjid then solat.





just arrive. dekat Masjid Al'Aazim.

Aku sebagai KP telah diamanahkan untuk mengurus tentatif, lepas je solat kitaorang pegi Muzium Kapal :D gua tersangatlah excited sebab gua dah lama nak pegi Melaka baii. Tapi yang sedih aku sorang je masuk muzium, bebudak ni sume pegi cari makan, haha, tapi kisah apa gua. 


makang makang food court.

Lepas pegi muzium kitaorang jenjalan kat Jonker Walk, then semua berpecah. Aku cam bese sensorang, Apau dengan Zul, Kaksu dengan Pikah. Pikah dengan Kaksu masuk Art Gallery, aku masuk muzium apa tah then budak 2 orang lagi tu jenjalan kat pasar bawah.






time ni Nani tengah call aku bincang pasal LI -.-'


time ni kat kubu pertahanan mana tahh.

Siap jenjalan semua dah penat mari pekena cendol dan ABC tajaan Pikah,hehe. Dah macam JJCM pulak. Lega betul dapat pekena cendol dengan ABC dikala panas terik.


Siap bercendol maka bergeraklah kami ke Zoo Melaka, yeahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!! We go to the zoo!! Time dalam kete tu aku tersangatlah excited sebab nak jumpa harimau. Tapi yang sadisnya sampai je zoo tu zoo dah tutup, huwaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!! Sangatlah sedih sehingga aku menitiskan airmata, sedih kot sebab aku dah excited nak jumpa harimau. Aku diam je masuk kete then bebudak ni pun senyap je, lepas solat kat rnr terus kitaorang blah balik UKM.

Sampai bangi je,terus pegi mapley makang makang. 

Terimakasih semua :")

p/s : entri pendek je sebab malas menaip. sekarang ni gila main tumblr. :D

Comments

Popular Posts