tonight.we.are.young

Assalamualaikum :)

Pertamanya nak tiup dulu sawang-sawang kat blog ni, *fuhhh fuhh fuhhh* almaklumlah blog lama dah tak update, hihi. Maap kerana cerita aku ni tak bergambar sebabnya aku mana suka amik gambar orang, kalau orang amik gambar aku, aku suka :D 

Sebenarnya cerita bermula bilamana si Nani ni nak teman aku dinner malam tadi, so aku pun decide macam nak pergi berjimba sebab weekend kan? so lepaklah memana, sembang dekat TL sekali Yus dengan Spoket nak ikut, so go on jelah. Bincang-bincang kencang sekali semua turun kafe sebab si Spoket suh makan kat kafe, rindu time first year katanya.

Pastu dah makan kat kafe ngomel pulak tak sedap -.- aku rasa macam nak luku je kepala dia, bincang semua then gerak pegi MI, karok bai! line-up masa ni just Yus, Spoket, Ijat, Odok, Aku, Ika, Ien, Nani. Mok on the way balik ukm so kitaorang karok dulu sementara tunggu dia. 

Time dalam karok tu tak payah cerita ah, memang bising satu bilik. Ien siap nyanyi woooo, terkejut aku, hahaha. Tah bape lagu kitaorang sebat time tu, paling banyak nyanyi si Nani lah -________- tahap kondifen dia nyanyi tu memang aku bagi 139%! 

Lepas karok 2jam, turun lepak downtown carik makan sementara tunggu Odok dengan Ijat pegi amik si Gemok tu. Kat downtown tulah jumpa bebudak kolej, dah macam reunion dah -.- 

Mok sampai je terus decide nak kemana, decide nak pegi burger bakar kaw. Aku tak tahu kat mana, so Mok drive kete Nani, Ijat drive kete dia. Geraklah ke sana, tapi berhenti petrol pam dulu sebab nak bincang, bincang-bincang jalan maka geraklah naik KL. 

Aku drive kete Ijat, haha. Punya laju Mok ni drive sampai aku ragu-ragu nak kejar, pentol sungguh -.- siap sesat lagi weyyy, asal nak bincang je mesti masuk petrol pam, macam takleh bincang kat tempat lain.

Selepas beberapa jam perjalanan, sampailah di Wangsa Maju burger bakar, tapi burger bakar dh tutup maka makanlah dekat mamak yang berdekatan. Makan sembang gelak semua pastu blah balik, mulanya nak pegi Bukit Ampang tengok sunrise tapi hujan so balik jelah Bangi.

Having such a great moment with them :') even though the line up not complete but i feel enjoyed and annoyed with them, sebabnya kalau lepak asyik aku je kena buli. Lagi kalau ada Mok, memang madah bertekak jelah. But i'm okay with that, i'm gonna miss you guys :) thank you all. 

Comments

Popular Posts