Cerpen : Saya dan Senah.


Saya ada sebuah kereta berjenama proton Iswara yang saya berikan nama Senah, mengapa saya berikan nama beliau senah kerana pada mulanya saya menyangkakan yang kereta itu berjenama Saga so saya decide nama dia Senah. Jikalau saya tahu kereta itu berjenama Iswara mungkin saya akan meletakkan nama dia Izyan ataupun Izzudin. Kadangkala Senah juga dipanggil sebagai ‘saga pekak’ oleh kawan baik saya bernama Apau -.-

Saya mula menggunakan Senah pada usia 21tahun, saya menggunakan Senah untuk pergi ke tempat praktikal saya iaitu di Sony EMCS Bangi Malaysia (North Plant). Seperti relationship yang lain saya dan Senah juga mempunya tarikh-tarik istimewa yang kami sentiasa ingat.

Ini adalah tarikh dan kisah sweet kami ;

02 September 2012
Tarikh ini adalah tarikh pertama kalinya saya membawa Senah ke Bangi, saya rasa kurang excited kerana sepatutnya saya membawa Storm angah saya -.- semasa saya drive Senah menelusuri highway JB-KL saya drive dengan slow dan steady kerana pada waktu itu adalah waktu malam. Hendak dijadikan cerita saya pun berhenti di RnR yang berdekatan *lupa nama RnR* sesudah saya selesai berehat saya pun ingin memulakan perjalanan. Tah macam mana kejadiannya kereta saya dihentam oleh Hilux cina. Lampu depan saya pecah, saya gementar. Cina tersebut memberi contact num beliau tetapi beliau menipu saya T_T saya redha. *tak banyak point sebab dah lupa*

28 Oktober 2012
Tarikh ini adalah tarikh yang paling saya ingat T___T ceritanya bermula ketika saya ingin balik ke Bangi. Semasa siang hari kejadian ini saya bersama angah saya sibuk mempersiapkan *service* Senah, angah juga menawarkan untuk menukar sport rim kereta beliau ke kereta saya, saya begitu teruja kerana saya memang menggilai sport rim. Tetapi masalahnya disini sport rim tersebut bersaiz 17, manakala Senah saya bersaiz lebih kecil dari sport rim tersebut *lupa Senah punya sport rim saiz berapa* memandangkan angah saya seorang mekanik jalanan maka saya pun mempercayai beliau, beliau pun mengerjakan Senah pada siang hari itu. Ketung ketang wrengggg pung pang *bunyi kat bengkel* selesai Senah dipasang dengan sport rim 17 saya dan angah pun test drive, ketika sedang test drive itu saya menyedari sesuatu bunyi, rupanya tayar depan sebelah kiri tertanggal dari landasannya -.- saya dan angah panik dan terus memberhentikan kereta di bahu jalan. Kami *sebenarnya angah je* bertungkus lumus memasang semula tayar kereta tersebut. Selepas siap memasangnya kami terus membawa Senah ke bengkel memasang aircond dan seterusnya ke bengkel angah semula untuk membetulkan kembali tayar dan alignment Senah. Selesai semuanya saya memulakan perjalanan ke Bangi pada waktu selepas maghrib.
Seperti biasa saya memulakan perjalanan, sebelum keluar dari area kampung saya singgah sebentar di rumah abah saya di Kampung Padang. Dalam 8lebih macam tu saya pun meneruskan perjalanan pulang ke Bangi, semasa saya melalui jalan Kampung Sayang saya telah melanggar seorang pakcik yang berada di tepi jalan, pakcik itu terpelanting ke cermin kereta saya dan cermin saya pecah lalu terkena muka saya, saya terus brek dan berhenti. Saya keluar dari kereta saya melihat pakcik sudah terbaring di jalan dengan kepala berdarah, saya panik dan saya terus menghubungi keluarga saya. Dalam keadaan panic tersebut ada sebuah kereta menolong membawa pakcik tersebut ke hospital dan saya pula dibawa oleh orang lain ke hospital jugak. Sesampainya di hospital saya diberitahu bahawa pakcik itu telah meninggal dunia. Saya terkejut dan menangis di dalam kereta, saya dilarang keluar sehingga keluarga sampai kerana dikhuatiri saya di belasah oleh orang kampung -.- sesampainya keluarga saya, saya terus dibawa ke balai dan tempat kejadian untuk membuat keterangan.
Keesokan paginya saya pergi ke upacara pengebumian pakcik tersebut bersama keluarga saya, Allah saja yang tahu apa perasaan saya ketika itu. Saya dipandang seperti orang yang melakukan kesalahan besar yang tidak boleh diampunkan, saya tiada masalah dengan keluarga arwah pakcik tersebut kerana mereka sudah meredhai pemergian pakcik tersebut. Sekarang kes saya disiasat dibawah akta hurm hurm *lupa akta* tetapi akta itu agak berat kerana wajib penjara dan denda.

16 Februari 2013
Saya memulakan semester baru pada 18hb jadi saya membuat keputusan untuk kembali pulang ke Bangi pada 17hb tersebut. Tetapi disebabkan kerinduan terhadap si kembar, Adila dan Dania yang melanda diri ini maka saya membuat keputusan pada hari sabtu itu saya pulang ke Parit Rejo Sari untuk bertemu gigirl saya. Saya memulakan perjalanan selepas zohor, semasa saya melalui jalan Kulai saya berasa aircond saya slow dan pergerakan wiper saya juga slow *waktu hujan time itu* saya sudah mengesyaki yang battery kereta saya tidak masuk cas. Saya meneruskan juga perjalanan ke rumah pakcik saya, dengan perasaan yang takut saya gigih teruskan juga. Satu-satu komponen kereta tidak dapat berfungsi dengan sihat. Jikalau boleh berfungsi pun itu hanya satu komponen pada satu masa, contohnya jika saya on wiper maka lampu tak boleh on, saya memutuskan untuk on wiper kerana pada waktu itu hujan. Saya masuk ke Ayer Hitam dikala waktu senja saya gigih terusan juga dengan keadaan kereta yang tidak berlampu. Saya masuk ke simpang Parit Botak dengan tidak berlampu dan berhati-hati, terima kasih buat kereta-kereta yang memberi signal menyuruh saya menghidupkan lampu. Tapi malangnya lampu saya tak boleh hidup, saya sampai di rumah pakcik saya dengan selamat pada pukul 8lebih -.- sekali lagi, hanya Allah saja tahu betapa risaunya perasaan saya ketika itu memandu Senah yang tidak berlampu.

22 Mac 2013
Saya tiada kelas pada hari jumaat! Maka saya memutuskan untuk pulang kerumah kerana saya sudah lama tidak pulang kerumah. Dalam pukul 11lebih saya memulakan perjalanan pulang, saya memilih untuk pulang ketika waktu itu kerana saya rasa jalan lengang disebabkan kaum adam pergi ke masjid. Semasa saya menelusuri highway KL-JB saya berasa lapar maka saya memberi signal masuk ke RnR Ayer Keroh untuk melantak sepam dua. Selepas saya melantak KFC snack plate saya check air kereta saya, saya menutup bonet dengan cermat. Saya meneruskan perjalanan, semasa itu saya sudah mendengar bunyi yang tidak sedap tapi saya tidak hiraukan. Dengan tiba-tiba bonet depan Senah terbukak dan menghentam cermin kereta saya. Saya panik untuk kesekian kalinya, saya memberi signal ke tepi dan mula mendail plus highway. Pertama kalinya saya menggunakan khidmat plus peronda -.- saya menunggu agak lama ketika itu. Kejadian berlaku betul-betul di signboard yang menunjukkan lagi 2km nak masuk ke exit Pagoh dan Muar. Saya tidak berani untuk membetulkan sendiri kereta saya, sesampai sahaja abam-abam plus peronda mereka mengetuk dan membetulkan serta mengikat bonet kereta saya, saya memulakan perjalanan kembali selepas melihat bonet kereta saya okay. Ketika perjalanan itu saya sempat berfikir untuk berpatah balik ke Bangi kerana jika saya balik dengan keadaan kereta tersebut sudah pasti saya dimarahi. Tetapi saya tetap gigih teruskan perjalanan pulang dan saya dimarahi. Sekian.

Inilah kisah saya dan Senah, agak mencabar tak? Bagi saya agak mencabar kerana saya seorang perempuan -,- saya selayaknya sudah patut mandi bunga kot. Hahahaha. Kejadian seperti ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus bersama Senah, saya akan bersama dia sehingga saya dapat kereta baru.

Angah : budak ni haa, kemik lagi kereta dia buat.
Ranger*kawan angah* : Ya Allah, apa pulak kali ni?
Angah : bonet terbukak time bawak, nasib cermin tak pecah.
Ranger*kawan angah* : kau ni dik, hadoi. Hari tu kau langgar orang ni bonet pulak.
Aku : *ketawa*
Ranger*kawan angah* : kau ni kental lah semangatnya, aku rasa bapak kau dh letak saka.
Angah : mana tak ye, lepas accident dua hari terus nak bawak kereta*propa ye sebenarnya*
Aku : ikut perangai abang dia jugak.

Abah : kereta abah jugak yang elok, kau dibagi kereta asyik bonyok je. 
Aku : hahaha :D

Aku bukan kental mana pun -.- Cuma aku ni tak penah serik, kehkehkeh. Pengajaran yang aku dapat dari setiap peristiwa ialah aku tak lagi memulakan perjalanan pada waktu malam, dulu habit aku adalah aku suka memulakan perjalanan pada waktu malam. Aku juga sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga terhadap Senah. 

Walaupun cara pemanduan aku digeruni oleh rakan dan taulan tapi aku tetap tidak berubah -.- 

Saya sayang Senah sangat-sangat, aku taip gaya UKM sebab aku kan final year student yang bergelumang dengan thesis *takde kena mengena* okbai.

Comments

  1. mokkkk ko bunuh org?
    i mean ko langgar org.....
    waaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. yelaaaaaa -.- kau baru tahu ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts