Chamang Waterfall.

Assalamualaikum *bisik* 

Sedang buat apakah semua? Gua masih lagi setia di office menunggu laptop gua siap format. Gua memang suka balik lambat, almaklumlah pekerja contoh. Puii diri sendiri! Okay sekarang gua nak sembang pasal Chamang Waterfall. Percutian 2hari 1malam di sanaaaaaa. 

Bukan percutian sebenarnya tetapi perkhemahan, gua pegi dengan bebudak Ting Tang. Sebenarnya plan asal nak pegi bercuti ke Pulau Perhentian, memang semua dah plan ngam ngam sui siap Syahmi mintak duit kat parents dia dengan menggunakan alasan nak pegi program kejadah mende tah, itu urusan dia sekeluarga. Bincang punya bincang tarikh bagai semua sekali clash! Sebab tarikh yang kitaorang nak pegi tu time itulah half ada viva half ada exam. Gua terkilan gak ah sebab tak semua join, sebab itu dikira last kitaorang bersama sama sebab yelah last semester kot. 

Lepas habis meeting sembang bincang packing shopping apa semua, kitaorang decide nak bermalam dekat Chamang Waterfall Bentong Pahang. Gua lupa tarikh tu bila tapi tak silap gua awal bulan kot. Preparation sebelum pegi tu haruslah padu dan mapan ye anak anak sekalian. Kitaorang shopping barang makanan, siap gua ditugaskan untuk mencari khemah. Sekelip mata je gua dapat 6bijik khemah! Haa amek kau! 

Malam sebelum kitaorang pegi tu bebudak perempuan kecuali aku ditugaskan untuk perap ayam sebelum dibawa ke sana. Gua takde masa tu sebab gua pegi amik khemah plus pegi dating sekejap wakaka! Lepas dari tu baru gua tolong tengok dorang siapkan semuanya. Kononnya malam tu planning bangun awal, sekali tahu jelah janji melayu. Pukul 11 baru gerak dari kolej.

Kitaorang pegi tiga kereta, senah + kereta Nani + kereta Odok. Hukaloh lupa pulak gua nak bagitahu line up yang pegi. Yang pegi program tu ialah Syahmi, Yus, Odok, Amin, Spoket, Yun, Yatim, Mok, Basha, Nani dan gua. Yun dengan Yatim tu kira orang jemputanlah. Dorang junior sebenarnya. So sebelum gerak ke Bentong kitaorang singgah isi minyak apa semua then baru gerak, senah yang semput tu boleh jejak Pahang bai. Bayangkan...




3 gambar diatas adalah saat dimana kami semua berhenti kejap dekat Gmart beli barang keperluan yang tak cukup. 


Ini adalah dimana Mok menanda tangani surat kebenaran untuk berkhemah di sana.

Yang part surat tu epic sebab kitaorang buat research sekali ada fakta mengatakan kitaorang kena buat surat untuk memohon kebenaran berkhemah, tak silap aku Basha yang ditugaskan untuk buat surat. Gua time tu jadi bendahari. Siap settle semua beli barang maka geraklah kitaorang ke Pahang, Mok drive senah. Dahla senah tu aircond slow so kitaorang bukak tingkap, memang panas kemain lah dalam kereta. Maaf Mok, Yun dan Basha kerana kepanasan. 

Masuk je pekan Pahang kitaorang berhenti kat masjid, bebudak lelaki pegi solat then kitaorang yang gigirl ni lepak kereta Nani. Sebab kereta Nani aircond kuat wakaka! Memula plan nak tapau lunch sebelum masuk kawasan Chamang tu tapi sebaik sahaja semua keluar dari kereta semua amik pinggan beratur cedok lauk -____- memang plan tapau tu gagal serta merta. 


Lepaking!


Mok : Kita akan bina empayar hang kat situ, aku dah tarah semua jadi landai.
Yun : Err, padia yang hang tarah? Aku tengok bukit bukau tersergam indah lagi tu haa.
Gua : *cover cun*

Settle makan apa semua gerak lagi masuk kawasan air terjun, memang lost connection wireless network dengan dunia luar. Nokharom line bb gua mampos terus, so tak dapat nak twitpic dah sampai Chamang. Lepas je kitaorang lapor diri ke pak guard tu, tulis nama bagai terus kitaorang angkut barang cari tapak. Memang nyaman gila tempat tu woi! 



Macam biasa tugas bebudak jantan pasang khemah, kitaorang yang gigirl ni unpack barang.



Kita dapat lihat scene mak mak tengah buat cekodok ikan bilis untuk anak-anak


Cuba teka jejantan tu semua kemana? 



TARA! Siap je pasang khemah semua jejantan hilang ke sungai -____- dorang main bola tampar macam rusuhan kaum je gua tengok.


Lepas je settle goreng cekodok ikan bilis, kitaorang bawak turun ke sungai. Kemain semua serbu macam orang kebuluran. 

Sebenarnya masa kitaorang sampai tu ada je manusia lain yang beriadah, cumanya kitaorang je yang berkhemah. 




Ini adalah adegan percintaan terlarang ye anak anak


Gua rasa nak sepak je muka sekor sekor bila tengok gambo ni -.-

Bila dah nak maghrib tu kitaorang naik tapak then prepare untuk bbq malam tu, memang tentatif kitaorang makan je sampai balik. Beli barang makanan kemain banyak, macam nak stay seminggu kat situ. Alasan "biar lebih, asal jangan kurang. Kitaorang lelaki kuat makan" 



Nasi goreng in the making by erm ramai sangat chef -,-'




Bayangkan kemain banyak makanan




Gua suka gambo ni sebab semua dah tak berkisah pasal kamera, time ni semua tengah tunggu nak makan.


Disebabkan time tu hujan gerimis mengundang so decide nak makan kat pondok tapi disebabkan hujan dah berhenti kitaorang buat unggun api then makan kat depan unggun api. Campfire! 


Sekfan! 


Habis makan tetiba pulak hujan gerimis, so aktivit seterusnya adalah lepak reramai kat pondok! Memang time tu semua *rasanya* tak main phone sebab line takde, memang back to basic lah semua. Menyembang, main card, wrestling. 




Lepas tu aktiviti disambung pula ke aktiviti true or dare *tipikal aktiviti* tapi madah semua true, takde dare. Sorang sorang kena soal dan kena jawab jujur, gua part last sekali. Madah tanya pasal kisah lama wakaka! kambing sungguh perangai memasing. Confession paling aku ingat sampai sekarang " aku boleh nampak jawe ni boleh jaga mak aku satu hari nanti " sampai sekarang masih segar di ingatan gua :) 

Habis sembang pegi toilet beramai ramai kitaorang pun tido, yang perempuan tido lah tapi yang bebudak lelaki ni tah tak tahu apa dorang buat -.- 

Keesokan paginya semuanya bangun awal woi! Siapkan breakfast apa semua then makan lagi, lepas makan main air lagi. Aktiviti utama memang makan > main air > makan > main air. 


Selepas puas main air apa semua, kitaorang start naik packing nak balik. Masa balik memang semua kena kemas khemah memasing, haha. 



Inilah ahli jemaah majlis yang memeriahkan acara :) i heart all of you.


Dah blog gua so gua letak gambo gua *fliphair*

Siap selfie selfie picture picture kitaorang gerak balik, dahla tengahari buta time tu. Bila balik memang adatlah berpecah merata. Macam biasa senah ketinggalan di belakang, sebelum sampai bangi kitaorang singgah mcd RnR kejap melantak. Touchdown UKM dalam petang jugaklah sebab senah masuk KL, hantar Yun pegi rumah akak dia. Senah sampai lambat time tu, sempat bebudak lain lepak kat mamak kitaorang baru sampai. Sobs sobs.

Indah sebenarnya saat itu, walaupun line up tak cukup *as usual* tapi gua rasa happy sebab kitaorang dapat spent time together before everyone go out. Inilah kawan gua dari 1st day gua jejak kaki ke UKM, terimakasih semua si hati manis! Gua sayang korang. 

" hargai hidup kau selagi kau bernafas kat dunia ini, buat something new and rare at least sekali dalam hidup kau. Inilah cerita yang kau nak ceritakan dekat anak cucu kau " - rusliyanah. 

*taip dari semalam tapi baru harini post, kbai*

Comments

Popular Posts