Internship ; nasihat, dorongan, bimbingan dan merepek.

Assalamualaikum chugais! *tiru trademark Nazz*


Amboi cepatnya Rusliyanah update pasal internship, selang beberapa minit. Ini semua akibat testing gua stuck itu pasal gua update blog sementara idea tengah melimpah ruah ke ladang gandum, siap ladang gandum -,-

Okay enough with crap introduction! Okay nak sembang pasal internship yang dah berkurun lamanya itu, disebabkan bebudak unibersiti sekarang baru habis intern dan ada yang masih mengagau mencari placement itu sebablah gua sembang pasal internship.

Internship @ latihan industri @ industrial training membawa maksud yang sama sebenarnya, maksudnya adalah kau menjadi hamba abdi cacian dan makian para pekerja tetap sesebuah syarikat dalam masa yang ditetapkan. Sebenarnya takdelah cacian or makian sangat pun, kalau kau dapat company yang best yang treat kau not as intership student okay je. Alhamdulillah aku dapat company yang layan aku sama rata, aku tak rasa macam budak intern pun sebenarnya *insert poyo mood* 

Bagi fakulti aku which is FTSM, kitaorang kena intern masa semester 5 bersamaan dengan semester pertama tahun ketiga. Itu bermakna, kitaorang habis intern then kitaorang masuk balik sem semula. Amat tidak syiok okay sebab kau dah sedap kerja then company dah riki riki nak amik kau jadi permanent tapi tak boleh sebab kau ada lagi satu sem kena settle kan. 

Aku buat internship dekat SONY EMCS Bangi, nak mendapatkan placement itu pun satu hal jugak. Aku siap give up masa nak mencari sebabnya semua company aku apply kena reject T___T sebelum kitaorang intern kitaorang kena buat shortsem so masa shortsem tulah kitaorang mengagau cari placement. Aku ni dapat intern dekat SONY pun sebab ihsan member aku, dia petik nama aku so aku dapatlah. Jutaan terimakasih untuk Nani, iwuvyu! 

Masa memula management suruh kitaorang start cari placement aku dah gelabah sebab yelah nak kerja dengan company berbekalkan skill yang seciput itu. Memang taklah -.- perjalanan gua *siap perjalanan* nak mencari placement itu memang penuh ranjau, pergh! Ranjaunya bila semua member kau dah dapat placement pastu tinggal kau je yang terkial kial masih mencari. Time tu aku dah give up, tapi aku fikir positif apa semua solat sunat apa semua then Alhamdulillah aku dapat placement. Masa apply dulu memang semua company aku apply, siap kena pergi interview -.- aku pun tak paham kenapa budak intern pun kena interview. 

Jangan putus asa jelah keyword dia, jangan lupa follow up. Call email call email tanya surat kau application kau dah sampai ke belum, lepas tu nak lagi advanced tanya sekali dapat elaun ke tak? wakaka! 

Disebabkan management SONY suruh aku lapor diri awal so terpaksalah aku memulakan latihan industri awal seminggu dari rakan sefakulti yang lain, sebenarnya aku dengan Hop. Masa intern tu pulak satu hal, aku dapat department testing. Hapah sekeping coding pun tak jumpa, asyik tengok tv angkut board sana sini je kerja aku. Yelah as a tester memang kerja kau testing je software tu, benda baru lah bagi aku. Bayangkan kau budak core programming *poyo 1.1* pastu kena buat testing, SOP semua kejadah tu. Memang blur aku kejap, input baru memang berpusu pusu masuk dalam kepala hotak. Department aku tu dia divide dua, satu testing tv then satu testing video. Aku diletakkan di testing tv, so dari tv sekecik kecik alam sampailah yang besar gabak aku test. So bila aku tengok tv SONY yang kat kedai tu aku kembang kembang hidung gak lah sebab aku penah test wakaka! 

Best masa intern aku sebab environment okay, lepas tu makanan kat kantin murah, gaji pun masyuk lagi masyuk kalau kau OT. Dahla flexi hour, boleh datang limit sampai 930. Aku macam biasalah, pukul 925 baru clock in. wakaka! Mohon jangan ikut. Lagi satu environment kat SONY punctual, lepas tu kau kena pakai vest dan kasut yang dia bagi. Aku pegi kerja pakai jersi je -___- nak cantik cantik buat apa? Nanti kau jugak yang kena angkut tv besar gabak tu dari stor. Yang aku respect dekat SONY tu especially SONY North, satu floor tu semua department ada, hujung belah sana department mekanikal, belakang department software, belah kiri department bebudak video, hujung belah situ bebudak soket soket cip bagai. Big boss yang dari Jepun tu pun duduk cubicle, takde bilik sendiri. Tapi sumpah rasa macam minah kilang doe kerja SONY, dari makcik kantin ke operator ke big boss pakai vest tu. 

It was great experience actually, very good one. Sebab masa intern nilah kau kenal dunia kerjaya sikit. Masa intern memang penat gila, kau keluar pagi balik petang lepas tu pukul 9 kau dah shutdown. Weekend memang lantak tido je, paling best kau tak payah semak kepala fikir assignment kelas lab exam apa semua. Paling syok LI aku ni masuk pointer woi! Pertama kalinya gua dapat A+ bai, 4flat wuwuwu. 

Tapi masa intern pun kena buat report apa semua, presentation lagi. Paling aku nervous masa presentation ialah impression sv dari fakulti, yelah aku mana ada buat system ke apa. Aku buat testing je, tapi Alhamdulillah aku berjaya menghadapinya selama lebih kurang 6bulan! Okaylah, rasa macam dah kelaut sangat cerita aku ni, makanya dengan ini pepandai lah korang klasifikasikan yang mana satu nasihat dorongan bimbingan dan merepek. Aku rasa banyak merepek. Tapi takpe, layankan lah gambar gambar aku masa last day internship.



Ini supervisor aku dari company, omey tak? :3


One of my senior, Maggie Tang


SQA team! 


Cubicle gua -,- dah la cubicle gua tepi lorong pejalan kaki. Memang annoying lah dengor bunyi tapak kasut manusia. 

Okay tu jelah cik gayah nak sembang, nanti cik gayah sembang lagi okay? 

Comments

  1. I will do intern at sony also this july. Huhu. Risauu

    ReplyDelete
  2. I tgh buay intern skrg.:D bhgian rnd video

    ReplyDelete
  3. hello maggie sini...i baru tau i dalam gambar u ni...dah famous i....haha
    thank you for your great support during your internship...You did a good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Maggie! lol i baru reply your comment. tak tahu you comment on this page. aaaa i miss you guys!

      Delete
  4. assalamualaikum.. nk taw gaji brape bulan2? nk try tahun depan!!!!

    ReplyDelete
  5. Assalam.. Nak tanya psal scope kerja panel&mechanical part kne bt ap je? N mintak report Li untuk dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum . hai 😁 saya dapat intern kat sony ni utk bulan 7 . akak ni dari ftsm ukm ea ? nak tanya pasal pengalaman bole ?

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum . hai 😁 saya dapat intern kat sony ni utk bulan 7 . akak ni dari ftsm ukm ea ? nak tanya pasal pengalaman bole ?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, awak ada x no telefon company sony ? Saya nak mintak boleh ? Sebab saya bakal intern 13/2/2017 tahun depan dan saya apply kat company sony, dah hantar resume apa semua tapi still tak dapat jawapan. Before this, saya pernah call company tu tapi tiada dalam perkhidmatan. Maybe dah tukar no baru huhu.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Boleh tak nak mintak contoh report LI nak buat rujukan? Terima kasih.

    Email: nadhirahzaimi@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts