Kisah Pendidikan Rusliyanah Mohd Yasir

Assalamualaikum semua!

Haa gua semakin rajin update blog yee, madah tiap hari update blog wakaka. Lantak situ lah, blog gua suka gua ler *monolog dalaman* sebenarnya gua baru balik lunch ni haa, lepas tu idea datang nak menaip so gua update ler.

K, cerita sekarang nak sembang pasal kisah pendidikan gua. Untuk tatapan bebudak yang masih lagi belajar. Masalahnya ada ke yang tatap kalau blog kau private? Puii seketol!

Bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Setia Jaya, dari darjah 1 sehingga darjah 6. 3A 2B adalah result pertama gua, menyambung pengajian menengah di sekolah yang bersebelahan dengan sekolah rendah gua iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Syed Jaafar Albar. Kenapa tak masuk asrama? Tak dapat? Gua malas apply sebab gua nak duduk dengan mak bapak gua. Lagipun gua anak orang Indonesia so gua malas nak apply sebab gua masih ada perasaan malu ketika itu (masa tak matang). Bermula di tingkatan 1 sehingga 3 tetap unggul berada di kelas pertama (mood berlagak turn on) berbekalkan PMR 4A 4B gua tegas memilih jurusan sains berbanding jurusan perakaunan. Maka bermulalah gua menjadi pelajar sains ketika di tingkatan 4 sehinggalah tingkatan 5. Alhamdulillah SPM gua 4A 4B 3C. 

Dengan keputusan itu gua apply matrikulasi, Alhamdulillah gua dapat program matrikulasi setahun di Kolej Matrikulasi Perlis. Iye, memang jauh Perlis dengan johor tu. 13jam perjalanan sebenarnya, memang kematu bontot kalau naik bas. Sebab musabab kenapa dapat Perlis sebab dulu yang tolong apply tu kawan sekelas gua, gua kabo ke dia gua nak matrikulasi Pinang sekali dia pergi apply kat Perlis. Haa memang mendapatlah gua ke sana. Al maklumlah dulu tak pandai nak apply-apply ni, itu yang suruh member. Takpe gua gagah jugak masuk matrikulasi Perlis tu. 2semester di sana gua masih mengambil jurusan sains hayat berbanding sains fizikal kerana gua tak suka buat graf. Graf fizik susah nokharom, kena bergaris pastu kira median apa kejadahnya semua tu. 2.77 pointer gua masa gua tamat pengajian di matrikulasi. Terimakasih matrikulasi Perlis kerana mengajar gua erti belajar sebab seriously talk masa matrik je gua gigih study buat homework. Masa zaman sekolah memang taklah nak buat homework sampai kena sound dengan Cikgu Salmi “sape yang tak buat latihan tu ikut awaklah, saya layan yang nak belajar dan yang buat latihan”. 

Masa isi UPU gua memang amik course cikgu je sebab gua memang minat mengajar, gua apply maktab sekali maktab tak nak gua. Di reject nya application gua tu (lagu sedih) nangis jugaklah time tu tapi nak buat cemana? Takde rezeki gua nak sebat anak orang. Gua dapat ujian untuk course pendidikan, ujian bertulis sebelum dapat pegi interview dan Alhamdulillah gua lepas ujian tersebut. Maka gua pergilah interview dekat UTM, course pendidikan di UPSI (kimia) gua rasa gua xperform time interview tu, tudung pun pakai senget benget lepas tu pointer pun kureng. So gua redha je kalau tak dapat, sekali memang betul gua tak dapat. Gua ditawarkan Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat (Sains Komputer) dengan Kepujian. Masa gua dapat tahu gua dapat course tu, gua berkata “wadehel? Ini pilihan aku yang kelima keempat ke tah keberapa? Kenapa gua boleh dapat? UKM pulak tu” gua pilih course tu gua ingatkan belajar typing dekat Microsoft Word ke hape sebab tu gua tick course tu. Gua dahla buta IT time tu, dengan nasihat keluarga maka masuklah gua ke UKM Bangi dengan jurusan tersebut. Semester pertama agak sukar bagi gua sebabnya course tu susah dowh! Kena belajar programming, haa hamek kau! 

Gua terfikir sampai nak tukar course tapi bila gua fikir balik kenapa gua nak tukar? Ini yang dah ditentukan so gua kena terima sebagai cabaran untuk diri gua. Dari 1sem ke 1sem pointer gua memang so-so je, sekali je dapat 3pointer itupun memang dapat 3.00 masa semester kedua. Lepas tu je terus memang bawah 3.00 tapi tak pernah kurang dari 2.00. Sedih dowh! Sebab orang lain pointer 3.00 keatas. Masa tulah timbul rasa menyesal kenapa gua tak tukar course dari dulu, ahh persetan semua itu! Gua terus jugak cuba menghabiskan course tersebut tanpa sebarang fail mahupun repeat paper. Alhamdulillah gua bersih dari fail dan repeat paper sepanjang 3tahun pengajian, paling teruk pun gua dapat D, itupun gua malas repeat sebab subjek tu susah nokharom. Kalau gua repeat karang mahu dapat lagi teruk. 

Paling mencabar bagi gua adalah masa final year sebabnya gua kena buat project individually bagi melayakkan gua menamatkan pengajian gua. Gila tak susah? Kena buat coding woi! Kena buat coding sendiri projek sendiri, gua cakap terang-teranglah sepanjang gua 3tahun belajar tu gua main copy paste coding orang, coding kat internet. Unless lab test dengan exam, memang coding gua. Tapi memang kelaut lah coding tu semua, manusia genius pun tak buat coding sendiri ler, dorang copy paste je. Tapi takpe, gua tabah buat coding sendiri, time tu memang rasa genius sangat sebab gua type coding sendiri woi! Tapi template tu gua amik kat internet jelah. Malang tidak berbau, gua kena TL (tidak lengkap) sebab projek gua tak siap so gua kena extend beberapa bulan. Tapi ini extend projek bukan extend pengajian, haa jangan keliru. Memang sedih gua rasa time tu sebab mostly kawan gua semua dan viva, tinggal berapa ketul je yang senasib dengan gua. Tapi sedih tu tolak tepi, gua siapkan jugak projek gua itu. Sebenarnya itu projek SV gua, dia pass ke kitaorang. Gua ingat lagi time tu semua budak dah balik, gua stay kolej lagi menyiapkan projek yang tak siap. Lagi stress bila ada budak fac gua yang dah dapat offer kerja, interview bagai tapi gua masih lagi siapkan projek itu. 

Bertemankan boyfriend (sekarang dah jadi ex boyfriend) yang sentiasa bagi harapan dorongan dan sokongan, yang sentiasa menemani tiap malam dekat library (selit penghargaan untuk bf sekejap) akhirnya gua viva kali kedua pada bulan 8 tak silap gua. Lepas raya kalau tak silap, gua dah nekad masa viva kali kedua tu kena condemn ke kena bash ke lantak kau yang penting gua settle projek. Seperti jangkaan gua, memang gua kena bash. Gila tak kena bash? Pemeriksa gua Dr Azizi kot! Cerewet nokharom. Lepas je gua viva terus gua jilidkan thesis gua, ikutkan hati malas nak jilid sebab setepek kena dengan Dr Azizi. Boleh dia kata “ini tak payah jilid, yang dapat A je boleh jilid” gua panas je time tu tapi SV gua bekap kata “semua kena jilid, takpe awak jilid je” maka gua pun jilid lah, gua jilid dua je. 1 untuk gua 1 lagi untuk pejabat. Alhamdulillah semua itu sudah settle. Bila dah balik kampung relaks-relaks, tambah stress bila gua tak dapat sebarang tawaran temuduga kerja. Jealous gua tengok member-member kencang sembang pasal interview, lagi-lagi classmate gua Apau. Berbulu je gua dengar dia dapat interview keliling pinggang. 

Alhamdulillah penantian gua berakhir bilamana gua dapat offer interview dekat Kelana Jaya. Kebetulan gua dapat sekali dengan Aida, classmate gua. Maka gua dengan dia pergilah interview, part ini gua bersyukur sangat-sangat sebab one shoot interview gua dah dapat kerja. Alhamdulillah Ya Allah, thank you so much. 7 Oktober 2013 gua memulakan kehidupan sebagai wanita bekerjaya. 28 Oktober 2013 gua bergraduasi dengan pointer 2.89 (kalau tak silap) sekarang gua memegang Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat (Sains Komputer) dengan Kepujian. Gua juga bekerja sebagai Software Quality Engineer | di FCS Computer Systems sdn bhd. Siapa sangka gua yang dulunya buta IT, yang tak tahu guna komputer tapi sekarang dah pandai serba serbi komputer dan tahu buat programming. Siapa sangka profession tester gua semasa di intern diteruskan sehingga kini? Siapa sangka semua itu? Allah tahu yang terbaik untuk kita, rancangan Dia selalu yang terbaik. Usah sedih atau kecewa dengan pencapaian kamu sekarang kerana Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan. Janji Allah itu pasti.

Comments

Popular Posts