Muka Garang.

Assalamualaikum leng lui leng chay aa, dim aa? 

Pehh sembang Cantonese woi! wakaka. Monday Blues sebenarnya ni tapi still nak menaip jugak. Okay kita terus menuju ke point jelah, nak sembang pasal muka garang. Haruslah sembang pasal muka aku, tak kan nak sembang pasal muka kau pulak kan? Aku adalah manusia dalam kategori mempunya muka garang, muka garang aku ni memang semula jadi. 

Bukan aku taknak senyum ke apa tapi aku senyum benda yang sepatutnya je, aku memang dah selalu kena cop "muka sombong" "muka garang" "kerja nak marah je" sejujurnya aku bukanlah jenis yang suka marah tapi aku cepat marah. Haa pariapa sikit kan? 

Aku mengaku yang aku jenis cepat hilang sabar, tapi aku cepat cooling down. Seminit dua lepas aku bengang aku dah okay. Kalau orang yang tak kenal aku memang depa kabo aku ni kuat marah sebab mimik muka aku memang pemarah pastu aku malas senyum, aku suka bua muka selamba takde perasaan. Pastu aku suka kerut kerut dahi. 

Penat dah aku nak explain aku tak marah pun tapi still dorang kata aku marah so aku biarkan jelah, lantak kau ler situ. Okay tu je Cik Gayah nak sembang. Kbai. *monday blues tetiba hinggap*

Comments

Popular Posts