Result Turun Naik Bergolek Jatuh Gaung.

Assalamualaikum leng lui leng chay aa!

Gua tengah kesejukan ni bai -,- nokharom bilik QA ni sejuk nak mampos. brrrr, okay disebabkan sekarang tengah kecoh pasal result semester. Gua relaks je sebab gua dah kerja, tak payah fikir nervous nak check result bagai. Itu semua poyooooo! Cehh poyo tahi, dulu kemain siap nangis nangis dapat result teruk, puii diri sendiri!

Okay sekarang nak sembang pasal result aku sepanjang aku belajar dekat UKM dulu, tapi sebelum tu nak sembang awal awal lah result aku tak cantik mana pun, tak penah dapat dekan, tak penah dapat 3.00 pointer, k tu je nak sembang. 













Oh demm, gua penah dapat 3 pointer rupanya wakaka. Okay sila lah lihat result gua yang tak seberapa itu, gua dah kabo gua bukan bijak laksana pong. Selalu dapat gred bawah huhu. Kalau setakat menangis tekup muka kat bantal tu dah tiap sem gua lalui, dah alah bisa tegal biasa. Tapi sekejap je tu sebab gua fikir sebab salah gua tu pasal dapat result camtu, konon nak dapat degree kelas pertama sekali hampehhhhh -____- memang kena bayo balik ptptn tuu.

Tipulah gua kata gua tak jeles, jeles bai tengok bebudak kelas dapat pointer hebat. Gua diam diam je kat ceruk kelas kalau bab result ni, paling teruk result gua masa shortsem, pehh memang menjunam ke dasar lautan! Orang kabo time short sem boleh dapat A senang score, tapi keajaiban itu tidak berlaku kepada kami si budak TK sebab time shortsem pun ada projek then subjek susah! Tahi sungguh. 

Tapi Alhamdulillah time LI boleh kembang kembang hidung sebab dapat 4.00 gila kau tak dapat 4flat? LI je ponggggg hahaha. Satu batch dapat Asolid. Gua dah merasa sedih setiap sem tu, so untuk junior yang baru nak rasa sedih tu tak payah nak sedih sangat. Relaks sudahh, yelah orang kabo pointer teruk nanti takde orang nak amik kerja.

Bullshit semua tu! Gua elok je dapat kerja, lagi lah masa gua interview siap ada subjek TL (tidak lengkap) selamba je Nyok Lan tu approve gua wakaka, bukan  nak riak tapi kau kena percaya dengan setiap yang berlaku dalam hidup kau. Ada hikmah semua tuuu, Allah Yang Maha Kuasa dan atur baik punya untuk kau, so kau tinggal jalankan jee. 

Tapi jangan pulak kau ambik lewa je pasni sebab Allah dah atur semua untuk kau, usaha tu jangan putus! Keep on! Okaylah tu je nak sembang, kadang kadang gua terfikir ada hikmah gua sedih sedih dulu. Sedih tu patut, tapi jangan berlarutan. Sedih sikit sikit dah ler. 

Comments

Popular Posts