Throwback 1.1 ; Perihal Ting Tang Club

Assalamualaikum uolls!


Rajinnya Rusliyanah update blog di saat kerja tengah menimbun, yelah kalau nak tunggu kerja memang taklah nak update blog sangkak ni haa. So kita move on ke next session of throwback, perihal Ting Tang Club! Yeahh, ini adalah family gua masa gua 3tahun menetap dekat Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia. So papehal kita layan gambo dulu ye, disamping gua memperkenalkan sensorang muka geng gua.


Kiri ke kanan ; Noni, Ien, Nana, Gua, Unta, Nani, Basha.


Gua bersama Unta.


Belakang dari kiri ; Syahmi, Yus, Unta, Ien, Noni, Nani, Odok.
Depan dari kiri ; Mok, Basha, Gua, Nana
Ijat (yang mencangkung)




Amin (baju kelabu spec), Spoket (baju kolej)









Okay basically semua dah cam memuka bebudak ni? Okay meh nak describe sensorang, fyi memang the Ting Tang girls muka cecantik -,- gua tak tahu kenapa gua yang tak berapa nak cantik ni boleh join geng dorang. 

Lets start with the boys.

Yusrizal Yusof a.k.a Yus ; okay dia ni kira abang abang lah, perangai dia memang matang sikit dari bebudak lain. Gua kalau nak sembang perihal serious memang selalu sembang dengan dia, dia yang selalu ada dengan gua lah masa masa getir dan krisis dulu haha. Yus ni dah ada mem, mem lawo woi! Memang dia jaga baik punyaa, masa gua jadi PC dulu gua geng dengan dia jelah. Dah sebab dia satu satunya Ting Tang yang jadi PC. Perangai dia ni memang abang abang sampaikan semua masalah dalam Ting Tang dia nak tolong. Sekarang ni dia dah kerja kat Penang tak silap gua. Rindu lu bro!

Hamizan Sharid a.k.a Odok ; masa memula geng ni tertubuh gua digandingkan dengan Odok ni, Odok ni ore kelate tapi perangai xsupo ore kelate. Sebab dia dah diasimilasikan dengan gaya orang luar Kelantan kot. Dia memang berbeza lah Kelantan dia that's why kitaorang boleh masuk dengan Odok ni. Trademark Odok yang dulu kini selamanya adalah jari jemari dia sentiasa bergerak walau dimana jua dia berada wakaka! Memang comel lah, kekadang kena bahan jugak dengan bebudak ni. Odok ni jenis steady je, papehal muka dia relaks je. Gua tak penah tengok Odok ngamok ke apa, muka cool je. Odok sekarang kat Kelantan.

Naufal Nordin a.k.a Spoket ; gua pun tak paham kenapa bebudak panggil dia Spoket, kalau nak senang panggil Ket je. Spoket ni nafsu makan dia nokharom besor! Saka amende tah dia bela asyik lapo je -,- dia juga adalah tong sam time kitaorang tengah makan. Selalu bebudak ni tak habis makan memang serah ke dia jelah, memang dia tukang habiskan. Ket muka bangang bangang pun bercinta tahu tak? Haa kemain awek lawo, tah cemana budak tu boleh sangkut ke Ket pun kitaorang tak tahu. Pastu boleh tanya "kalau perempuan nak bagi hadiah apa eh We?" -___- naif betul soalan dia, bila gua suggest bagi bunga or barang dia kabo "baik belikan makanan, kenyang sikit" Gua penah tengok Ket dating dengan awek dia kat kiosk FEP, bapak krik krik dua dua xbercakap wakaka! Spoket kat kampung kot sekarang, menyawit. Oh gua lupa dia RA kat UKM. 

Syahmi Said a.k.a Syahmi ; dia ni sebenarnya satu matrik dengan gua tapi gua kenal dia masa kat U, zzzzz -.- gua tak banyak sembang hati ke hati sangat tapi budak ni kalau bab membahan memang power. Lagi kalau dia dapat point nak membahan memang kaw kaw dia bagi, gua ingat lagi gua balik Johor naik satu bas dengan dia pastu dia snap gambo gua masa tengah tido memang jadi point ugutan gambo tu. Kambing betul, tapi bila kitaorang dapat point memang senyap terus kena bahan. Syahmi penyegan dengan perempuan haha, dulu kitaorang kenenkan dia dengan Ien. Sampai segan dia nak sembang dengan Ien, tapi sekarang elok je dengan perempuan -.- sekarang dia tengah cuti sem, dia amik course 4tahun so nanti beruntunglah dia. Dia grad kitaorang datang reramai. Haa! Syahmi ni kalau bab pedajai orang memang nombor 1, kebanyakkan birthday prank dia yang lebih lebih, gua penah kena prank dengan dia. Masa tu Mok amik gua nak bawak pegi makan, gua tengok seat belakang takde orang so gua duduk depan pastu tetiba Mok nak pegi toilet foyer. Gua memang bajet takde pape, once Mok keluar gua dengar bunyi bisik2 kat belakang, gila kau xseram?! tetiba Syahmi sergah dari belakang. Menangis terkejut gua, hantu sungguh -.-

Al Amin Mutalib a.k.a Amin ; dia ni pun course 4tahun gak, nanti kitaorang mai grad hampa dua noh. Dengan Amin gua tak banyak sembang gak, tapi kalau lepak sesama okay je. Amin ni jenis slow bangang gak -.- dia ni kalau sembang memang slow je suara macam orang lalok wakaka. Dia penah belanja kitaorang semua makan dekat western restaurant sempena kitaorang nak grad dulu, memang terbaik! Amin jarang lepak dengan kitaorang dulu sebab dulu awek dia sekolej dengan kitaorang gak.

Aizzat Naaeim a.k.a Ijat ; dia ni ahli baru, so tak banyak sembang. Kalau setakat lepak biasa biasa boleh lah. Ijat ni extend, so dia grad saing saing Amin dengan Syahmi ler.

Sharil Satibi a.k.a Mok ; geng paling rapat dengan gua masa 1st year, memang makan minum lepak berdua. Gua memang banyak share dengan Mok ni, almost everything share dengan dia. Gua dah anggap dia lebih dari kawan, malas nak sembang lebih sebab nanti gua teringat kisah lama wakaka! Yang perlu korang tahu Mok ni baik dan banyak tolong gua since kitaorang kenal. Mok dah kerja laa ni dekat Putra Heights.

Nurazreen Ahmad Rosidi a.k.a Ien ; yeah! Roommate gua since 1st year till 2nd year, memang gaduh masam muka mengutuk ketawa marah nangis sesama! Sampai sekarang still bersama, Alhamdulillah. Ien ni perangai sumpah macam kakak kakak, Mok panggil dia ustazah sebab Ien ni menjaga aurat pakai tudung tutup dada baju longgar pakai stokin. Mok selalu kena ceramah agama dengan Ien, gua taknak menyampuk nanti karang gua kena sekali. Gua rapat dengan dia sebab gua sebilik dengan dia, bilik kitaorang masa 1st memang jadi port lepak -,- makan minum semua kat bilik kitaorang. Masa 3rd year kitaorang tak sebilik, tapi bilik sebelah sebelah. zzz, dengan Ien ni memang semua mende kitaorang share, baju kasut tudung bag apa semua. Gua selesa dengan Ien walaupun dia suka bebel, gua ingat lagi dia selit bawah pintu duit rm50 masa gua tengah miskin nokharom :( oh imishyou baby. Ien sekarang dah kerja, dia antara geng Ting Tang yang dapat kerja cepat. Habis prac cuti sehari dua terus dapat kerja.

Farhana Halel a.k.a Nana ; geng lawo dalam Ting Tang, dia ni paling takut gemok haha. Walaupun dia kurus dia still kata dia gemok -,- tak paham gua, yang paling kagum gua dengan dia ni ialah dia sangatlah particular bab bab belanja ni. Dia siap ada buku kira kira belanjawan dia, pehh kalau gua memang taklah. Habis gitu je duit tak buat belanjawan. Beruntung budak ni sebab pakwe budak kriket, kalau ada game kat luar senang senang je dapat souvenir haha. 

Ezni Ezam a.k.a Noni ; hah! geng paling kurus dan cinonet dalam Ting Tang lepas tu suka claim diri dia gemok -___- rasa nak cubit cubit je pipi budak ni. Noni ni orang Johor, gua selalu gak sembang dengan budak ni. Noni ni dia cepat blur, kalau dia tengah main phone then kitaorang tengah sembang gelak pastu dah habis gelak dia tanya "eh kenapa ni?" tahap lambat dia lagi lambat dari aku, haha. Boboi Noni bakal doctor tu wakaka, gua penah dengar Noni call boboi dia nak kejutkan dari tido. Pehh bapak selamba je dia hey kan boboi dia -,- memang terkejut gak lah gua. Noni sekarang sambung master dekat UKM. 

Azfarahen Md Noor a.k.a Unta ; sebab orang panggil dia Unta sebab dulu dia suka panggil orang lain unta and thats why dia dapat balik unta tu, unta betul Unta ni -.- Unta ni antara yang garang, muka dia garang kalau dia tak senyum. Ini budak punctual woo, kalau pukul 8 janji dekat TSS memang kena terpacak pukul 8, kalau tak mahu kena bebel. Gua selalu kena buli dengan Unta ni, rasa nak sepak sepak je dia ni. Nasib baik kau cantik Unta kalau tak aku dah jotos kau haha. Unta ni tua setahun dari kitaorang semua, kira nasihat dia boleh makan lah. Unta sekarang kerja kat company Jepun kat mana tah, jadi safety officer.

Hazwani Ismail a.k.a Nani ; ini mak jemah woi! Dia jugak tergolong dalam geng bangang, banyak gak masa habis dengan Nani sebab kitaorang satu fac. So kadang pegi kelas balik kelas lunch apa semua sekali lah, Nani ni kuat bebel. Basha selalu kena bebel dengan dia, gua kalau kena bebel gua diam je malas melayan wakaka. Tahap bebel dia sampai ke Kaksu yang legend pun dia bebelkan, dia ni baik. Semua jenis kawan dia tolong, gua penah gak pinjam kereta dia pegi memana. Dia jugak yang gigih hantar jemput gua balik dari praktikal masa gua phobia kejap nak bawak kereta lepas accident. Thanks Nani! Nani ni kaki karok -,- nokharom kalau dia karok memang feeling habis woi! Sekarang dia kat rumah jadi suri rumah tangga haha.

Bashariah Din a.k.a Basha a.k.a Bashameriah a.k.a Basha Sandha ; haa kemain banyak a.k.a minah ni. Kawan bangang gua yang paling rapat dengan gua, memahami gua. Gua selalu gaduh dengan dia ni, gua penah sekali kena sembur dengan dia masa sebab isu PERTAMA wakaka, terkedu gak ah time tu. Tapi dah memang salah gua, gua ingat ada satu scene tu gua tengah takde duit, zaman miskin time tu so gua tak balik cuti sem. Lepas tu dia ajak gua teman dia pegi pusan cucuk duit, sekali dia hulur 50hinggit suruh guna T___T terharu cik gayah woi! Gua sayang dia ni, walaupun gua selalu sakitkan hati dia tapi dia tetap kawan dengan gua. Sekarang dia tengah bina badan kat rumah, dengar cerita dah 6pack.

Okay habis! macam buat assignment pulak -,- basically geng Ting Tang gua semua cecomel handsome. *ayat macam post throwback sebelum ini* Inilah geng gua masa kat kolej, 1st year makan sesama lepak kafe foyer keluar karok sambut birthday. Part sambut birhtday gua tu memang kenangan terindah bagi gua, nokharom memasing perangai setan nak kenakan gua. 2nd year goyah sikit sebab memasing dah ada family, time tu gua ada isu sikit dengan Mok tapi still keluar lepak makan ke apa semua. 3rd year memasing busy thesis, tapi still jugak habiskan masa bersama. time ni lunch or dinner takde dah kat kafe semua dah ada kereta madah makan luar lepak mamak jelah.

Banyak gak aktiviti kitaorang sesama join, dinner kolej memang tiap tahun duduk semeja. Pegi Chamang, naik Broga, pegi Teluk Kemang, mandi Sungai Gabai. Paling best masa SUKEM memang semua join, lagi satu yang gua respect geng gua ni dorang akan support kalau sorang tu buat program memang semua support. Ingat lagi masa Syahmi jadi KP program kriket memang kitaorang turun support menjayakan majlis eventho time weekend *wajib sebenarnya* Spoket yang selenge tu jadi KP rumah hantu madah bebudak ni semua jadi hantu pastu bila kitaorang masuk siap boleh bergambar lagi wakaka Mok siap cakap "aku jadi hantu rasa terhina bila dorang masuk siap amik gambo dengan aku" 

Kalau sorang geng ditimpa masalah memang semua sibuk sibuk nak tahu nak tolong. Inilah dia family aku kat kolej dulu, Alhamdulillah sampai sekarang dorang masih lagi family aku.

Kalau setakat gaduh masam muka tak bertegur tu biasalah, persahabatan mana yang tak lalu semua tu kan? Gua bangga ada korang semua, gua sayang korang! Semoga korang berjaya dunia akhirat :) Dear my future kids, this is story that i will tell to you one fine day. 

Comments

Popular Posts