Throwback 1.0 ; Perihal Classmates

Assalamualaikum umat manusia!

Ye Rusliyanah kembali dengan entri throwback kali ini, setelah 4bulan meninggalkan alam universiti aku rasa rindu bebenor nak belajo balik haa. Tolonglah adik adik yang tengah belajo tu manfaatkan masa belajo korang, nanti bila dah kerja memang susah nak dapat balik semua kenangan itu. Itulah cerita yang kau nak ceritakan kat anak cucu kau nanti.


Okay, gua nak sembang sikit perihal classmate gua masa zaman universiti. Gua dulu amik course Sains Komputer (Sistem Komputer) kalau sebelum split jadi dua major memang ramai budak kelas kitaorang tapi disebabkan dah split so sikit jelah, bagus jugak sikit so gua takdelah nak kena taip panjang panjang. 


Kiri belah belakang : Aida, Shira, Saniah, Ipah, Nurul, Wawan, Kaksu
Kiri belah duduk : Pikah, Sarah, Gua, Mimi



Fatin (pakai shawl biru) 


Kiri lalu ke atas : Ipah, Kaksu, Ain, Mira
Kanan lalu ke atas : Gua, Wawan, Aliah, Hana


Kita start dari kiri : Ipah, Mira, Hana, Hop, Kaksu, Ain, Wawan, Aliah.


Wak Jol, Acan (yang menunduk malu), Hop (yang menoleh ke Acan), Midi




Memperkenalkan classmate lelaki gua : Midi (yang pakai neck tie), Haody (kemeja putih), Chris (tshirt biru), Wak Jol (kemeja biru kotak kotak), Apau (kemeja kuning kotak kotak), Daus (yang paling senang nampak)

Okay habis dah tengok gambar kan? Sekarang nak sembang perihal perangai sesorang, haa jejaga Rusliyanah nak reveal bad habit memasing muahahaha *evil grin* Bismillah,

Ipah : gua cam muka sikenit ni masa matrik, actually gua dengan dia satu matrikulasi dulu. KMP jadi kenangan, haha. Tapi dia duduk sebelah blok kediaman gua masa matrik dulu, gua kenal sebab dia budak fizik. Roommate gua dulu fizik gak, Ipah ni kecik comel je orangnya, gua tak banyak sangat sembang dengan budak kecik ni tapi gua perasanlah boboi dia sape sebab penah nampak dating dekat PTSL wakaka, Ipah ni rajin masak pastu suka bawa makanan pegi kelas. Kitaorang sekelas memang suka makan, memang licin lah kalau dia bawak makanan. Sedap pulak tu masak hewhew, mohon kembang semangkuk Ipah. Dia ni rapat dengan Nurul kalau dalam kelas, kemana mana berdua. Kalau nak tanya pasal Ipah boleh tanya kat Nurul, dan sebaliknya. Ipah sekarang buat bisnes kek kuih muih, graduan IT yang buat bisnes kek dialah orangnya. Pavlova dia sedap woi!

Nurul : kalau dah sembang Ipah mesti kena pegi terus ke Nurul ye dak? Apa apa pun gua nak pembaca gua sesama sedekahkan Al Fatihah dekat mak Nurul yang baru je pergi baru baru ini, Al-Fatihah. Okay dah. Nurul ni lagi kecik molek dari Ipah, cumanya dia tinggi sikit dari Ipah. Gua selalu nganjing Nurul ni datin haha sebab gaya dia pegi kelas sangatlah kemas dan datin datin sangat, bukan datin yang vogue tu haa tapi gua memang suka panggil dia datin lah. Enough said. Nurul ni bijak nokharom otak dia -.- dia ni dari diploma tapi gua tak rasa nak panggil dia akak Nurul haha, gua panggil Nurul je. Nurul ni orang kuat fac, kira akak akak program jugaklah. Baik dan lemah lembut orangnya, gua tak penah lagi nampak Nurul marah. Nurul sekarang kat rumah, belum kerja lagi rasanya.

Sarah : yeah akak rockers TK haha, Sarah ni dia sinonim dengan Saniah. Gua selalu salah panggil -___- gua selalu panggil Sarah as Saniah dan sebaliknya (ini sama kes dengan Ipah dan Nurul) Sarah ni otak pandai tapi dalam kelas tido, dorang dua ni memang stok datang lambat ke kelas, lepas tu senyap senyap masuk kelas duduk belakang sekali. Gua toleh sekali dia tengah dengar lecture sambil menongkat dagu, kali kedua gua toleh dahi dah lekat ke meja tido. Gua pernah sekali group dengan Sarah, ternyata otak kitaorang sama muahaha. Gua dengan Sarah tak suka complicated sangat, jenis asal boleh je dengan dia ni. Sarah banyak tolong gua masa gua extend FYP dulu, dia yang ajak gua makan selalunya. Thank you Sarah. Sarah laa ni dah kerja kat Wangsa Maju tak silap gua. Alhamdulillah.

Saniah : sonnnnnnnnnn, gua suka panggil dia Son hahaha. Saniah ni sinonim Sarah, haa kekadang blur jugaklah dengan dorang ni -,- nama dah la dua dua S haishh. Sarah ni jenis akak akak jugaklah, banding perangai dia dengan Sarah, Sarah lagi bebudak perangai dia. Tapi Saniah kalau datang sawan dia perangai memang tak betul, Saniah budak JPA kot. Bijak pandai orangnya, jejaga Saniah dah ada daddy. Saniah ni kalau satu group dengan dia memang perfectionist sikit, jenis perangai sama dengan Kaksu wahaha. Saniah ni kalau sembang kemain pedas jugak, lagi lagi bab menganjing memang perghhh -.- Sekarang ni Saniah tengah tanam anggur kat rumah rasanya.

Aida : gua tak rapat sangat dengan Aida, setakat sembang sembang mak enon tu boleh lah. Tapi yang membuatkan gua boleh bergosip perihal boyfriend ni bila boyfriend dia tu kenal Chaen wakaka. Memang gua meluahkan sedikit perasaan lah kat dia, Aida ni rapat dengan Shira dan Mimi. Kalau kemana madah bertiga je, tak boleh berenggang gamaknya haihh. Sekarang ni Aida dah kerja dekat Ampang, kerja as apa gua tak tahu tapi yang penting dia kerja bahagian IT. 

Shira : habis sembang Aida meh kita ke Shira pulak, geng tiga serangkai. Si lemah lembut ayu fashionista dalam kelas, gua suka tengok Shira ni sebab dahla cantik putih gebu melepak lepas tu kalau pegi kelas memang cantik sentiasa. Gua kalau sembang dengan dia pun sembang usik usik je haha. Masa second year dia bawak kancil yang takde power stereng kau tahu tak? -,- kagum sungguh gua, dia dahla lemah lembut lepas tu bawak kereta takde power stereng, gua tengok masa dia bawak tu muka ayu je pulas stereng wakaka. Shira sekarang kerja kat Shah Alam bahagian IT, madah kerja balik rumah je. Budak ni memang kaki balik rumah, weekend je mesti takde lesap balik Nila.

Mimi : rangakaian terakhir, Mimi si gadis kurus. Gua baru paham kenapa gua tak boleh masuk geng tiga serangkai ni sebab gua tak kurus macam depa semua. sobs sobs. Okay habis dah sedih, Mimi ni asal Kedah mari. Jarang sembang jugak dengan budak ni tapi setakat sembang sembang biasa boleh je. Dan gua tak penah lagi group sekali dengan tiga serangkai ni haha. Mimi sekarang dah kerja tapi gua tak sure kat mana dia kerja -,- papehal Mimi kalau nak belanja gua roger je gua k!

Ain : okay kita dah masuk ke empat serangkai pulak, tadi tiga serangkai. Ini kita upgrade empat serangkai, dimulakan dengan Bismillah. Okay Ain, gadis kecik molek kaki kurus suka pakai heels. Kagum gua dengan heels dia, cantik tinggi dan unik! gua kalau pakai heels pegi kelas mahu kena perli dengan bebudak kelas. Ain ni suka tolong kawan kawan, gua jugak penah ditolong oleh dia. Dia hanto gua balik kolej wakaka. Ain sekarang berjaya menjadi programmer di syarikat swasta di Kajang, untung lunch je lari balik rumah.

Aliah : okay ini manusia serangkai dengan Ain jugak, Aliah ni gua perati dia akan pakai tudung hitam jee. Tudung kaler hitam dia gua syak berpuluh kat bilik dia, tiap hari pakai tudung hitam, siap gua penah request suruh dia pakai tudung warna lain. Aliah juga tergolong dalam classmate yang bijak dan mangsa kerja di copy paste oleh rakan lain. Gua penah satu group dengan Aliah, kemain particular dan perfect kerja minah ni -,- gua siap emo gak ahh time tu haha. Sekarang Aliah jadi RA dekat UKM.

Wawan : joyah! Itulah gelaran dia dalam kelas, gua memang suka sakat joyah ni. Joyah ni kalau bercerita memang bersungguh lepas tu kalau dia present memang kuat suara dia, semangat kesukanan dia tinggi sampai tak payah pakai mic pun takpe masa presentation. Joyah ni pandai, nokharom pointer 3 manjang. Dia ni kategori tiang jugaklah, dahla kurus pastu tinggi. Gua suka nganjing kekurusan dia tu, kalau korang dapat text or chat dari Wawan ni korang akan rasa korang berada di kelas BM. Tatabahasa dan ejaan dia kemain woi! Seketul seketul dia eja wakaka. Alhamdulillah si joyah ni dah kerja kat tempat praktikal dia dulu as developer. 

Fatin : rangkaian terakhir! Fatin si tinggi muka garang haha. Muka Fatin ni muka garang sikit tapi hati baik, dia ni budak diploma. Gua tak terasa nak panggil dia akak Fatin (same case with Nurul) perangai bukan macam akak akak pun, sama bendol perangai dengan kitaorang. Satu aku suka kat si Fatin ni bila dia decide nak pakai tudung, memang terkejut lah. Comel je dah pakai tudung, dia ni jenis sayang kengkawan dia. Suka backup kawan serangkai dia wakaka. Gua penah je sembang dengan dia pasal kisah cinta memasing, siap ngutuk skandal memasing. Empat serangkai ni semua pepandai, pointer gempak kemain. Budak ni sekarang kerja kat TM, jadi minah TM wakaka.

Pikah : si kecil molek bersuara cempring wakaka! Pikah ni lemah lembik orangnya, selalu sakit. Kesian pulak gua ke dia ni sebab jenis cepat sakit, gua penah group dengan budak ni dia siap belanja mcd lagi woi! Masa birthday gua wakaka, baik budak ni. Jenis senyap senyap bagi hadiah birthday kat orang, Pikah ni dulu roommate kepada roommate gua masa universiti (Ien) so macam lagi senang sembanglah. Pikah pun sama geng dengan gua, geng TL. Sekarang ni gua syak Pikah kat rumah.

Hana : orang Sabah bahh, classmate gua yang terajin. Rajin tanya dalam kelas, rajin buat assignment, rajin duduk depan, rajin mintak exersice, Hana ialah mangsa tegar kerja di copy paste oleh budak kelas. Papehal assignment mesti tanya dia dah siap belum, no wonder dia antara yang paling awal dapat kerja. Nokharom otak pandai, sekarang dah jadi programmer tegar syarikat vendor Maybank. 

Mira : awek Terengganu, gua jarang sembang dengan dia ni. Tapi ini jugak antara classmate gua yang pandai, kalau bab mengira memang terer ini budak. Sekarang gua syak dia dah dapat kerja kat JB, jejaga Mira dah ada abam handsome. Satu satunya kawan gua yang jumpa jodoh dalam kelas. Alhamdulillah.

Eika : erm dia ni suam suam kuku dalam kelas, selalu tak datang kelas. Gua pun jarang borak dengan dia. Dia extend sebab dia tak siap FYP. K tu je.

Kaksu : haa jejaga dah sampai part Kaksu, muahaha. Kaksu antara yang rapat dengan gua, sebab sekolej so datang kelas sesama. Balik sesama, gua syak Kaksu adalah geng gua yang paling banyak sabo dengan gua sebab gua perangai macam hantu sikit, so Kaksu sabo jelah. Tapi Kaksu kalau bab nganjing peh berdesing telinga gua ngadap -,- baik orangnya, perangai akak akak sangat thats why budak kelas semua panggil dia Kaksu, Fatin dengan Nurul yang sama umur pun panggil dia Kaksu gak, haa betapa pawer sungguh dia ni. Kaksu ni dia ada masalah dengan keputusan, dalam geng bangang dia paling susah buat keputusan. Kalau Basha pantas buat keputusan, Nani pun pantas, gua pun Alhamdulillah pantas tapi Kaksu xpantas langsung. Keputusan dia mesti ada "tapi, tapi dan tapi" kekadang gua fed up jugak haha. Tapi takpe disebabkan dia tahan dengan perangai gua so gua kena tahan jugak, selama 3tahun gua belajo ni memang banyak group dengan dia. Tabahnya Kaksu T___T sebab gua ni kadang kadang suka buat taik dalam group, maap ler. Kaksu ni penyabo orangnya tapi kalau sabo dia tu dah sampai limit memang meletup, gua selalu gak kena marah dengan dia ni. Tapi takpe, gua tetap sayang lu Kaksu. Kaksu sekarang dah jadi analyst dekat Exxon woi! 

Okay habis dah gegirl kan? Gua nak move on ke boboi pulak ni. 

Wak jol : budak handsome dalam kelas, mihmih. Wak Jol ialah orang lelaki first yang gua satu group masa 1st year dulu, nama dia sebenarnya Zul tapi gua saje menjawakan dia by calling him Wak Jol. Dalam banyak budak lelaki dalam kelas, Wak Jol antara yang terapat dengan gua. Wak Jol ni jaga penampilan dia, gua suka tengok. Jejaga mem Wak Jol dulu penah chat dengan gua tanya pasal Wak Jol dalam kelas haa, mem Wak Jol jaga 24jam kot. Gua dengan Kaksu suka nganjing kalau Wak Jol tengah calling calling dengan mem dia. Wak Jol penah belanja kitaorang tengok wayang dulu sebab dia menang Imagine Cup tu yang dia belanja kitaorang. Wak Jol ni annoying kekadang -,- sakit hati gua tapi nasib kau handsome so gua layankan je. Sekarang Wak Jol tengah bina lemak dalam badan kat rumah.

Hop : sebenarnya mamat ni bukan sekelas dengan gua, tapi disebabkan banyak aktiviti luaran kelas dilakukan bersama so gua nak sembang jugak pasal mamat ni. Hop ni comel orangnya, lepas tu otak bijak nokharom. Programming pawer! Gua penah satu group dengan dia masa buat projek kumpulan dulu, dia ni kalau bab leading a group memang cun lah. Dia jadi KP untuk program luaran kelas memang semua menjadi, tahniah Hop! Hop sekarang jadi RA kat UKM gak. 

Acan : classmate from Indonesia yaa pak, otak kemain nokharom pandai programming. Gua punya fyp dia ada menyumbang gak haha. Tak banyak sembang sebab dia pendiam -,- gua tak tahu dia buat apa sekarang.

Dean : Dean, Acan, Hop sekelas. Dean ni memula gua dengan Kaksu ingat dia gay sebab dia ni sangatlah menjaga penampilan. Kemain rapi dan kemas, gua tengok bebudak lain takdelah sekemas dia ni. Gua tak banyak sembang dengan Dean so tak tahu sangat dia cemana -,- sekarang dia kat Jepun buat internship.

Daus : abam besar dalam kelas, dia budak dip. Memang pawer programming, gua penah je satu group dengan dia memang dia buat program gua buat report jelah. Sekarang sambung master kot, Kaksu suka gaduh dengan dia ni wakaka. Gua penah nampak Kaksu marah dia ni, kagum kejap gua dengan Kaksu time tu. Jaga Mira elok elok woi!

Midi : yeah! Godfather of IT dalam kelas, nokharom power dia memang semua orang tanya ke dia. Budak kelas lain pun memang tanya kat dia, kagum gua! Khidmat dia banyak diperlukan masa fyp, kau call je dia suruh datang PTSL berdesup dia datang selesaikan masalah kau. Midi ni jenis menjaga sikit, maksud aku menjaga tatasusila bersama perempuan, al maklumlah ahli jemaah masjid haha. Dia penah sembang dengan gua dia tak balik raya haji pastu dia duduk UKM makan free kat masjid, gua tak tahu sekarang dia buat apa.

Haody : satu satunya budak cina dalam kelas, tipikal lah bila budak cina memang pandai selamanya. Gua penah amik kesempatan satu group dengan dia so dia je buat coding gua buat report je haha. Kaya Haody ni, pegi kelas naik Honda, kau mampu? Gua siap syak bapak dia ada company jual kereta sebab asyik tukar kereta je -.- sekarang dah kerja tapi gua xtahu kerja mana.

Apau : okay kita dah sampai part terakhir, Apau. Budak lelaki kelas gua yang agak rapat dengan gua, dia ni kuasa bebel dia kalah kuasa bebel ibu ibu mengandung woi! Gua selalu kena bebel dengan dia, tabah jelah. Gua selalu je sembang lepak sesama dengan dia ni, sampai sekarang still lepak keluar sesama. Siap ada gosipkan gua kapel dengan dia wakaka. Dia ni santa claus gua since 3tahun lepas, dia je rajin tunaikan permintaan merepek gua. Thanks Apau! Dia rajin tolong gua, gua ingat masa kereta gua buat hal dekat Muor memang dia datang tolong, siap belanja gua berbuka puasa. Terharu gak time tu, muka dia ni handsome sikitlah. Muka ganas ganas macho gitu, tapi yang paling gua menyampah dengan dia ni dia suka buat orang rasa bersalah. Tensen gua -.- kalau kau tengah ditimpa malang orang akan selalu bagi nasihat "kau okay x? aku doakan kau okay je" tapi kalau dia bagi nasihat "wey bila masuk penjara? gua nak datang melawat" -___________- itulah Apau. Sekarang Apau tengah training jadi IT exec dekat KPJ. 

Habis dah! *clap clap* Basically bebudak kelas gua semua pandai pandai -,- gua je yang tak berapa nak pandai wakaka. So buat budak kelas gua, gua nak mintak maaf kalau gua ada buat salah dekat korang. Maafkanlah gua dan doakan lah gua, peace yall.

Weekend ni budak kelas gua sorang kawin, Fatin dah memulakan hashtag #kerjakawinkawan Inshaa Allah gua datang nanti. Rasa rindu dekat bebudak ni, sebab 3tahun bersama susah senang lepak sesama makan steamboat makan durian berbuka puasa bersama. Kenangan yang paling gua ingat adalah masa shortsem, memang banyak masa dihabiskan bersama sebab yelah kan nak LI lepas tu. Disebabkan bebudak kelas gua tak banyak yang bawak kereta so buat aktiviti dekat dalam UKM je, berbuka puasa bersama. Beli juadah bebanyak kat bazar then makan reramai dekat pusanika, beli durian berplastik plastik lepas tu rewang dekat pusanika. Indah woi! Inilah cerita yang akan gua ceritakan dekat anak cucu gua nanti :') 

Semoga berjaya kawan semua! 

Comments

Popular Posts