Travelog Part 1 (Solo Traveller)

Assalamualaikum long time no see.

Agak lama aku tak menulis dekat sini -_- malas tahap dewa dewi. Kali ni nak sembang pasal my first solo travel. Buat pertama kalinya seorang Rusliyanah travel luar dari Malaysia dan berseorang. Sebenarnya dan sepatutnya pegi berdua tapi adalah sebab-sebab semasa yang membuatkan aku travel sorang. 

Okay terus masuk cerita, aku tukar duit Indonesia bernilai 2 juta 5 ratus 50 ribu rupiah. Kalau nilai Malaysia dalam RM700 camtu. Aku tukar lebih sebab aku travel sorang so semua benda aku kena tanggung so aku takut tak cukup duit so aku tukar lebih.

Aku ambik cuti 4hari (rabu, khamis, jumaat, isnin) sebenarnya rabu dengan isnin tu cuti sia-sia sebab aku dah dekat Malaysia masa tu. 

Rabu (29/10/2014)
- Tukar duit dekat MidValley, buat research dekat lib UKM, jumpa Kaksu hantar kad kawin kawan, ambik beg dekat rumah Ijat, packing, tido.

Khamis (30/10/2014)
- Pagi tu aku bangun awal pukul 5 sebab nak pastikan semua benda aku bawak tapi masih lagi ada yang tertinggal -_- flight aku pukul 740 pagi jadi aku paksa Noni tido rumah aku untuk teman Ien hantar aku pegi KLIA2. Nasib baik dekat KLIA2 dengan area rumah kitaorang so sempatlah pecut. Sesampai je dekat KLIA2 aku dah kena masuk boarding pass nak check barang semua.
- Disebabkan aku baru pertama kali naik pesawat so aku agak terpinga-pinga, aku main ikut je orang ramai pastu agak-agak aku lost aku tanya polis dekat situ. Bapak banyak betul saringan sebelum nak pegi tempat menunggu. Habis semua aku aku tunggu dalam beberapa minit then terus masuk pesawat then fly.
- Aku sampai Kuala Namu Airport pukul 740 (waktu Indonesia) habis semua persiapan aku pegi naik bas DAMRI turun ke Carrefour Medan. Tujuan pegi sana sebab kawan aku yang dekat Indon tu (sebenarnya kawan kepada kawan aku yang kenal semalaman) akan ambik aku kat sana so aku terus pegi sana. Allah permudahkan aku sebab aku kenal sorang stranger masa dalam flight, Kak Ani nama dia. Kak Ani ni orang Medan tapi duduk Malaysia dah lama so dia nak balik Medan sebab anak dia sakit. Dia lah yang guide aku masa dekat airport. 
- Bas Damri tu akan berhenti betul-betul dekat Carrefour so tak payah susah-susah, tapi aku ikutkan Kak Ani sebab nak cari simcard sebab tak sabo nak tunggu mall bukak. Last-las tak jumpa pun simcard, aku pun tunggu balik dekat mall tu sampai bukak. Masa tunggu aku tegur sorang budak Malaysia (orang Kedah) yang belajo dekat Medan. Dia siap teman aku cari simcard so habis je beli simcard terus aku roger kawan aku tu then dia pun sampai.
- Kitaorang terus gerak pegi rumah Susan (kawan aku) letak beg apa semua pastu dia teman aku pegi makan, seharusnya makan bakso. Dekat Indonesia bapak ah jalan raya dia kemain sibuk dan orang hon bersepah sampah, yang si Susan ni pun kaki hon. Boleh pekak telinga aku. Habis settle teman dia ambik barang dan makan dia terus bawak aku balik rumah dan aku tido sampai petang.
- Malamnya aku dengan Susan pegi bandar cari kereta sewa nak ke Parapat, lepas tu terus cari makan. Mulanya nak makan bakso depan office Susan tapi tutup pulak. Lepas tu makanlah dekat bakso lain. Settle makan balik tido.
- Pasal simcard tu korang boleh dapat lagi murah sebenarnya, simcard yang aku beli brand XL. Ramai member aku yang suggest simcard tu sebab coverage internet dia cun. Aku beli harga 60k siap internet seminggu unlimited (kot) sebab aku dah lupa -.- sebenarnya boleh dapat lagi murah kalau dekat kedai-kedai biasa tapi aku dah terdesak sangat sebab nak roger kawan aku tu so aku cekau mana ada.

Jumaat (31/10/2014)
- Bangun awal kemain pastu gerak pegi tempat kereta sewa pukul 6, ini semua aku sembang waktu Indonesia tau. Dekat sana pukul 6 terang macam pukul 7. Tunggu punya tunggu kemain lama bontot dah keras dalam pukul 8 tak silap aku baru gerak, tunggu lama sebab nak tunggu kereta penuh. Bila dah start jalan kena pulak jalan jammed tak gerak so driver ni pusing-pusing kemana pastu dia stop makan.
- Aku dah stress dan risau sebab aku takut sampai Parapat lambat sebab aku dah book hotel kat sana. Rupanya pak supir stop kejap je pastu gerak, perjalanan nak ke Parapat dalam 5jam. Aku ni bangun tido bangun tido gak nyampe-nyampe, capek deh. Pak supir drop aku dekat Siantar, sebab kalau kau nak ke Parapat kau kena naik supir lain untuk masuk Parapat.
- Masa dekat Medan dorang dah bagitahu awal-awal nanti akan stop dekat Siantar dan orang dorang akan hantar ke Parapat dengan free. Sekali ketahian apakah, bila si supir yang nak hantar aku tu mintak bayaran sebab aku sorang dan kalau nak tunggu sampai mpv penuh lama so aku decide takpelah aku bayo dia dan terus gerak.
- Yang paling bangang dahlah charge aku mahal lepas tu mintak tips, memang aku bagi 10k je.
- Gerak masuk ke Parapat pun dalam sejam lebih gak, aku tak banyak sembang sangat sebab menurut research yang aku buat kebanyakkan orang sana suku kaum Batak so suku ni dia macam lain macam sikit so aku iyakan je. Supir ada offer nak singgah ke mana-mana tak tapi aku dengan bangganya reject sebab confirm kena bayo, tapi singgah sekejap dekat warung tepi jalan sebelum masuk Parapat, masuk Parapat pehh sejukkkkk nyaman view cantik!
- Supir hanto aku sampai hotel pastu siap mintak tips bagai, dahlah charge mahal. Lepastu siap mesej aku cakap ingatkan dia dapat tips lebih. Tahi. Dah check in apa semua aku lepak kejap sepahkan bilik hotel pastu ambik gambo view depan hotel, alhamdulillah gua dapat bilik depan tasik! 
- Lepas zohor aku terus gerak pegi receptionist tanya cemana nak naik bot pegi Pulau Samosir, budak hotel tunjuk aku pegi naik angkot depan hotel. Dari hotel nak ke jeti dalam berapa minit je. Sampai jeti pak angkot tolong panggilkan bot sebab time tu bot nak gerak so aku sempat lari-lari anak naik ke bot. 
- Subhanallah ciptaan Allah tu maha cantik. Aku siap terpegun tahap mende tah bila naik bot tengok view dengan angin sejuk bagai. Sempat gak aku borak dengan anak bot dekat situ, cehh anak bot padahal local suku Batak hahahaha. Sampai Pulau Samosir terus jalan pegi tempat yang best. Aku banyak tanya local apa yang best. Aku sempat pegi Museum Batak dengan makam diraja. pastu beli ole-ole dekat situ then jalan balik ke jeti pastu balik semua ke Parapat.
- Satu hal dekat Parapat ialah nak cari makanan halal susah sikit dan anjing bersepah, aku dahla fobia anjing so banyak doa supaya anjing tak kejor aku. Aku tapau nasi dekat restoran Nikmat sebab aku tanya local restoran tu Muslim so lepas tapau tu aku ingat nak naik angkot balik ke hotel tapi dah alang-alang jalan so aku teruskan jalan kaki ke hotel. Peluh gak ah -.- sampaikan aku tanya local sebab aku takut sesat jalan, sampai hotel dalam pukul 5 kot so terus mandi solat lepak. 
- Malam aku memang tak keluar sebab aku sensorang so aku takutlah memalam, so malam aku lepak hotel makan coklat tengok tv. Bilik hotel tu takde aircond sebab malam memang sejukkkkkk. Memang kejung ahh. Aku dah siap-siap pack makanan so malam memang aku makan je apa yang aku bawak. Totally aku memang tak makan makanan hotel.

Sabtu (01/11/2014)
- Pagi tu aku terlajak so aku bangun dah pukul 6 lebih, so aku mandi sepantas mungkin pack pastu chow check out, aku tanya budak hotel ada bas untuk ke Medan dari Parapat instead of kau sewa kereta mahal. So aku naik angkot ke Stesen Sejahtera ke mende tah nama dia aku lupa. Aku naik bas Sejahtera ke Medan, memula dari Parapat memang kosong. Naik ke Siantar terus full dengan bas takde ruang udara yang bagus pastu driver bas hon-hon sepanjang perjalanan.
- Aku rasa boleh pengsan dalam bas, aku nyaris gak terlepas marah sebab dia hon je sampai naik pekak telinga aku. Perjalanan dia tak payah sembang ah, memang lama. Aku ni dahla ada backpain, memang sampai Medan terus demam. Bas akan last stop dekat Terminal Amplas, sampai sana alhamdulillah Allah mudahkan. Aku tengah terpinga-pinga cari teksi, ada petugas situ tolong aku bawak aku naik moto pastu hanto aku ke tempat teksi. Aku naik teksi ke Palladium Mall untuk simpan bagpack aku, lepas simpan bagpack aku terus naik becak pegi Pajak Ikan.
- Sampai Pajak Ikan aku cari souvenir, disebabkan cuaca maha panas so aku tak banyak jalan dan beli barang sebab aku dah rasa nak demam. So aku minimize jalan aku dengan pegi kedai dekat-dekat je, so tak banyak souvenir. Aku banyak guna becak sebab aku tak larat jalan. 
- Masa dekat Pajak Ikan tu memang banyak peniaga yang jenis niaga bawak plastik barang, aku ada pengalaman takut gak kat situ bila ada sorang peniaga baju ni sibuk follow aku promote barang dia eventho aku cakap aku taknak, end up aku jalan buat tak tahu pastu masuk kedai lain. Dia panggil pun aku buat dono je. 
- Bila aku dah rasa semak dekat Pajak Ikan aku pegi Perdana pastu aku pegi Merdeka Walk sebab nak makan, aku dah nampak Mcd pastu aku memang dah tak larat nak jalan. Aku dah berniat nak masuk Mcd tapi disebabkan aku taknak jadi boikot bermusim so aku makan bakso tak sedap depan Merdeka Walk. Disebabkan aku dah tak larat demam berhingus bagai so aku terus naik becak ke Palladium tunggu Susan ambik.
- Agak lama tunggu Susan ambik sampaikan aku siap nak tertido, dalam maghrib camtu dia sampai sebab jalan jammed. Lepas amik aku terus pegi cari makan. Aku makan Nasi Ayam Penyet Joko Solo, bapak ah sambal dia menyengat. pedas nokharom. Lepas makan aku ingat nak cari baju I Love Medan tapi hampa sebab design tak cantik, menyesal aku tak beli dekat Danau Toba. Sigh. Maap Maap. 

Ahad (02/11/2014)
- Pagi aku packing pastu breakfast mandi semua then pukul 10lebih aku dah gerak ke airport, kau tahu aku pegi airport naik moto! Dahler aku pakai skirt kimono shawl flowy flowy, pastu naik moto madah berterbangan. Sampai airport dalam pukul 11, aku tengok memang ramai gak pegi airport naik moto. 
- Tapi macam biasa delay dan Airasia berpisah tiada, flight aku delay sampai 130 waktu Indonesia. Lagi satu dekat sana ada airport tax makanya jangan joli banyak sangat karang tak memasal takde duit nak bayo airport tax 200k rupiah. 
- Aku sampai KLIA2 dalam pukul 3 waktu Malaysia, masa tu memang dah sroot sroot kepala pening bagai. Sampai rumah terus demam, nasib aku isnin tak kerja.

Expenses :
1st day :
15,000 - bas DAMRI.
15,000 - belanja tambang bas member -.-
60,000 - sim card & internet.
10,000 - tauhu tepi jalan.
17,700 - air mineral & shampoo.
40,000 - bakso.
36,000 - adapter.
80,000 - tiket kereta sewa ke Parapat.
37,000 - jajan nak bawak ke Parapat.

2nd day :
290,000 - Pandu Hotel Parapat.
200,000 - supir tahi.
8,000 - bot pegi Pulau Samosir.
80,000 + 100,000 + 150,000 + 15,000 - souvenir.
7,000 - Makan Diraja.
5,000 - angkot.
8,000 - bot balik pulau.
3,000 - museum Batak.
15,000 + 5,000 - makanan.

3rd day :
RM5 - angkot.
32,000 - bas Sejahtera.
70,000 - teksi.
15,000 + 15,000 + 10,000 + 14,000 - becak.
100,000 + 100,000 + 80,000 - souvenir.
10,000 - makan.
60,000 - kasut.

4th day :
200,000 - airport tax.

Solo travel bagi aku syiok sebab ikut suka kau nak pegi mana then kau tak payah fikir timing orang lain.Ya memang betul solo travel expenses banyak tapi kau puas, aku puas even aku keluar banyak sebab semua benda aku tanggung. Kesalahan aku masa travel ni bila aku takde duit kecik, semua madah duit 100k so kadang-kadang penjual/tukang becak/teksi takde duit balik so aku banyak halalkan. 

Masa memula nak travel sensorang ni mak aku tak bagi sebab risau tapi aku gunakan mandrem jurus 539 untuk lembutkan hati mak aku sampaikan mak aku cakap 'mak bagi adik pegi tapi mak nak nanti dekat airport ada orang jemput dan jaga diri beg duit, jangan banyak bawak kad bank, cash tu letak merata incase kena copet ada simpanan' berdarah gak ah dengor ceramah orang keliling tapi aku relaks je sebab aku tahu dorang sayang aku. Acewahhh. 

Aku baru belajo sebenarnya nak travel sana sini, niat aku travel bukan nak shopping ke apa tapi aku ada target or misi aku kenapa aku nak pegi sesuatu tempat. Shopping tu kira bonus kalau ada duit lebih/aku tak demam. Next destination would be Jakarta! Berbekalkan motif nak pegi tengok Opera Van Java Live dekat TransTV lepaih tu kalau sempat nak try naik train terus ke Jogjakarta.


Bukti gambo bagi dekat kakak sebab dorang risau benor -.-






 Makasih ya Susan! 


Muzium.




Yes, travel can turn your money into experience - Rusliyanah Mohd Yasir.

Comments

Post a Comment

Popular Posts