Travelog Part 2 (Triple Traveller)

Assalamualaikum *coughing*

My deepest condolences to families and friends onboard Air Asia QZ8501, be strong. Its been a tough year for Malaysia. Al Fatihah for QZ8501, MH17 and MH370 that still missing. Not to forget flood victims in Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak and Johor. 

Semoga Allah melindungi kalian semua.

Okay hujung minggu lepas aku gerak pegi Kedah sebab Ien punya wedding sabtu so aku lajak sekali pegi Langkawi. Aku gerak dari PJ hari jumaat, aku half day hari tu so habis kerja terus gerak pegi LRT Kelana Jaya amik Apau sebab dia dari Muo. Dalam pukul 1 kitaorang gerak pegi masuk highway. Disebabkan aku ni tak pernah ke arah Utara so aku main redah ikut signboard Ipoh je sebab member aku cakap 'kau masuk KL pastu kau ikut signboard Ipoh' sepanjang perjalanan tu agak mendung, aku dah risau sebab takut banjir. Kitaorang stop dekat RnR Rawang sebab aku dah kebuluran tahap mende tah. 

Habis makan semua terus gerak masuk highway, Apau drive time tu disebabkan aku baru lepas makan dan ada kemungkinan aku mengantuk nanti. Highway pegi Utara memang cantik bila start naik gunung, sejuk jee. Excited jugaklah masa tu sebab kalau highway ke Selatan madah hutan kiri kanan. Masuk pulak Juru memang jam, aku tak paham kenapa boleh jam dekat situ. Lepas dari tol Juru nak masuk ke Kedah aku yang drive sebab Apau dah nyawa-nyawa ikan. Aku drive sampailah ke rumah Basha, rumah Basha dekat Kampung Naga area Kepala Batas. Sesat jugaklah memula sebab ikut waze dan kitaorang salah simpang. Last-last Basha tunggu dekat masjid. 

Sampai je rumah Basha lepak kejap, mandi makan tengok maharaja lawak nyembang dengan pakcik Din pastu tido. 

Esoknya sabtu kitaorang pepagi dah get ready nak pegi rumah Ien, bapak jauh rumah Ien. Kitaorang sampai masjid masa tu orang semua dah berkumpul pastu suasana senyap seketika pastu aku nampak laki Ien bangun solat sunat. Its like in the blink of eyes Ien dah selamat jadi hak orang lain. Tahniah Ien :) 

Agak lama kitaorang melepak rumah Ien sebab Basha bertugas sebagai photographer. Dalam pukul 3 kitaorang chow, kitaorang terus chow pegi jeti Kuala Kedah. Sampai jeti pegi beli tiket pukul 430. Senah aku suruh Basha bawak balik rumah dia sebab nanti isnin dia nak mai Langkawi. 430 aku dengan Apau dah masuk ferry pastu jalan pukul 500. Dahla aku duduk sebelah bangla pastu Apau duduk diapit wanita kahkah! Tapi kitaorang switch sebab aku syak dia segan dan aku pun tak tahan bau bangla sebab aku dah pening-pening masa tu.

Kitaorang sampai Langkawi pukul 6++ sampai je terus aku call kereta sewa, dorang datang jeti pastu hanto kitaorang ke parking settle bayo semua baru dapat kereta. Kitaorang dapat Wira auto, aku pikir dapat Iswara manual sebab dulu booking kereta tu. Tapi takpelah auto senang sikit. Lepas je ambik kereta kitaorang pusing cari chalet, aku book Teratak Sireh Lagenda. Nak mencari pun satu hal sebab memula guna google maps Apau dia bawak dekat area pekan Kuah, pastu guna waze aku dia bawak sampai aiport Padang Mat Sirat. Agak dah stress kitaorang lepak warung tepi jalan makan kejap pastu call chalet tu mintak direction. Direction yang dia bagi cuma 'adik teruih ja dari pekan Kuah nak ke airport, nanti jumpa roundabout 1st adik u-turn, chalet belah kiri adik' 

Lepas makan, sambung balik cari dan akhirnya jumpa. Kitaorang check in dalam pukul 9++. Memang tak perasan langsung chalet tu sebab kecik je banner dia dekat tepi jalan -_- tapi bagi aku bilik RM70 satu malam camtu okaylah sebab ada wifi,kettle,water heater,tv. Kitaorang unpack barang mandi baring jap terus keluar jenjalan kejap dekat pekan Kuah sebab pishang gak ah duduk chalet. Kitaorang pegi jenjalan dekat Dataran Lang pastu beli barang sikit dekat kedai tepi jalan then chow balik chalet membuta. 

Esoknya ahad kitaorang keluar awal pagi pukul 900, masa tu aku siap awal sebab Apau cakap keluar awal. Kitaorang sarapan dekat Kuah then terus pegi tempat cable car. Bapak ah jauh dari Kuah nak ke cable car, berbelas kilometer. Sampai cable car dalam pukul 11 (kot) alhamdulillah senang dapat parking. Disebabkan hari ahad, maka ramailah manusia dekat situ. Kitaorang dapat tiket cable car pukul 130. Sementara nak tunggu cable car tu kitaorang jenjalan usha barang, aku tengok harga coklat sama je dengan harga coklat dekat pekan Kuah. 

Kitaorang terlambat masuk cable car sebab akak cable car tu prank kitaorang sebab dia kata 130 beratur, bila 130 kitaorang beratur time tu orang yang naik 145 sebenarnya yang beratur. Makna kata kitaorang dah terlepas queue, ahh takpelah. Nak masuk cable car pun kena beratur bagai, sebelum masuk cable car kena masuk Sky Dome which is benda paling hambar aku penah masuk -.- itu cuma wayang beberapa buah kerusi yang menayangkan roller coaster, macam 3D roller coaster tapi yang ini kerusi tak gerak so tak feel sangat.

Bila dah masuk cable car aku dah macam jakun sikit sebab tak penah naik haha. Sangat cantik okay pemandangan dari cable car. Alhamdulillah I'm not afraid of height so aku relaks je, sebenarnya aku nak yang bottom glass punya cable car tapi tak dapat. Sampai dekat check point 1st angin kuat time tu, sangatlah sejuk dan sempoi. Masa dekat checkpoint tu ada ambik gambo pastu dia print, aku dengan Apau memang tak berniat nak beli sebab mahal. Lepas check point 1st kitaorang beratur lagi naik yang last checkpoint. last checkpoint memang tinggi dan lagi sejuk. Pastu aku ada nampak dorang tengah buat construction sky walk tak silap aku. Mungkin nanti next trip? Dari last checkpoint memang boleh nampak laut hutan bagai. 

Kitaorang turun cable car dalam pukul 3 kot. Turun dari cable car tu ada kedai jual cincin silver berkualiti, aku ni dahla pantang tengok pastu cepat-cepat aku pegi tengok siap test pakai lagi pastu rupanya aku sembang sensorang sebab Apau dah takde belakang aku -.- hampeh betui. Baru nak buat birthday list. Kitaorang keluar tempat cable car pastu terus ke Kuah sebab Apau ajak pegi Beras Terbakar. Kitaorang singgah makan kejap, dahla Apau reverse sampai langgo moto orang. 

Masuk Beras Terbakar kitaorang beli barang sikit, aku beli kerepek Apau beli minyak gamat. Lepas tu terus kitaorang balik chalet rehat, kitaorang keluar balik dalam 750 camtu. Niat aku malam tu aku nak pegi funfair dekat area jeti. So Apau ikutkan je, masuk je funfair tempat pertama aku tuju adalah power shot bungee, aku ingatkan bukak siang pastu tengah-tengah baca ada orang yang jaga datang dia cakap nak main kena 25token=RM50. Dan disebabkan menatang tu kena naik berdua sebab nak bagi balance so aku paksa Apau naik sekali walaupun dia menentang pada permulaan permainan. Tapi kitaorang naik second attempt sebab ada budak kecik naik memula. Memang ramailah yang tengok masa kitaorang naik. 

Masa duduk pakai seatbelt semua tu aku dah berdegup kencang, dia kata 'are you ready' je terus zap! Kitaorang melambung keatas bawah. Aku memang menjerit jelah, jerit puas sebab benda tu awesome! Apau dah maki-maki aku sebab paksa dia. Kitaorang berpusing tunggang terbalik dalam beberapa minit pastu benda tu stay kejap dakt atas. Dari atas boleh nampak night view Langkawi. Ya Allah, puas sangat. Thank you Allah bcs You've created Rusliyanah with no fear of heights. 

Habis main tu kitaorang lincah masuk pekan Kuah jenjalan cari barang, pekan Kuah malam tu ada macam downtown. Kedai makan dia agak jauh ke belakang, lepas makan apa semua balik chalet membuta. Pagi isnin tu Basha datang Langkawi so kitaorang kena amik dia dekat jeti, aku overslept malam tu sebab dedor kepala main bungee shot. Nasib Apau ketuk pintu kejutkan. Hiks. 

Dalam pukul 9 kitaorang bergegas ambik Basha, time tu kitaorang dah checkout sebab malas nak datang balik. Ambik Basha terus pegi sarap then lincah masuk Pantai Cenang sebab Basha kata best, otw ke Pantai Cenang tu memang cantiklah view dia. Sampai Pantai Cenang tu siap ada kedai berderet tepi jalan. Kitaorang tak plan pun nak main pantai tapi alang-alang dah masuk pantai pastu terserempak pulak dengan kakak watersport dia offer parasailing RM50. Memang aku kaut.

Kitaorang naik bot dari pantai untuk ke Pulau Tepung untuk naik parasailing, disebabkan aku tak pernah naik so aku kena naik dengan guide. Ingatkan baju tak basah tapi bot tu boleh pulak parking jauh dari pantai so kitaorang kena jalan ke arah bot yang dalamnya sampai lutut. Apau seperti biasa dengan makian dia. Sampai je pulau aku cepat-cepat nak buat parasailing tu sebab aku malas Q. Masa nak naik tu kena berlari, so aku lari-lari anak then tetiba aku rasa kaki aku tak jejak pantai. haha.

Bila dah ada kat atas tu rasa pening sikit sebab melayang kena tiup angin, tapi sumpah best sejuk selesa! Tapi tak sempat selfie sebab aku punya phone dalam kocek  -.- dalam 10min dekat udara kitaorang turun. Habis main tu kena tunggu lagi 2group main barulah boleh balik pantai. Sementara menunggu tu memang aku main air, main pasir bagai. Balik tu kitaorang naik banana boat free wakakaka. Disebabkan aku taknak basah so aku cepat-cepat duduk belakang Apau, so air memang kena dekat Apau jelah. puasss. Basha naik jetski sebab dia terpikat dengan abang jetski tuu. hiks.

Disebabkan baju dah basah so aku dengan Basha pegi beli seluar dengan baju then tukar then sesiap keluar Pantai Cenang ke area Kuah sebab nak shopping coklat before balik. Sampai Kuah kitaorang pegi area Haji Yismail Group (Haji Ismail Group) untuk shopping coklat. Habis shopping terus lincah pulang kereta dan naik ferry, ferry gerak pukul 500 sampai jeti Kuala Kedah pukul 6++. 

Aku pun terus drive pegi hanto Basha, sampai rumah Basha maghrib dan mak dia tengah masak dan macam biasalah 'mai makan dulu baru balik' lepas makan dalam pukul 8++ aku dengan Apau bersalaman dan pulang. First driver Apau tapi aku dah pesan siap-siap kalau ngantuk bagitahu. Aku sempat teman dia dalam beberapa jam sebelum masuk Perak lepastu aku dah lost kemana. Sedar-sedar dah sampai BTS pastu dia decide nak balik Bangi so aku drive sampai Bangi. 

Expenses aku habis dalam 500++ sebab cuti sekolah so sewa naik. aku xbanyak borong coklat punn. 

Terimakasih Langkawi sebab dan mensetelkan 2 bijik bucket list Rusliyanah. Next trip Indonesia (Jakarta) Double Traveller dan seterusnya misi melenjan Sunway.




View dalam cable car.




Dia punya power sampai tudung senget-benget.





Oh ya, masa dekat Langkawi tu aku dah rasa seram sejuk nak demam dan akhirnya balik Langkawi aku ada demam sakit tekak bagai. Adakah ini sumpahan travel aku -.- 

Gambar banyak dekat tumblr, sekian. Bye! 

Travel to create a memories, memories that never fade. Oh yes! I've created one, sweet memory with you ;) 

Comments

Popular Posts