Single

Assalamualaikum :)

Harini paling lancau (takdelah lancau sangat tapi agak lancau sikit) tapi aku nak jugak share tanda-tanda anda selesa ber gelar single. Hew. Ien bagi aku link http://www.nisakay.com/ pastu Nisa Kay ada update pasal benda ni. Memang sebijik sejebon kena dekat diri sendiri haha. So aku nak sembang jugaklah pasal menatang ni. Aku sebenarnya baru je single dari a serious relationship sebab aku tak biasa dengan orang caring terlebih -.- 

#1 Korang tak kisah melepak je kat rumah atau tak ke mana-mana bila tibanya hari minggu. Korang lagi rela duk rumah habiskan baca novel atau tengok movie kat TV daripada make calls randomly and ajak kawan keluar tengahari buta.
- Sesungguhnya! Sebab setiap kali weekend aku lebih suka lepak dekat rumah tido sepanjang hari dari melepak tak tentu hala. Sejak single memang aku banyak habiskan masa dekat rumah kalau weekend sampai housemate aku dulu-dulu cakap 'kau ni anti-social lah Yana' i was like who cares? *flip rambut*

#2 Korang sejujur-jujurnya gembira di atas hari-hari bahagia kawan-kawan korang atau orang sekeliling korang. Contohnya pertunangan, perkahwinan atau melahirkan anak.
- Alhamdulillah, ramai sahabat taulan Rusliyanah dah one step closer. Sesungguhnya masa mula-mula aku single memang aku rasa tergugat bila tengok Peah, Jemah, Bedah dengan Limah dah bertunang bernikah beranak bercerai.....krik krik. Tapi aku fikir jodoh dorang dah sampai so biarlah, aku antara kawan yang rajin datang kerja kawin orang lain untuk ambik berkat haha. Dan aku sangat gembira sampai nangih-nangih bila kawan aku kawin T_T sedih gembira sebab aku rasa aku punya kasih sayang dah terbelah dua. K. 

#3 Korang tak pulak rasa tak selesa bila korang keluar hang out dengan kawan-kawan yang berpasangan. Tak rasa awkward, tak rasa jelesnya tengok orang memanja, makan pun nak suap pakai kaki.
- HAHAHAHAHA! Memang pun, aku rasa relaks ah 'aku dulu pun camtu jugak' tapi aku sejak single ni tak pernah lah hang out dengan member yang bawak awek. Eh tapi pernah je kot, aku pun lupa -.- tapi sejujurnya aku tak berkisah pun. Lantak p lah.

#4 Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.
- Yeah, sesungguhnya aku tak berdalih pasal status dan aku secara bangganya aku isytihar aku single. Bagi aku its not the end of the world kalau kau single pun. Tapi kalau yang tanya tu tua bangka tak sedar diri memang aku cakap aku bini orang anak tiga. 

#5 Korang boleh makan kat luar, tengok movie dan… travel sorang-sorang. Hahaha.. Korang tak rasa pun korang kena cari someone nak teman ke apa.
- Hah! Yang ini memang setepek dekat hidung. Aku sejak clash dari Safwan memang pegi memana pun sorang, pegi mall pun sensorang. Aku rasa cool je makan sensorang jenjalan sensorang. Lantaklah yang couple-couple tu, aku pernah travel sorang (first experience travel dah sorang-sorang T_T) tapi aku rasa okay je cuma susah bila tak dapat ambik gambo OOTD sebab takde tukang ambik gambo -.- walaupun aku ada housemate pun aku tetap beli barang dapo sensorang haha.

#6 Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya !
- Erm yang ini aku tak paham sangat tapi point dia akan rasa pelik bila ada minah sibuk mempersoalkan ke-single-an seseorang (apa paria sangat ayat kau ni?)

#7 Walaupun single.. jadual korang padat ! Padat dengan aktiviti yang melibatkan percutian, sarapan / makan tengahari / dinner dengan kawan-kawan lama atau kawan sekerja, keluar tengok wayang dengan ahli keluarga atau kawan, seminar, kursus dan memacam lagi lah.
- Masa memula clash dari Amin aku memang nekad nak penuhkan schedule weekend aku dengan benda bermanfaat, so sekarang jadual aku weekend sangatlah padat! haha! jumaat malam aku jadi cikgu tuisyen mengajar budak 7tahun dengan budak PT3. Sabtu petang 2-5pm aku ada kelas mandarin. Ahad je aku free boleh jog pagi tu, kalau aku ada join running ahad so aku pegi running lah. Tiap bulan aku akan balik kampung, i mean sebulan sekali. Kalau balik kampung tu tak payah ceritalah, busy sampai tak tahu phone letak mana -.-

#8 Korang seakan lupa bagaimana keadaannya di dalam sesuatu perhubungan tu. Korang dah tak ingat atauuu tak ambil tahu mengenai isu seperti – Berapa banyak kali nak berbalas mesej ? Bila nak buat apa-apa atau pergi mana-mana kena tanya pasangan tak ?
- Ini adalah salah satu sebab kenapa aku clash baru-baru ni wakakaka! Sejak dah takde bf aku memang malas nak reply msg orang -.- sampaikan aku tunggu mood ada baru aku reply.

#9 Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi”
- Erm yang ini aku tak sure sebab tak ramai anonymous yang msg aku tapi kalau ada yang msg aku memang jarang layan, aku layan kalau manusia tu taip ayat penuh. Kalau yang taip wwwwww manjang memang assalamualaikum selamat tinggal aku read je tak reply.

#10 Jauh di dasar hati korang tu, korang sehabis jujur bahawasanya korang berasa gembira dan selesa di mana korang berada sekarang. Korang tak susah hati tengok kapel budak-budak sekolah duk lepak kat taman permainan depan rumah orang.
- Ye! Bila aku tengok orang couple-couple dating ni aku senyum sendiri sambil 'oh camni aku dulu wakakaka' Aku selesa single :) aku tak jealous pun tengok couple-couple ni tapi kalau aku tengok pakwe dia handsome aku just 'oh mai handsome pakwe kau' dah habis situ. 

#11 Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.
- Ye dulu aku pernah rasa tertekan (masa Ien nak kawin) sebab one of my bestfriend nak kawin kan, tapi bila aku fikir balik jodoh tu semua Allah dah atur, kalau tak jumpa dekat Dunia jumpa dekat Akhirat so start dari situ aku relakskan diri. Tapi tipulah kalau aku takde perancangan nak kawin, aku ada tapi aku tak rushing dan dalam kepala otak ni banyak lagi nak buat. So bila Ayie (BFF) cakap nak kawin tahun depan aku just relaks dan aku sangat happy untuk dia!

#12 Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.
- Yes -____________- aku rimas sebenarnya kalau manusia terlebih caring, aku jenis rebel sikit dengan manusia caring. Then aku ditakdirkan bertemu dan bercinta dengan manusia caring so memang selalu gaduhlah. Sebab tu aku suka single, aku boleh degil sendiri tanpa memperdulikan perasaan manusia lain. Senang!

#13 Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.
- Haah Bedah oi. Aku tak rasa kurang pun haa, (tapi masa tertentu ada jugak rasa kurang time tu tengah fefeeling sedih haha) sejak single aku lebih menikmati masa bersendirian, masa aku boleh buat apa je.

#14 Korang memberi sokongan moral kepada mereka yang takut untuk bersendirian, malah korang mendoakan mereka supaya menemui cahaya di jalan nan gelap dan menghargai setiap detik bergelar single.
- Hihi, yang ini adalah aku nasihatkan orang. 

#15 Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang.
- Sejujurnya aku bersyukur aku dah single sebab aku bukan jenis alim ulamak (you know what i) aku tahu kalau aku couple mesti aku tak kuat untuk melakukan dosa. Pegang tangan tu dosa tau! So aku decide takpe aku single, aku dah jauh dari Allah so aku single aku nak dekat dari Allah. Inshaa Allah. Aku tak kata yang couple tu buat dosa, ini point of view aku je :) 


Rusliyanah tahun kambing, awak tahun? *tangan kembang setaman*

Being single is not a sin and its not the end of your world :) be happy dear self.
Dulu aku selalu bergantung dekat lelaki (BF) tapi sejak aku first single lepas dengan Safwan aku jadi independent tahap mende tah, semua benda aku nak settle sendiri dan Alhamdulillah ia sangat mengajar aku. 

Comments

Popular Posts