Travelog Part 3 (Double Traveller)

Assalamualaikum!

Aku baru berkesempatan nak update pasal travel ke Jakarta 2bulan lepas which is 27/02/2015 - 01/03/2015. Yang ini double traveller sebab aku pegi dengan Kaksu. Sebenarnya aku memang ada plan nak ke Jakarta dengan niat aku nak tengok Opera Van Java live dekat studio trans Jakarta. Kena pulak Air Asia ada promo tu yang aku lincah beli, sebelum beli pun ada sinetron sebab aku salah beli tiket, aku beli tiket balik ke KL pepagi buta. Dah jadi satu kerja Kaksu marah wakakaka. 

Tapi kasi setel semua tu, aku cakap takpela last day dekat sana kita ambik hotel dekat dengan airport. Aku ambik cuti jumaat tu, then khamis punya malam aku dapat call dari AA Indonesia suruh bayo tax sebelum fly to Jakarta. So aku pegi KLIA2 aku suruh bebudak tu hanto, so aku tido jap pastu pukul 2 dorang call aku, siap kena maki sebab aku cakap aku otw padahal aku baru bangun tido hihi. AKu sampai bangi dalam 3lebih, bebudak ni suruh ambik dekat blok belakang, dahla takde lampu jalan dekat belakang tu. Aku dah seram seriau tunggu sana, bebudak ni pulak lembab kemain bersiap. Aku dah fikir bebudak ni mesti nak pedajai aku, aku parking betul-betul dekat dengan pintu blok. Aku dah nak mesej Syahmi bagi amaran awal-awal jangan pedajai aku, tengah aku berjaga-jaga tengok kiri kanan sekali bebudak ni datang dari depan.

Terkejut aku -.- dorang masuk je kereta dah gelak-gelak, Syahmi cakap disebabkan phone Spoket tak boleh play bunyi hantu tu pasal dorang tak pedajai aku. Aku agak dah, memang jilaka bebudak ni. SO kitaorang lepak mapley jap sebab bebudak ni lapo, yang join hanto aku Syahmi, Amin, Spoket dengan Golok. 

Sampai KLIA dalam pukul 5lebih ke pukul 6. AKu lupa, masa tu Kaksu otw. Bebudak ni drop aku pastu blah, aku tinggal kereta dekat bebudak ni. Kaksu sampai je kitaorang terus check in, dahla aku punya face wash body shop kena shikerp sebab tak lepas masa imegresen, aku nak check in benda tu dah lambat so aku biar je. Disebabkan benda tu aku jadi lupa nak bayo airport tax Indonesia, sampai dekat kaunter last sebelum boarding aku tanyala boleh bayo tax ke tak. Dorang cakap boleh so aku bayo jela, aku ingat dah setel sebab dia cakap nanti dia emel resit. 

Sampai je Jakarta aku dengan Kaksu cari bas ke Tanah Abang sebab Kaksu dah book hotel dekat sana. Kitaorang memang plan nak lepak Tanah Abang. Masa tengah tunggu bas tu ada budak Malaysia yang tengah tunggu bas pegi train sebab dia nak ke Bandung. Sampai Tanah Abang tengahari, kitaorang check in pastu sesiap pegi lunch dekat Tanah Abang beli kain apa semua. Takdela beli kain pun, just survey je. Disebabkan Kaksu jenis suka kain aku pun jadi terikut. Sehari tu kitaorang survey makan jalan je, petang balik hotel mandi solat apa semua malam tu pegi makan tepi jalan. Balik tido apa semua, paginya bersiap hijabista pegi mall Tanah Abang beli kain yang dah di survey. Lama gak ah kat situ, lepas makan apa semua kitaorang check out then pegi Thamrin City Mall ingat nak beli souvenir tapi tak banyak ada. Oh ya, lupa nak sembang pasal tax.

Aku dah 2hari dekat Jakarta still tak dapat email pasal tax, aku dahla takde cash malaysia, AA Indonesia dah email suruh bayo tax. Lepas beli souvenir apa semua kitaorang blah ke bandara pastu tunggu sana sebab nanti shuttle hotel akan datang ambik kitaorang. Memang tak sempat nak pegi Monas ke Masjid ke. Tapi kitaorang berterima kasih dekat pak bajaj sebab bagi one shoot challenge, otw nak ke stesen train kitaorang lalu Monas so kitaorang suruh dia drop tepi jalan jap nak ambik gambo. Sampai dekat hotel kedua aku dah risau sebab tax tak settle lagi, aku dah habis duit malaysia dengan duit indonesia. Kaksu kira-kira dia lepas bayo tax, aku je tak lepas pastu aku mintak tolong Neyra, dia tolong la apa yang patut (memaki AA, post kat fb AA dan call kawan dia yang kerja AA) aku dengan Kaksu dah 'berzikir' dalam bilik.

At last Kaksu bagi pinjam duit dia then tukar ke rupiah untuk bayo tax, memang disaster gila wey -.- tapi takpela dah selamat balik. Esoknya pepagi kitaorang sesiap then checkout, tak sempat nak breakfast. Sampai bandara awai pulak tu, kitaorang bayo tax then tunggu kat dalam pastu tambah risau lagi sebab bagpack padat gila, so kitaorang takut overweight. Dahla memasing takde duit nak check in bag, so kitaorang pegi kaunter Malindo dan mintak nak timbang bag, selamat dua-dua bag tak sampai 8kilo. Dah boarding semua flight delay kejap sebab hujan lebat.

Sepanjang perjalanan balik tu cuaca tak ok, banyak kali gak ah gegar kapal terbang. Masa otw tu ada orang whatsapp aku bagitahu nanti dah sampai KLIA2 call dia untuk ambik balik duit aku. Okay rupanya dia orang yang ambik duit aku, aku dah berkobar semangat nak maki AA sampai je dekat KLIA2. Sekali dia dah whatsapp so aku okay je, sampai KLIA2 aku pegi toilet jap (masalah dunia) Kaksu yang tunggu orang tu, aku sampai je dekat Kaksu, dia dah dapat balik duit kitaorang. Dan orang tu tak mintak maaf pun, jilakaaaaaaaaa. Muka tak bersalah Kaksu cakap, aku dah takpela (walaupun hati membara) kitaorang lepak kedai kopi kawan Kaksu (kawan Kaksu is everywhere) dapat air choc fweeeeeee. Aku roger bebudak ni suruh ambik, Syahmi tak boleh ambik aku so Odok yang ambik. Aku dahla ngantuk pastu petang tu supposedly aku ada kelas tapi lec pulak sakit so yareba! boleh bantai tido.

Bebudak ni lambat sikit sebab tunggu memasing siap -.- Odok sampai je aku blah, Kaksu tunggu kawan dia. Kitaorang pegi makan nasi ayam penyet sek 4, yang join Odok, Yun dengan Golok. Habis makan lepak aku hanto bebudak ni balik kolej then bagi souvenir, aku bagi souvenir pada yang menolong je. wakakakaka. Aku sampai rumah pengsan, bapak penat. Esoknya kerja pulak. Oh yang pasal misi OVJ tu tak jadi sebab aku dah email production sana dorang dah tak tayang so tak jadi pegi sana T_T so overall expenses aku dekat 4rat. Aku punya expenses list tertinggal kat rumah, nanti aku update lagi eh.




Saya dan Sosro ahlinya Teh!


Masa ni nak ke Thamrin City.


Yakult 1.


Yakult 2.






Satay.


Ketoprak. Rindunyaaaa T_T


Thank you *muah ciked!


Next Bandung! wiwiwiwiwi. Solo traveller. Bye!

Comments

Popular Posts