Travelog Part 4 (Redang with Le Senior)

Assalamualaikum!

Last weekend aku pegi Redang wey! 05/06/15-08/06/15. Sebenarnya tak ada niat nak pegi pun sebab aku tak cukup budget. Ejat dah ajak aku lama dah tapi memula aku taknak pastu hari Khamis sebelum pegi tu aku gatal tangan pegi google gambo Redang, cantik gila air diaaaaaa. Jernih! So aku pun tersipu-sipu bagi tahu Ejat aku nak pegi, memula dia cakap tak confirm sebab kena deal balik dengan orang resort. So aku tak mengharap sangat, then hari Jumaat tu Ejat cakap boleh join. Aku pun gelabah nak hidupkan roadtax sebab roadtax aku mati 31/05/15 -_- 

Nak hidupkan roadtax tu pun panjang jugak perjalanan, Jumaat tu waktu lunch aku pegi pejabat pos tapi tak boleh sebab dia nak geran asal, pastu aku decide nak pegi JPJ PJ. Aku ambik time off 330 pastu aku pegi JPJ PJ, dekat je sebenarnya. Tapi malangnya JPJ tu still old skol so dia takde kiosk nak hidupkan roadtax, kena guna kaunter jugak. Kalau guna kaunter kena geran asal jugak so aku pun blah. Orang tu cakap boleh buat dekat JPJ Padang Jawa Shah Alam, aku dah pikir 2 3 kali nak pegi sana. Aku dah pikir nak redah je bawak Senah takde roadtax pegi Terengganu tapi bila pikir takut jadi accident ke apa karang lagi susah. 

Masa aku nak balik dari JPJ tu pak guard panggil aku, dia kata dia boleh tolong tapi kena bagi bunga-bunga sikit. Aku tak pikir panjang aku bagi la dia buat, tak sampai 20min setel! Aku balik office setelkan kerja apa semua pastu balik rumah. Aku dah la tak packing lagi masa tu. Balik aku packing semua pastu mandi pastu rehat kejap. Bebudak ni cakap nak gerak pukul 11 so aku fikir nak ambik Ejat pukul 10, sekali Hawa baru balik kerja pukul 10 so aku gerak la pukul 11 pegi rumah Ejat dan kitaorang plan nak kumpul dekat Gombak. Sekali kereta aku dengan Hawa je yang kumpul dekat Gombak, kereta Nik dah lepas ke depan.

Dari Gombak ke Bukit Besi Ejat drive, aku ada drive kejap Iriz Nik. Ok la. takde la best sangat HAHAHA! Lepas aku drive Iriz aku naik balik Senah. Aku dah lost ngantuk apa semua so aku bantai tido, Ejat drive sorang-sorang. Pastu dia dah tak boleh nak kejar Hawa. Hawa kemain laju ke depan, -.- Ejat stop dekat Bukit Besi pastu tido jap. Lepas tu aku drive pegi Ajil sebab bebudak tu semua dekat Ajil. Dekat Ajil dorang solat semua, lepas setel barulah gerak masuk Terengganu. Pepagi masuk Terengganu rasa tenang gilaaaaaaa.

Kitaorang sampai jeti dalam pukul 8 kot, park kereta apa semua then masuk feri. Aku dahla lapo tahap apa masa tu, 


Inilah geng pegi Redang! Sebenarnya aku bukan line up asal, sebab line up asal geng Jaksa/Senior. Aku gantikan orang je hihi.


Redang! Turun je pulau aku impress tahap apa tah bila tengok air dia. Jernih gilaaaaaaaa. Kitaorang tunggu Kubota untuk ambik kitaorang pegi ke resort. Sampai je resort check in makan sesiap untuk snorkelling. Aktiviti dekat sana memang snorkelling je sebab aku tengok resort semua macam tu, maybe sebab coral banyak so dorang taknak buat water sport. Aku dah la tak pernah snorkelling dan tak pandai berenang, dorang tak bagi explanation ke apa terus bawak kitaorang pegi snorkelling sport. Aku dah terkapai-kapai masa tu, memang aku tak snorkelling sangat pun.

Lepas sejam snorkelling kitaorang balik ke resort minum petang, lepas minum petang tu aku ambik life jacket pegi main dekat area pantai. 


Feeling dugong! HAHAHA. masa ni aku dah confident nak snorkelling lagi. Lama jugakla kitaorang main air pastu kitaorang naik mandi apa semua then makan malam. Dorang takde aktiviti malam so malam tu kitaorang just jalan keliling pantai tu tengok resort lain. Rasa macam dengan overseas pun ada sebab semua resort dekat situ jual arak dan ada live band ada karaoke siap ada disco kecik. Kitaorang just jalan-jalan je sembang apa semua pastu lepak tepi kolam dekat resort kitaorang.

Pagi esoknya bersiap nak pegi snorkelling, kali ni snorkelling dekat Marine Park. Dekat situ tak best sangat sebab ramai orang so kau snorkelling berlanggar. Masa tu Ejat punya life jacket ada masalah so dorang tak snorkelling sangat. Aku je gigih pegi snorkelling jauh-jauh. Pandai jugaklah aku berenang gaya anak anjing HAHA. Lepas snorkelling tu kena beratur naik bot pulak, masa beratur tu ada auntie offer kacang so aku ambik jela. Since aku tengah lapo. Sampai je resort kitaorang makan pastu lepak bilik jap, bebudak laki lepak dekat kolam je. Aku dah bantai tido, masa tu pulak perut aku sakit (masalah wanita) so aku tak ikut bebudak ni pegi snorkelling yang last. Dorang cakap best T___T sedih! Aku terbangun pun sebab Ejat kejut aku. Aku bersiap apa semua pegi turun minum petang.

Lepas minum petang aku main air dekat pantai, dorang cakap ada jumpa penyu. Aku nk pegi tengok tapi time tu ombak kuat, aku berenang macam tak gerak kemana. Masa tu ada tragedi google hilang, google Ejat hilang! maybe terjatuh then orang resort tu kutip. Kitaorang nak ganti tapi dia suruh bayo 100, hantu betui. Pastu kitaorang decide nak tong-tong. Malam tu BBQ tapi BBQ tak rupa BBQ sebab dorang yang buat BBQ tu so takde feel sangat, lepas makan lepak sembang kisah lama. Kisah cinta aku dengan Ejat pun terbukak sekali -____- tapi cerita Syahmi lagi tragis. Sedih. 

Lepas sembang apa semua balik tido, esoknya pepagi gerak keluar pulau. Dahla kitaorang lambat, semua tunggu. Malu aku. Google yang hilang tu dorang rembat google sape tah dekat tangki air pastu pulang camtu je. Hantu betui bebudak ni. 

Masa dekat feri memang aku bantai tido jela. Sampai jeti kitaorang cari makan cari bank pastu pegi shopping dekat Pasar Payang. Lepas shopping baru gerak balik. Dorang singgah beli keropok tapi aku malas nak beli keropok basah, kitaorang sampai Gombak dalam petang. Dahla Gombak jam -.- sampai Kelana Jaya dalam pukul 8 pastu dorang lepak Kedai Sebelah makan apa semua, aku hantar Ejat then balik. Penat! dahla aku kerja Selasa, bebudak ni semua cuti sampai Selasa. Sakit hati. 

Overall okla, kitaorang merungut bab makan since hari 1st sampai last day. Oh lupa cerita pasal resort takde air -.- masa 1st day lepas snorkelling aku nak mandi then aku masuk bilik sekali air takde, air kecik secoet. Tapi bilik bebudak laki sebelah ada air, cumanya memula air tu keluar air karat then ok. Air dia pun xok sangat sebab aku syak dia filter air laut, so agak melekit. Punyalah lama tunggu brader datang nak tengok-tengok, aku dah tak selesa. Dorang offer mandi dekat bilik dorang, last-last semua mandi bilik dorang. Esoknya pulak bilik dorang takde air, so dorang mandi bilik kitaorng.

Sedih betul resort camtu, pantai ok tapi resort jela. Aku tak sure resort lain macam tu jugak ke. Tapi aku tengok resort kitaorang macam paling murah antara resort dekat situ. 

So lepas ni bebudak ni nak pegi Kundasang pulak, macam biasa aku pun diajak sekali. Since aku selesa dengan dorang HAHA.

Comments

Popular Posts