Ada apa dengan UKM

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menaip. hewhew. Btw Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali. Mintak ampun salah silap aku ye. Thanks!

Nak sembang pasal kenangan pahit manis sedih duka masa dekat UKM (puncanya UKMtwt suruh kongsikan pengalaman, disebabkan pengalaman aku banyak so aku post dekat blog jugak). 



1) First, second, final year. Insan bernama Rusliyanah bt Mohd Yasir tak pernah terlepas dari terkena sambutan birthday dari geng-geng. First year paling kaw kena dengan Ting Tang, hilang ingatan kejap sebab dorang shoot guna apa tah. Second year kena 2kali, hantu betui bebudak Permaj. Third year kena dengan budak kelas, tajuk album 'senjata makan tuan' sebab aku plan nak prank budak kelas yang sama bulan dengan bancuhan sirap. Sekali aku pun kena. sigh.
2) Pegi kelas tak mandi (kadang-kadang) bukan sebab takde air tapi sebab malas, pernah sekali kelas pagi aku dah masuk shower room. Pastu aku keluar balik gosok gigi cuci muka then bersiap pegi kelas. Kaksu cakap kalau nak detect aku tak mandi pagi mesti aku kat kelas bad mood sikit. Leulz.
3) Setiap study week, berjemaah satu batch dekat PTSL. Masa tu memang rasa territory FTSM 2010/2013. Memang rasa ukhuwah fillah abadan abada.
4) Masa first year, kenal blood brother Ting Tang. Setiap kali nak makan mesti roger memasing dan tunggu memasing sampai kafe kolej baru makan. Kalau dinner dekat kafe siap tarik meja, Abang Din tengok berbulu je kitaorang buat kafe tu macam mamak. Kalau makan tak sah tangan tak bersilang (tajuk album 'makanan aku, makanan kau dan makanan mereka. Mintak sikitttt')
5) Stay up dekat Pusanika sebab projek berjuta, aku siap nangis-nangis masa buat projek elektronik. Hantu la board tak nak keluar nombor, rasa nak maki Nasir je masa tu. Paling sakit hati masa projek robot lego, malam tu memang stay up sampai pukul 7. Presentation pukul 10, robot memang dah smooth habis lepas tu Apau boleh hentak pulak robot tu sebab salah direction. Paginya present terus hilang ingatan robot tu. Lecturer geleng kepala je.
6) Aku ni jenis sleeping partner jugaklah bagi Kaksu, pernah dulu masa satu group dengan dia. Aku janji nak print contoh soalan sekali aku lupa sampai sekarang kena nganjing dengan dorang. Hantu.
7) Senah mati tak hidup sebab takde minyak. 3kali mati, paling epik mati deakt KIY. Balik dari kelas tu aku dah perasan minyak tinggal sikit so aku fikir sempat sampai kolej. Aku ambik jalan paling safe iaitu naik KIZ masuk KIY turun FST. Masa tu nak hujan dah, sekali naik je KIY Senah tersengguk dan aku semapt park cantik punya. Time hujan lebat, kereta takde payung. Aku redah balik kolej jalan kaki. Mati dekat depan Puri Pujangga pernah, dekat KBH pun pernah.
8) Makan durian dan berbuka puasa bersama budak kelas di Pusanika, kitaorang ni jenis semua takde kereta so tak boleh nak melepak dekat luar so atas dasar ukhuwah fillah abadan abada yang kuat kitaorang decide melepak deakt stage Pusanika. Sweet memory woi.
9) Kejar bas -.- selalunya bas yang turun dari FUU memang aku akan kejar, sebab itu bas fav. LOL.
10) Setinggan, biasanya Basha yang selalu setinggan bilik kitaorang sebabnya aku yang paksa.
11) Sembang masa depan dekat toilet. Dekat toilet masa mandi tula nak tanya nak makan mana, kau kelas pukul berapa. 
12) Selfie dengan hantu wakakakaka. Masa KAB buat event, bebudak Ting Tang jadi hantu. Pastu aku dengan Noni masuk, memang tak takut apalah sebab dah kenal bunyi suara memasing macam mana. Siap Mok cakap 'aku ni jadi hantu tak dihargai betul, siap dorang selfie dengan aku'. Kitaorang selalu support each other bila salah sorang jadi leader. Masa aku dengan Syahmi masuk SUKEM, Yus masa tu Jaksa Sukan. Air kitaorang special sikit sebab ada 100plus, yang lain semua pakat air mineral Bleu. 
13) Bercinta dengan senior. wakakaka!
14) Takde duit tahap kritikal masa 3rd year pastu jiran sebelah bagi pinjam duit selit bawah pintu, ex bf bagi duit dalam polistren makanan, member ajak teman cucuk duit pastu bagi duit sekali. :') terimakasih.
15) Ukhuwah fillah dengan budak fac, aku ingat lagi masa praktikal bersepah budak FTSM dekat timeline. Peak hour pepagi la, pastu bila sorang buat perangai contoh Azzah punya profile picture pakai spech hitam madah semua tukar profile picture spec hitam. lagi satu contoh bila Basha tukar twtihandle dia B kitaorang ikut tukar A C D Z X. Sebagai habuan, Basha belanja nasi lemak ayam Fariz Maju.
16) Bilik kitaorang port lepak, aku dengan Ien tak pernah kunci pintu sebab masa kitaorang duduk satu floor first year bebudak ni main bukak je pintu menjengah. 


Yang aku ingat setakat tu le, kenangan masa matrik banyak jugaklah. Tapi sebab duduk sana setahun je so takde la sebanyak UKM. Antaranya:

1) Kitaorang satu bilik 4 orang pegi usha kerusi lecturer dekat bilik tutoran, lepas maghrib kitaorang pegi rembat kerusi tu. Bayangkan bilik tutoran sebelah masjid yang masa tu tengah ngaji kitaorang menyetan pegi curi kerusi, jauh jugak ah nak tolak kerusi beroda tu. Mazura satu malam tak tegur kitaorang sebab dia kan ketua blok so dia takut kantoi. Last-last dia jugak duduk dekat kerusi tu. 
2) Renovate bilik.
3) Join segala macam event yang diadakan bersama.
4) Support semua event dengan membeli baju event tersebut.
5) Support each other punya event. 
6) Makan bersama ukhuwah fillah abadan abada.
7) Main bola tampar depan bilik, memekak gila.


Hidup masa zaman belajar ni kalau asyik hadap buku assignment projek memang mati sekor-sekor la kau. Kau kena nikmati, tapi nikmati dengan baik. Jangan main redah je. Banyak benda aku belajar masa zaman study, aku kenal siapa kawan siapa lawan siapa babi bertopengkan manusia. Alhamdulillah korang mengajar aku, Thanks! 

Untuk adik adik yang nak masuk U tu, nikmatilah perjalanan hidup kau. Orang pertama yang kau jumpa and sembang selesa dengan kau itulah blood brother kau. #TipsMasukU jangan buat taik dengan member, member tu jela manusia yang paling dekat dengan kau. 

Comments

Popular Posts