Blood Brother

Assalamualaikum lagi!

Kali ni sembang pasal blood brother. Blood brother = Ting Tang. Yang aku ingat Yus cakap aku yang petik jenama Ting Tang ni, padahal seingat aku masa tu tengah kecoh pasal video Ting Tang Alexander tu yang melekat sampai sekarang. 



Terus terang aku selesa tahap selesa sangat dengan bebudak ni, antara bebudak perempuan dalam geng Ting Tang aku adalah entiti paling rapat dengan dorang. Kalau macam kitaorang plan something macam pegi Chamang bebudak ni akan tanya aku dulu pastu suruh aku tanyakan budak perempuan lain. Kalau melepak memang muka aku je dengan dorang. Baru-baru ni aku melepak dengan Odok, Mok, Syahmi dan Amin. Kitaorang lepak kedai Golok, since aku macam jauh pulak nak pegi Bangi. Ayat yang paling jilaka keluar dari mulut Odok, masa tu aku kena bahan paling kaw punya sampaikan Syahmi gelak sampai nak muntah. "Kau nak kawan dengan siapa lagi we? Kau nak tak nak kena terima kitaorang jugak, kitaorang je ada untuk kau. Kau takde sesiapa" - Odok. Hantu betui.



Rasa macam forever alone pulak wakakaka. Serious talk aku cakap dorang ni perangai memang setan bertanduk lapan belas, kalau bab pedajai member memang win sekali. Hari tu dorang pedajai Ijat, tak pasal budak tu pegi jilat sabun. Hari tu aku nyaris kena pedajai bunyi pontianak masa aku tengah tunggu bebudak ni bersiap. Kalau sorang hilang tak kelihatan seharian, penuh whatsapp group dorang iklan "mencari rakan yang hilang" aku tak pernah kena sebab aku takde dalam group. 

Jujur aku katakan aku sayang bebudak ni, sekor-sekor aku sayang. Even memasing dah habis belajar and ada haluan sendiri still semua balik Bangi. Mok yang kerja Segamat tiap weekend datang Bangi, Odok yang gila kerja every weekend pun sempat lagi melepak. Ijat yang duduk Kedah pun rajin mai Bangi.

Kitaorang sekarang selalu lepak kedai Golok, sebab boleh lepak sekali dengan Golok and Puchong macam tengah-tengah antara Bangi, PJ dengan Shah Alam. Lepas aku clash dengan Amin and Mok clash dengan Nana, aku start lepak balik dengan dorang. Aku pernah hilang dorang masa aku couple dengan someone (salah aku). Aku taknak hilang dorang lagi. 

Dorang ni perangai je setan tapi bila member mintak tolong memang rajin tolong, masa kereta aku rosak. Aku kena datang service center Shah Alam sebab nak sign agreement. Since masa tu kerja so aku mintak tolong Syahmi dengan Amin hantar aku pegi sana. Dorang pun pernah hantar aku pegi KLIA kalau aku travel, yang aku boleh nampak bebudak ni eratnya lain macam. Aku tak dapat bayang cemana kalau dorang kawin nanti, harap bertabah ye.

Semua benda nak bersama, sampaikan awek dorang kena blend in dengan kitaorang.
Aku akui memang aku rajin join dorang lepak sampai pagi buta, even dorang setan pun. Tiap kali aku nak balik mesti dorang pesan "hati-hati we" "dah sampai mesej" sweet tak? Dorang ni kalau menyembang lepas tu dapat point bahan memang 2tahun le kena bahan. Hantu betui. 

Aku dapat nama Jawe ni datang dari dorang le. Mok start dulu, dan Mok dapat nama Mok pun dari aku. Since 1st year sampailah sekarang and still counting. Inshaa Allah.

Dorang ni jarang anggap aku as a perempuan, selamba je tukar baju depan aku -.- sampaikan keluar ayat "ala Jawe je pun" - Yus

Dear Ting Tang,
Aku sayang korang, sayang sampai mati. Aku doakan korang sentiasa bahagia k. Mungkin aku tak rasa sangat blood brother korang tapi aku still sayang korang. Tolong jangan setan sangat dan tolong terima pilihan hati aku k. Bye!

Comments

Popular Posts