Travelog Part 5 (Jakarta - Bandung)

Assalamualaikum semua.

So straight to the point. Last month aku menjelajah ke Jakarta - Bandung. Flight pegi Khamis 7:00 pagi dan balik Ahad 8:25 malam dan seharusnya Air Asia hewhew. Aku saje pilih flight malam sebab taknak rushing sebab aku travel Jakarta ke Bandung. Oh aku ambik flight pegi balik dari Jakarta sebab kalau straight Bandung mahai. 


Day 1 (Khamis 22/10/2015)

- Aku drive ke Putrajaya Sentral seawal pukul 3 sebabnya aku nak kejar train ERL first. Sampai dekat Putrajaya Sentral dalam 4lebih, since aku tak pernah ke sana so aku main park je and redah jalan kaki  ke ERL station, turun naik tangga jugak ah. Tiket pegi ke KLIA2 RM6 per person pastu parking lebih kurang RM4 sehari. Last station KLIA Transit ni sampai KLIA. Sampai KLIA2 sebelum pukul 6, lepak kejap tengok orang lalu-lalang pastu solat then masuk. Nasib baik gate kali ni depan mata so takdelah menapak jauh benor. 
- Sampai Soekarno Hatta International Airport Jakarta dalam pukul 8++ (waktu Indonesia). Aku keluar pastu cari bas sebab member aku cakap elok naik bas je sebab kalau naik train kau kena naik teksi/bas dari airport untuk ke stesen tren. Keluar je dari airport tu bersepah kaunter bas, aku usha Primajasa tapi agak mahal sebab hotel yang aku book tu jauh dari stesen bas so dorang suggest naik van which is harga 155k per person (kalau tak silap). Aku usha kaunter lain pulak, aku naik van Trans City 120k per person, dia turun Trans Studio Mall so lebih dekat dengan hotel. Takdelah dekat sangat pun, blergh. 
- Berapa jam tah baru sampai Bandung, yang aku pasti aku sampai Bandung dah Zohor. Sampai Bandung je aku terus cari simcard, aku guna Indosat pulak sebab XL kat sana takde coverage internet sangat. Oh, van tu turun dekat mall so kena keluar mall untuk cari simcard sebab aku tak jumpa simcard dalam mall. Trans Studio Mall tu macam TS kalau dekat Malaysia. 
- Lepas settle beli simcard aku tanyalah orang simcard tu cemana nak pegi Zodiak Asia Africa Hotel (recommened), dia kata dekat dengan Alun-Alun Bandung. So boleh naik bis/busway turun Alun-Alun Bandung and jalan kaki sikit dah jumpa hotel. Disebabkan aku malas so aku naik teksi ke sana sebab aku malas nak jalan HAHA. Tapi menyesal sebab dekat gila dengan Alun-Alun Bandung. 
- Sampai hotel check in lepak sampai malam sebab masa tu pun dah petang nak ke malam. I mean Maghrib. Malam tu keluar cari makan keliling, aku pegi Pasar Baru tapi dah tutup then aku tanya-tanya orang rupanya dia bukak sampai petang je. Aku berjalan tah kemana-mana then terjumpa Nasi Ayam Penyet Surabaya, ramai manusia -.- aku makan dekat situ je. Pergh, pedas gila sambal dia. Sakit perut aku. Lepas makan aku pusing-pusing sana. 
- Pusing - pusing sekali jumpa Alun-Alun Bandung, tempat ni macam Putrajaya kalau dekat Malaysia sebab depan dia ada Masjid. Masjid Raya tak silap aku, pastu depan masjid tu ada rumput buatan. Ramai lepak baring situ, aku pun tak ketinggalan lepak situ kejap sebelum balik hotel. 

Day 2 (Jumaat 23/10/2015)
- Sebelum aku gerak ke Indonesia aku dah deal baik punya dengan supir nak ke Tangkuban Perahu/Kawah Putih. Since takde public transport ke sana macam masa kat Medan - Danau Toba so terpaksa ambik supir sebab member pun dah cakap kena guna supir. Rate supir memang tak beza mana pun sebab sebelum aku ambik yang ini aku ada google dan tanya member yang pernah pegi. Rate ke Kawah Putih 440k dan ke Tangkuban Perahu 420k. Aku ambik Hayuka Transportation. Supir dia nama Faiz, Ya Allah sangatlah baik dan penyabar sebab dekat sana jalan dia lagi sesak dari dekat Malaysia. 
- Dalam pukul 9 dia datang ambik dekat hotel, FYI Tangkuban Perahu dan Kawah Putih tak boleh pegi sehari sebab tempat dia hujung ke hujung. So kena 2hari, tapi aku decide pegi satu tempat je since duit pun tak ramai. Disebabkan banyak review aku baca Tangkuban Perahu dan mainstream so aku ambik Kawah Putih. 
- Perjalanan dalam 2,3 jam je. Bila dah masuk kampung area Kawah Putih tu kau dah rasa angin sejuk dia even masa tu pukul 11-12 pagi. Kawah Putih tu dia ada basement dia, basement dia tu untuk parking. Aku nasihatkan kalau kau dengan supir better kau suruh supir kau stay bawah dan kau naik Ontang-Anting which is public transportation yang akan bawak orang dari basement ke Kawah Putih. Sila baca di sini http://www.kawah-putih.com/2013/05/tiket-masuk-kawah-putih.html untuk makluman lanjut. Aku tak buat macam tu since supir baik sangat so aku ikutkan jela walaupun meratapi duit beratus ribu habis T_T
- Sampai dekat terus #maskon sebabnya dari tempat parking tu kau dah bau sulfur, tapi sejukkkkkkkk. Aku syak lagi sejuk dari Cameron..kot. Even masa tu tengah tengahari rembang tapi aku rasa sejuk dan selesa. Pakai mask pun still bau, aku punya gambar semua tak nampak senyuman sebab pakai mask -.- dekat situ ada amaran tak boleh lama-lama sebab sulfur kan berbahaya. 
- Dalam 20min aku dekat situ, lepas syok ambik gambar semua aku chow. Then supir tanya nak ke mana? Oh lupa, masa dekat basement tu entrance fees tu sekali dengan air free. Air free tu teh manis/jus mango/jus strawberi. Kau boleh pilih nak minum sebelum naik or selepas naik, aku decide lepas naik aku nak minum. Turun tu je aku minum dengan supir, tapi masa tu yang ada cuma jus strawberi je. Mak aih jus dia memang fresh, dia blend strawberi tu siap dengan dedaunan -.- tapi sedap. Rasa fresh sangat, masa tengah minum tu dorang serve semacam otak-otak, sedaplah rasa dia. Aku lupa nama dia apa. HAHA.
- Masa otw nak ke Kawah Putih tu bersepah rumah-rumah orang tanam strawberi dalam pasu dalam baldi, dan semua hidup mekar. Supir aku tanya nak petik strawberi tak. Aku pun apa lagi, memang nak la. Aku petik dapat 200g++ murahlah bagi aku dan strawberi dia manis-manis even dorang tanam dalam baldi je depan rumah. 
- Turun dari Kawah Putih aku decide nak shopping, Faiz bawak a few places untuk shopping tapi semua aku tak berkenan sebab mahal sangat. Aku tak pegi pun Toko Jeans ke apa-apa mall yang ada. Disebabkan housemate aku suruh belikan brownies Kartika Sari so Faiz pun bawaklah aku ke sana. My God Kartika Sari tu siap ada mall dia sendiri yang jual brownies/kek/coklat/gula-gula. Kalau dekat Malaysia tu macam Haji Ismail Group la, harga baya-baya Malaysia jugaklah. 
- Balik dari seharian berjalan aku terus balik hotel rehat dan tidoq. Tapi sebelum tido tu aku singgah mart depan hotel since aku tak keluar makan. 

Day 3 (Sabtu 24/10/2015)
- Hari di mana aku kena balik ke Jakarta since aku punya flight dari Jakarta. Rasa nak demam sebab naik turun train. Aku decide nak try naik train ke Jakarta since masa aku pegi ke Bandung tu aku naik van, lamanya mintak ampun deh. Pagi tu aku keluar hotel terus ke money changer, aku tanya Faiz dia cakap Global Money Changer okay sikit. Tapi aku tengok tukar duit dekat Indonesia takdelah murah sangat. 10k sana dia jual RM3.25 tapi Faiz cakap Global Money Changer tu antara yang murah kalau nak tukar duit. Dari hotel aku nak ke stesen keretapi aku jalan kaki sebab aku tanya hotel dia suruh naik teksi. Then masa aku keluar hotel ada supir hotel tu dia cakap jalan kaki je sebab dekat, dia siap tunjuk jalan lagi.
- Masa jalan kaki ke stesen tu aku lalu depan Pasar Baru Trade Centre, dia bukak siang je maghrib dah tutup. Mall tu macam Tanah Abang tapinya Tanah Abang lama punya mall, ini baru sikit. Aku beli lah tshirt dekat situ. Then aku jalan je ke arah stesen, sebenarnya aku tak tahu sangat tapi aku tanya je local situ sampailah aku jumpa stesen tu. Stesen tu betul-betul sebelah jalan. Sampai je terus aku beli tiket. Tunggu dalam berpuluh minit train aku sampai. Dah le koc aku jauh, memang kena menapak ke belakang -.- Keadaan stesen tu memang old fashion la, klasik sangat. Aku tak sure sama tak dengan Malaysia, maybe sama kot dengan stesen KL (aku tak pernah sampai ke sana). 
- Perjalanan makan masa 3jam, tapi better la sebab takde jem. Sepanjang perjalanan ada sawah perkampungan kebun. Sampai Jakarta dah tengahari. Kesalahan aku masa tu ialan aku tak naik train ke hotel sebab aku kan stop dekat Gambir. Aku duduk Hotel California (not recommended) so aku google dia dekat dengan stesen Mangga Besar tapi aku naik teksi ke sana. Sebab aku tanya polis situ dia suruh naik teksi blergh. Kalau korang nak duduk hotel tu dari Gambir kau turun then naik train ke Mangga Besar, dari Mangga Besar tu kau keluar stesen kau jalan kaki lintas jalan raya jalan depan sikit dah jumpa hotel tu. 
- Sampai je hotel terus letak barang then terus ke Mangga Dua Square which is yang famous di sana (rolling eyes) sebab tak kena langsung dengan selera aku HAHA. Masa aku datang dengan Kaksu kitaorang stay Tanah Abang so kali ni aku try Mangga Dua sebab dorang kata best. Rupanya takdelah best sangat, perjalanan nak ke mall tu aku naik bajaj sebab jauh jalan kaki. Area situ ada beberapa mall dan bagi aku mall macam tu bersepah kat Malaysia. Aku setakat cuci mata and merasa aircond je hewhew. Lepas habis pusing-pusing sana aku google dekat sana ada Chinatown tapi bila aku tanya local sorang pun tak tahu. Then kerja gila aku buat adalah dari Mangga Dua Square tu aku jalan kaki ke hotel dengan berpandukan google maps. Sampai hotel memang pengsan.
- Sampai hotel dah gelap, so aku tapau dan makan dekat hotel dan tidoq.

Day 4 (25/10/2015)
- Last day, pepagi buta lepas breakfast terus aku naik train ke Tanah Abang sebab niat di hati nak beli kain nak jual sekali tetiba aku blank tak tahu nak beli apa. HAHA. Aku ke Tanah Abang naik train sebab ada train straight ke Tanah Abang dan sangatlah murah which is 12k, 10k tu kau boleh dapat balik sebab itu deposit kad so kau punya kos cuma 2k je. Cumanya agak confused dari stesen tu nak ke mall Tanah Abang. Tapi bila aku fikir balik senang je, keluar dari stesen terus ke kanan straight, kalau tak paham sila tanya local. Hewhew. 
- Sampai Tanah Abang terus memulakan pencarian cari kain, tapi sekejap jela. Lepas tu aku naik bajaj ke Monas (again....) sampai Monas time tu Indonesia ada buat full marathon, ada 42km je. Aku respect betul sebab yang join budak kecik pun ada. Aku tak larat dah kalau camtu, disebabkan bajaj berhenti jauh dari Monas so kena jalan jauh sikit (ayat pariapa) dekat dataran tu ada dua separate tempat so kalau kau nak ke Monas kau kena ke tempat lagi satu untuk lalu terowong bawah tanah. Aku tak paham kenapa seni bina dia macam tu, aku keliling Monas tu kot nak cari pagar masuk. Bila masuk kat checkpoint bawah tanah tu sekali tiket nak ke puncak habis so tinggal tiket ke cawan. So aku beli jela tiket ke cawan 5k sorang.
- Dah la tengah panas rembang pastu  kena berjalan kaki jauh menulusuri terowong takde aircond. Disebabkan hari tu hari minggu so ramailah yang berada di sana. Masuk je area Monas tu bawah dia ada museum. Tapi aku tengok museum dia tak rupa museum sebab siap ada anak beranak tido dekat situ pastu bebudak hipster selfie peluk-peluk. Lama jugaklah aku lepak situ sebab ada aircond. 
- Habis lepak terus aku naik ke atas platform Monas aku dah nampak ramai gila beratur nak naik puncak, disebabkan aku punya tiket sampai ke cawan je so aku naik tangga ke bahagian. Kalau nak ke puncak kena naik lift. Aku lupa berapa tingkat nak ke puncak. Lepak 10-15 min dekat situ pastu baru turun platform. Lagi satu bala bila kau nak keluar dari kawasan Monas tu. 
- Kawasan tu besar dan keliling pagar, jarak Monas tu ke pagar keliling lebih kurang KAB ke FST. Bila aku dah sampai pagar tu aku nampak ada polis pastu orang yang jual-jual penjaja tepi jalan semua lari bertempiaran. Aku dah fed up pusing-pusing keliling menatang tu so aku decide nak ikut local yang lalu selit-selit berpagar. Masa tu pulak ada local yang dari luar nak masuk ke dalam, aku ni struggle la kena tolak dengan bawak beg besar bagai. -_____- nasib badan kurus so dapatlah keluar HAHAHAHA. 
- Keluar je terus cari makanan, agak bengang la sebab mee ayam tepi jalan pun 20k. Aku syak ibuk tu cas mahai sebab foreigner kan. Dari Monas tu jalan kaki beberapa minit ke stesen Gambir sebab bas ke airport ada dekat Gambir. Dari stesen tu naik Damri then ke airport. Tambang Damri ke airport 40k per person. Agak awal jugaklah aku sampai airport sebab flight aku malam. ZZZZZZ kalau aku tahu baik aku keluar hotel lewat. Salah timing sebab aku fikir jem, sekali tak jem pun. Haih. 



Inilah kebun strawberi itu, kalau dekat Malaysia dah bertutup bagai strawberi dia. Agak luas kawasan ni, dekat situ ada jugak jual strawberi jem dan pelbagai lagi. Kos main petik-petik ni semua 30k termasuk la harga 200g strawberi tu.




Kawah Putih. Aku tersangatlah kagum bila sampai situ, sejuk weyyyyy. Tanah dia agak lembik yang berdekatan dengan air tu. So aku ambik gambar jauh sikit, kasut seluar aku dah kotor gila dengan sulfur.



Ini sedikit view stesen Bandung, aku tak ambik gambar sangat sebab penat angkat beg. LOL.


Tiket. 


Ini depan parking kat kawasan Kawah Putih.


Another view of Kawah Putih, kawasan ni luas so memana pun cantik ambik gambar. Dekat sini ada orang jual gambar siap jadi tapi macam biasalah dia suruh posing 189 pose. Ada jugak yang jual belerang dan souvenir.


Ini kawasan lepak Alun-Alun Bandung, macam Putrajaya kan? Tapi Putrajaya tu tak happening sangat, ini siap orang tido terlentang bagai. Lagipun rumput dia rumput buatan dan kena tanggai kasut. Tempat ni sebelah jalan dan berdepan dengan masjid. Masjid Raya Bandung kalau tak silap aku.


Ok nak sembang pasal jejantas, disebabkan aku ni takut-takut nak melintas so aku banyak guna jejantas HAHA. Ini view masa nak ke Mangga Dua Square. My God jejantas dia usang tak pernah berguna gamaknya pastu struktur tangga dia tak stabil, aku memang jalan ke tepi pegang palang je. Tapi dekat Bandung aku berani lintas sebab jalan dia sibuk tak sesibuk Jakarta.


View tipikal orang ambik gambo, aku tak boleh langsung bukak mask sebab sulfur dia kuat. Kagum jugak ah aku tengok ada yang bukak mask. Tapi seriously memang sejuk (banyak kali dah sembang sejuk)


View from cawan, sebabkan panas rembang aku terpaksa pakai towel HAHA dengan beg berat aku jalan kaki masuk Monas keluar Monas. View dia not bad la, tapi aku syak view dari puncak lagi cantik.


Puas cari Chinatown tak jumpa tapi dapat jumpa gerbang ini oklah. Masa ni jalan kaki guna google maps nak ke Hotel California.


Night view of Alun-Alun Bandung.


Kau boleh bayang betapa jauhnya aku jalan kaki dengan beg besor nak ke Monas belakang tu, masa ni belum tahu kena lalu terowong panas tu. Ini pun aku dah jalan jauh dari tepi jalan tu.

Aku ada tips yang berkesan dekat aku untuk menghindar orang berjuai beli kat kau, dekat Indonesia penjual dorang ni extreme. Even kau dalam mall tengah sibuk pilih barang dia akan datang kat kau dan jual barang, kalau kau kata 'takpe bang saya dah ada/takpe saya taknak' dorang still akan sibuk promote barang dia, so bagi aku..aku buat tak tahu/buat pekak/buat rabun tak nampak so dia bosan dia blah. Agak kejam tapi kalau kau tak buat camtu nanti dorang akan bargain jugak suruh kau beli. 

Ok dah penat. Bye!

Comments

Popular Posts