Travelog Part 6 (Sabah bah)

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua...

Lama tidak bersua, hiks. Almaklum le saya seorang yang pemalas. Baiklah menuju ke tajuk album kita, this trip kitaorg pegi Sabah *insert lagu Stacy* tipikal betoi, asal Sabah je lagu Stacy -.- macam la takde lagu lain wakakaka. 



Ahli jemaah majlis, masa ni dekat Tip of Borneo. To le seniors, thank you for being kind to your junior, hihi. 

Okay plan ni start dari zaman Redang dulu, lepas setahun baru lah jumpa balik dengan bebudak ni. So KP kali ini Ejat dan aku uruskan pasal tiket flight. Bapak ah AA ni, delay manjang. Nasib murah, tiket aku dapat dalam RM139 pegi balik. Kisah delay ni dari flight pegi sampai la flight balik, dahla kena extra charges sebabnya airport Sabah tukar pegi terminal baru. Masa memula beli tiket tu flight pegi 0920 a.m (gua memang forever suka flight pagi) sebenarnya nak flight pukul 7 tapi disebabkan pegi bertujuh takut rushing. Pastu kena pulak delay sejam, aku ingatkan flight balik elok je tak delay sekali kena jugak. Supposed pukul 0800 p.m tapi jadi 0900 p.m.

So dipendekkan cerita pagi Rabu tu semua bergerak ikut cara memasing sebabnya bertujuh ni jauh, aku dengan Ejat jela gerak sekali. Aku park Putrajaya Sentral, dulu sehari RM4 aku ingat lagi masa aku park nak ke Bandung, sekarang dah RM6 sehari. Pui! Masa aku dengan Ejat sampai tu Nieza, Hawa, Syahmi dengan Apis dah ada kat sana menunggu, cuma Nik je gerak airport terus.

Kitaorang sampai airport ngam beberapa minit sebelum departure, aku tak pernah fly domestic so agak jakun bila kena bagi IC. Sebenarnya kau nak guna IC or passport pun boleh je. Lepas settle semua maka terbang la kapal itu, ambik masa 2 jam lebih kot. Itulah kali pertama aku naik flight lama betui, aku bangun tido tak sampai jugak. Tapi masa nak dekat sampai tu view dia cantik gila woi. View laut, airport dia pun di pesisiran laut. 


Gambo wajib (sis acah hipstur)

Kitaorang sampai airport dalam tengahari jugak la, untuk domestic punya dia akan bagi kau tiket macam pass kau berada di Sabah. Kalau yang pakai passport tak dapat tiket rasanya sebab nanti dia cop macam biasa. Lepas settle ambik kereta, oh kitaorang sewa Alza RM500 untuk 4hari. Ok tak? Bagi aku yang tak pernah nak bersibuk tahu pasal tu kira murahla sebab kongsi bertujuh. Tapi dapat bayang la yang seat ketiga tu cemana gaya, sendat woi. Aku sarankan ambik kereta manual sebab jalan bukit-bukit so kalau bawak auto memang sengsara nak naik bukit, kalau korang nak keselesaan boleh sewa 2,3 kereta tapi jenis kitaorang fikir jimat and tak nak pening kalau kau sesat ke apa so sumbat dalam Alza. 

Lepas dapat kereta terus check in, kitaorg plan main dekat KK dulu baru Kundasang. Masa kat KK kitaorang stay Promenade Service Apartment, bagi aku okla bilik dia sebab kitaorang ambik yang untuk family punya. As usual aku dapat katil sorang-sorang HAHA. 1st day tu takde apa sangat, cuma check in lepas tu makan pastu lepak pantai Tanjung Aru jap lepas tu balik tido.




Lepas melantak kitaorang lepak Tanjung Aru sebab nak buat time lapse -.- i is noob tak tahu pasal time lapse. Masa ni memang terik ya amat. Gelap sis hiks.


Makang time lepas check in, aku tak tahu la kenapa order air dekat Sabah ini sangat mahai. Semua air harga RM2.50 air tin dia lagi murah RM2.20. Paling sadis Syahmi la, order limau ais kena RM3.00 aku syak dia tak boleh move on lagi. Nasihat aku korang minum air kosong jela, kat sana mostly air kosong air suam layan diri.


Rojak dia sedap, Happy Muslim Restaurant. 


Typical, maafkan sis sebab overshadow Apis. HAHA


Disebabkan kitaorang pegi KK dulu so malam tu jugak makan seafood, aku tak tahu sangat pasal seafood ni sebab Ejat uruskan. Kitaorang makan dekat area Pasar Filipin. Harga berpatutan dan bagi aku tak sedap sangat sebab aku kena allergic lepas makan, itu tandanya dia punya seafood tak berapa nak fresh WAKAKA. Oh lupa, before makan seafood tu kitaorang jenjalan dekat area Le Meridien sebab situ ada pasar lambak.




Sotong butter tak silap aku. 






7 orang RM230. Berbaloi? Ikan dia sedap, tapi udang macam ada bau sikit. HUHU

2nd day, aku dah deal dengan brother Arwin pasal aktiviti air. Aku dapat pakej RM250 untuk 7 orang sekali dia bagi alatan untuk snorkelling 3 pulau. Pepagi buta pukul 8 kitaorang dah terpacak dekat Pasar Filipin tu nak main air, kitaorang tak naik dekat Jesselton Point sebab situ rasanya pakej lagi mahai. Kitaorang naik bot dekat paso ikan je wey. 



Rasa rombongan Cik Kiah sangat -,- ini otw ke Sapi.




Ini Manukan



Ini Manukan, serabut betui dekat sini nak ambik gambo semata nak gambo cantik sorang-sorang -.-




Hasil snorkelling -.- Apis tegur aku bila aku dah terlanggar terumbu karang tu. harom sangat.


Kitaorang dapat 3 pulau, Sapi, Mamutik and Manukan. Ada dua part masa main air ni, part best dan tak best. Part best air dia cantik gila woi! biru-biru kejernihan. Memang mulut tak benti cakap 'cantiknyaaaaaa' 'domo yipudaaaaa' Part yang tak best pakej dia ni macam campak orang dekat pulau pastu kau buat apa kau suka pastunya dia punya port snorkelling dekat gigi pantai je. Aku ingat snorkelling dekat tengah-tengah laut macam Redang. 

First pulau kitaorang pegi Sapi, dekat Sapi tu ada water sport. Actually semua pulau ada water sport tapi kitaorang ambik zipline dengan parasailing. Disebabkan aku dah pernah main parasailing tu maka aku main zipline je, zipline dia merentasi dua pulau. Pulau Gaya ke Pulau Sapi, so bot akan ambik korang dari Sapi ke Gaya. Lepas pakai harness semua kau kena naik tangga ke atas, bapak semput. Oh lupa harga zipline sorang RM64 and parasailing RM60 sorang.. 

Personal review aku zipline dia okay lagi, I mean takde la extreme sangat. Cuma kecut sikit masa permulaan. Tambah kecut bila abang tu cakap ada kes tersangkut kat tengah-tengah -.- tapi view yang kau dapat sangatlah awesome sebabnya kau boleh nampak semuaaaaaaa. Cantik!

Habis main zipline tu kitaorang ingat kena tunggu bot nak pegi snorkelling tapi abang tu cakap kau main lah dekat gigi air tu -.- kitaorang dah malas main sebab masa menunggu zipline dengan parasailing tu kitaorang dah berpanas dekat Sapi. So kitaorang decide nak pegi Mamutik. 

Masa dekat Mamutik kitaorang pun snorkelling la, view cantik la. Pantai bersih, tapi yang tak bestnya kau tak snorkelling tengah laut. Air still jernih even dekat persisiran pantai tapi agak tak puas la bagi aku. Oh dekat situ ada sea walk, tapi mahai. RM180 sorang. Habis main Mamutik kitaorang gerak Manukan. Dorang cakap cantik, tapi bagi aku Mamutik bersih sikit. Masa aku snorkelling dekat Manukan tu segala sampah ada, maybe yang cantik tu dekat tengah laut kot. Tapi jeti Manukan cantik gilaaaaaaa, I mean air dekat jeti dia. 

Pukul 2 kitaorang gerak keluar dari pulau, sampai jeti ikan tu terus gerak ke masjid, masjid bandar KK. Cantik! Kitaorang mandi dekat sana and solat sekali, lepas settle semua terus pegi makan and gerak Kundasang. KK - Kundasang makan masa lebih kurang 3jam. Kitaorang sampai homestay pun dah pukul 0900 p.m something.

Perjalanan nak masuk ke homestay tu memang scary sangat, scary dari segi jalan. turun naik kiri kanan lubang sana sini. Ejat dah mental breakdown bawak kereta asyik tekan brake je HAHA. Dekat Kundasang kitaorang stay dua tempat sebabnya Hounon Ridge Farmstay & Camping tu full hari sabtu, so kitaorang dapat stay semalam je. Aku masa memula nak book aku google tempat tu memang cantikkkkkk.

Dapat je kunci bilik terus masuk bilik (yela kan, tak kan masuk jamban) -.- bilik perempuan agak kecik sikit, memang berlaga bontot. Tapi bilik lelaki besar gilaaaaa, siap ada dapur comel. Aku Nieza dengan Hawa decide nak tukar bilik sebab bilik tu sempit, nak solat pun susah. Rezeki kitaorang, ada bilik kosong yang sama bentuk macam budak lelaki. Tapi macam biasalah kena tambah RM80. 




Tempat tidoq beta, sebenarnya katil tu besar tapi aku nak keselesaan sendiri HAHA.






Pintu kekenyangan.


Pintu toilet. Part ini yang tak best bila langsir tepi sinki tu jarang pastu bawah dia parking, kau gosok gigi korek hidung basuh muka memang orang dekat parking nampak.


Dapur omey omey-awas-kepala-jika-anda-tinggi.

Kitaorang memang dah plan esok pepagi bangun awal nak tengok sunrise, memang awal pagi la bangun kitaorang. Dengan muka baru bangun terus turun ke bawah tengok matahari. Subhanallah. Cantik sangat weyyyyyy. Homestay tu betul-betul menghadap gunung Kinabalu.




Hounon punya view.






Kecik je homestay ni tapi view memang cantik gila, berbaloi almost 4jam cari tempat ni. Kalau aku datang Sabah lagi memang aku nak stay sini. Best gila kot, i mean dia punya homestay hihi.


Lepas Hounon kitaorang meneruskan perjalanan pegi Fish Spa, Canopy Walk (Hot Poring) kira jenjalan Kundasang. Sepanjang jalan nak ke Hot Poring tu view gunung je, cantik dan nyamannnnnnn. 


Bayangkan yang besor duduk belakang, memang jadi luggage HAHA. Maafkan muka bulat sis, almaklum takde iron nak iron tudung so pakai je instant kemek tu. 


Tepi jalan punya viewwww.


Kitaorang straight ke Dairy Farm yang famous itu, entrance fee RM3. Duit korang habis dekat entrance fee je wey. Dekat situ kitaorang breakfast sambil bau lembu sambil ditemani lalat. Biasalah ada lembu mesti ada lalat. 


Susu dia sedap, fresh! 


Bagi seorang anak penternak lembu ni, aku takde la teruja sangat sebab dekat rumah ada lembu cumanya lembu kitew tak keluarkan susu sedap. Tapi agak sedih sebab tengok anak lembu dalam kandang pastu jadi bahan orang tengok T_T i is berjiwa haiwan. Maybe sebab aku dah biasa tengok anak lembu lari sana-sini. Aku syak kalau bawak abah mesti dia bebel apa yang tak kena dengan kandang lembu tu.

Settle Dairy Farm terus pegi Hot Poring, Hot Poring ni ada Canopy Walk. Itu pun kena entrance fee -____- Hot Poring ni tempat mandi-mandi tapi kitaorang tak mandi pun, basuh-basuh kaki. Masa Canopy Walk tu satu kamera kena charge RM5 aku masih lagi tak faham konsep apa yang dia cuba sampaikan dengan buat rules macam gituuu. 










Peluh merecik woi! nak naik Canopy Walk tu kena panjat tangga tinggi amat -.- 


Habis peluh merecik dekat Hot Poring terus pegi Fish Spa, itu semua area dekat-dekat je. Dekat Fish Spa tu main ikan jela, ikan gigit-gigit kaki kau, kau pijak-pijak ikan. Aku tak main sangat sebab geli, i mean geli yang bila dia gigit -.-' Entrance fee RM5 okayyyy, siap ada no giliran, dia bagi 15mins je untuk kau bermanja dengan ikan Kelah tu. Habis je masa terus dia sound 'no 40-47 dah habis masa, terima kasih. nanti datang lagi'.


Kitaorang masa ni memekak gila, yang lain senyap je HAHA.


Lepas main ikan tu cadangnya nak minum teh Sabah tapi kitaorang terserempak dengan orang yang sekali duduk Hounon. Dia sembang tak payah pegi Sabah Tea sebab dekat sana tengah reno so tempat kotor air tak sedap, dia cadangkan pegi Kudat Tip of Borneo. Kitaorang apa lagi lincah masuk kereta makan dekat pekan Kundasang pastu check in Ayana Resort. Masa tu dah hujan, ingatkan sempat singgah Kinabalu Park tapi dah petang sangat. So kitaorang decide lepas maghrib keluar balik makan and bincang esoknya nak kemana sebab memasing dilema nak ke mana. Sama ada Kinabalu Park or Kudat.


Honey Chicken Winggggg, orang cakap dekat Kundasang yang sedap ini. So kitaorang pun cuba la, ini dekat pekan Kundasang ada. Rasa ok sedap since aku tak penah rasa chic wing yang lain so aku rasa yang ini sedap la, sambal dia sedap! Kitaorang lepak sampai tukang kedai dah bersiap nak tutup kedai -.- dekat sana pukul 9 semua dah bungkus. So memang kalau nak lepak, lepak dekat hotel je.


Sarap di Ayana buatan sendiri.

Lepas berbincang dari hati ke hati kitaorang decide nak pegi Kudat sebab memasing google semua view cantik so ke sana la kami. Perjalanan ikut waze dalam 3jam, bayangkan dengan jalan bengkang bengkok. Aku ni sikit lagi nak muntah sebabnya memang angin naik ke tekak. 

Selepas perjalana 3jam +++.....








Cantik tak? Ya Allah berbaloi 3jam lebih nak kesana lalu semak samun, cantik gilaaaaaaaaaaaa. Rasa tak nak balik.




Air dia sangatlah jernih, rasa nak snorkelling je kat sana. 


Rasa macam nak buat ucapan selamat hari raya pastu hanto dekat Metro, acah-acah oversea. 


Benci gambo ni, Nieza tutup muka aku. Apis cakap karma sebab aku overshadow dia dekat Tanjung Aru.






Keluarga Maryam! Jumpa lagi setahun di Yogjakarta. Inshaa Allah.




Tajuk album; Dia isteri ketiga.

Masa dekat Tip of Borneo tu memang mulut tak benti cakap cantiknya cantiknya cantiknya, sebab memang cantik dan nyaman! Lepas lepak dua tiga minit kitaorang gerak balik KK sebabnya kereta sewa sampai pukul 5 dan kitaorang pun tak belanja-belanja lagi dekat Pasar Filipin. 

Sampai KK dalam pukul 3 camtu, makan dulu pastu beli barang dekat Pasar Filipin. Aku sempatlah kau amplang, kopi, kerepek dan gelang untuk sanak saudara. One thing about my mom is she doesnt like souvenir like bracelets, clothes, earings. She more to food and here I am, I prefer spend on food while travelling. Hiks. 

Settle semua tu kitaorang pun gerak ke airport and melangut sampai pukul 9. T_T Aku habis dalam RM300 dekat sana sebab air minum mahal -.- 

Akhir kata terima lah beberapa keping gambo di Tanjung Aru (gua syak entry kali ni banyak gambo -.-)












Tajuk album: Kau semakin dekat di hati, eh. kameraku.

Comments

Popular Posts